Thursday, February 24, 2011

Calon BN Kerdau ,Tuan Penasihat Kassim Patalon!

Pahang yang memang terkenal dengan pusat perjudian terbesar di rantau ini yang terletak di Genting Highland pernah dikejutkan dengan pembukaan pusat judi kedua yang terletak di Colmar Tropicale Resort Bukit Tinggi Resort pada tahun 2003.

Pembinaan pusat judi kedua yang cuba dirahsiakan daripada pengetahuan rakyat ini akhirnya terbongkar juga.Lebih mengejutkan lagi ialah antara pemegang sahamnya ialah Tengku Adnan Tengku Mansor yang merupakan Setiausaha Kerja Umno dan anak syarikat kerajaan negeri,PASDEC.

Ketika Pemuda PAS Pahang menyerahkan memo bantahan yang turut disertai Dato Tuan Ibrahim Tuan Man kepada Dato Seri Adnan Yaakob,Menteri Besar itu mempertahankan tindakan kerajaan negeri meluluskan projek pembinaan pusat judi ke dua itu.

Katanya,keputusan yang diambil kerajaan negeri untuk membuka pusat perjudian tersebut telahpun mengambil kira kaedah feqah Siasah Syariah .Itulah jawapan daripada seorang pemimpin tertinggi Umno di negeri ini.Aqal mereka memikir kononnya untuk membendung perjudian haram yang berlaku di dalam semak dan tempat tersembunyi,elok saja disediakan tempat yang dapat dikawal kerajaan.Kalau itulah hujahnya yang dikatakan berlandaskan Siasah Syariah,maka boleh saja kerajaan negeri membuka pusat pelacuran berlesen untuk mengelakkan berlakunya aktiviti pelacuran secara sulit yang tidak boleh dikawal.

Ketika Adnan Yaakob mengemukakan hujahnya itu,dia sudahpun mempunyai penasihat khas berkaitan agama yang sepatutnya dirujuk beliau.Adakah Adnan telah bertanya penasihatnya itu atau dia telah menerima nasihat yang salah dari penasihat agamanya.

Berdasarkan biodata calon Barisan Nasional untuk PRK N28 Kerdau,Syed Ibrahim Syed Ahmad yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Krau,sudahpun menjadi Penasihat Khas kepada Menteri Besar sejak tahun 2001. Ketika ura ura pembukaan pusat judi kedua tersebut ,beliaulah penasihat kepada Menteri Besar.Adakah beliau telah menjalankan tugasnya memberi nasihat atau telah mengkhianati ilmu agama yang dipelajarinya di Al Azhar Mesir demi menjaga perutnya?Atau sekadar menjadi Penasihat 20 Persen seperti Kassim Patalon yang sering memberi nasihat salah kepada saudagar penipu Tuan Sodeq Segaraga.

Apa yang pasti beliau adalah seorang penasihat khas yang gagal menjalankan tugas memberi nasihat kepada Menteri Besar untuk menghapuskan amalan perjudian yang diharamkan semua agama.Pengundi Kerdau wajar menghukumnya dalam pilihanraya kecil 6 Mac ini.

6 comments:

Anonymous said...

jom baca sini....

http://anakfelda09.blogspot.com/

Anonymous said...

Bende2 gini takyah tanye penasihat... bende judi dh tentu haram...harap MAIP tak diam je..klu tazhkirah bising sgt....

Anonymous said...

Puak Ustaz celup....main anggup je...Org Kuat MAIP lagi kuat anggup kot...Gitulah demi periuk nasi...Ya Allah Selamatkn Bumi Pahang... Takbir.....

Anonymous said...

Tkasih Tukulbesi sbb dedahkan bende ni...Nak Harapkan Org UMNO, Ustaz UMNO, MAIP dedahkan bende ni jagan haraplah...jgn kata nk bantah, nak dedahpn takut..siap marahlak kat org yang dedah citer ni..mereka benar2 dh jadi bisu macam mayat firaun....camne nak sokong BN??????

Anonymous said...

Hak Duk wat keputusan lulus pusat judi ni mmng jenis tak siuman....tu lah yang tak bagi sgt tazkhirah....takut rakyat sedar.....jenis tak siuman semuanyee....

Anonymous said...

Bla lh negeri kita nak bebas dari judi...lak tu klu org kafir buat, ana xkisah sgt...ni kerjaan Islam yang bagi dn lulus. Org Islam lak jadi dalangnyeee..