Saturday, February 19, 2011

Pesta Memancing Undi Kali Ke 17 Di DUN Kerdau

SPR sudahpun mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi DUN Kerdau yang akan berjalan serentak dengan Merlimau.Bagi DUN Kerdau yang melibatkan tiga rancangan Felda,Umno tentunya akan menggunakan berbagai umpan daripada cacing,cengkerik hinggalah tuba untuk mempastikan BN terus kekal di DUN tersebut.

Felda yang semakin dipersoalkan ramai pihak seperti biasa akan turut diperlembukan oleh Umno BN untuk mempastikan benteng terakhir Umno di kawasan Felda tidak dapat ditembusi PAS.

Semalam Pengurus Pengurus Felda telahpun berkumpul di salah sebuah rancangan Felda yang terbabit.Ada yang ditugaskan untuk membuat kajian apakah yang dikehendaki oleh peneroka,semuanya hendak ditunaikan dalam pilihanraya ini.

Duit sesnya,tabung tanam semula,berbagai insentif semua akan dibayar.Maka lupalah peneroka akan hak mereka yang selama ini di nafikan Felda.Mereka pun jadi pening macam ikan kena tuba.Peneroka yang rumahnya disewa Umno bagai mendapat durian runtuh.Kalau peneroka yang serah ladang kepada Felda selama ini hanya dapat RM 1500 tiap bulan,tapi berkat 'mangkatnya' YB mereka di kawasan ini,mereka boleh dapat rezeki tiga empat ribu hanya dalam dua minggu kerana rumah mereka jadi pilihan untuk penempatan petugas Umno BN atau untuk dibuat Bilik Gerakan.Inilah budaya Pilihanraya Kecil di Malaysia.Kalau pilihanraya umum,tidak ler semewah itu.Maka berdoa lah para peneroka Felda dan orang kampung di tempat lain agar YB mereka pun 'mangkat' juga.

Pilihanraya Kecil dah jadi macam Pesta Memancing.Walaupun penganjur dah tetapkan jenis jorannya,mata kail dan umpannya,tapi ada juga yang tamak nak menang mudah,cara mengelat juga yang digunakan.Itulah Umno BN namanya.
Peta N28 Kerdau


No comments: