Tuesday, October 25, 2011

Sambutan 60 Tahun PAS Pahang Esok.

Sempena sambutan 60 Tahun PAS Peringkat Negeri Pahang esok,rakyat di negeri ini berpeluang mengetahui dengan lebih lanjut perjuangan PAS khususnya di negeri Pahang melalui pameran dan tayangan yang disediakan pihak urusetia program sepanjang sambutan yang diadakan di Darul Hikmah Kerdau.

Sebanyak 22 kanopi disediakan untuk ruang pameran yang melibatkan 14 kawasan di Pahang,Dewan dewan dan PAS Pusat.Urusetia juga turut menyediakan gerai pameran koperat yang akan memeriahkan lagi sambutan 60 Tahun PAS di negeri ini.Sebahagian besar pameran yang akan dipamerkan melibatkan sejarah PAS di negeri ini.

Para pengunjung juga boleh mendapatkn khidmat rawatan percuma melalui Pengamal Perubatan Darul Syifa dan rawatan moden.

Majlis perasmian program akan disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS Tuan Hj Mohamad Sabu bermula jam 2.00 petang.

Sempena program juga,beberapa anugerah akan disampaikan oleh PAS Negeri pada malam esok.Antaranya ialah Anugerah Tokoh Sejarah,Anugerah Jasamu Dikenag,Anugerah Khas PAS Pahang dan Anugerah Gerai Terbaik.

Pemilihan Kerdau sebagai lokasi program amat bertepatan dengan sejarah PAS Pahang yang menyaksikan Kerdau menjadi tapak awal tertubuhnya PAS di negeri ini pada tahun 1954.

Semoga sambutan ulang tahun PAS ini dapat menyuntik semangat seluruh ahli untuk bekerja lebih kuat bagi menumbangkan Barisan Nasional di negeri ini pada pilihanraya yang kan datang.

No comments: