Thursday, February 16, 2012

Injunksi Kedua Halang EGM KPF, Esok.

Ahli ahli Koperasi Permodalan Felda(KPF) sekali lagi akan memfailkan injunksi pada hari esok 17 Feb 2012 bagi menghalang mesyuarat Agong Khas Koperasi Permodalan Felda(KPF) yang dijadual akan diadakan minggu depan.

Saman yang akan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuantan jam 10.30 pagi esok akan dibuat berikutan tindakan KPF yang akan meneruskan EGM Khas pada 22 Febuary yang sebelum ini telah dibatalkan.

Melalui pekeliling yang ditandatangani oleh Setiausaha KPF Abidin Abdul Rahman kepada perwakilan KPF menyebutkan tujuan mesyuarat tersebut adalah berkaitan dengan penyenaraian Felda Global Venture di Bursa Malaysia.Bagaimanapun dalam surat tersebut tidak diperincikan agenda mesyuarat seperti panggilan mesyuarat sebelum ini.

Dalam panggilan mesyuarat sebelum ini secara jelas mencatatkan 3 agenda termasuk salah satunya ialah untuk melupuskan pagangan saham KPF berjumlah 51% kepada FGVH.

Ahli ahli KPF yang memfailkan injunksi esok telah melantik Peguam Haris Mohan Abdullah untuk memfailkan kes tersebut.

No comments: