Monday, November 28, 2011

Adun BN Didakwa Campurtangan Pengagihan Rumah Asnaf

Temerloh:Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia didesak bertindak segera menyiasat seorang Ahli Dewan Undangan Negeri mewakili Umno-BN di negeri ini yang didakwa campurtangan dalam pengagihan Rumah Asnaf Bukit Kenau dalam Parlimen Pekan yang diuruskan pihak Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang(MUIP)

Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang ,Shahril Azman Abdul Halim pihaknya menerima maklumat salah seorang ahli keluarga ADUN berkenaan telah dipilih sebagai penghuni rumah berkenaan tanpa melalui prosedur sepatutnya hasil campurtangan Adun berkenaan.

Rumah Asnaf Bukit Kenau yang dibina dari Dana Zakat Affin Bank yang diuruskan pihak MUIP adalah bertujuan membantu asnaf zakat yang tidak mampu memiliki rumah untuk didiami.

Tambah Shahril lagi,pihaknya meragui apakah salah seorang ahli keluarga ADUN berkenaan benar benar layak untuk dipilih sebagai penghuni Rumah Asnaf tersebut.

Dewan Pemuda PAS Pahang juga mendesak pihak MUIP agar bertindak ke atas seorang pegawai kanannya yang sedang disiasat pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) jika terbukti beliau terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dalam proses pemilihan penghuni rumah berkenaan.

Tindakan tersebut diharap dapat menjaga kredibiliti MUIP selaku sebuah institusi yang bertanggungjawab ke atas umat Islam di negeri ini.

Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang menaruh harapan yang besar kepada MUIP agar dapat menguruskan harta zakat rakyat Pahang tanpa sebarang campurtangan mana mana kuasa politik.

Tuesday, November 15, 2011

Tuesday, October 25, 2011

Pemuda PAS Bantah Konsert Elton John




Oleh:Khairil Abdul Rahim

TEMERLOH, 24 Okt: Dewan Pemuda PAS Pahang (DPPNP) membantah konsert Greatest Hits Tour melibatkan penyanyi gay Elton John di Arena of Stars, Genting Highlands pada 22 November depan kerana dianggap tidak sesuai dengan budaya negara ini.


Ketuanya, Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz, berkata walaupun mungkin penyanyi yang berkahwin sesama lelaki itu datang sekadar menghiburkan peminatnya, tetapi bimbang ikon muzik dunia itu akan menjadi ikutan negatif kepada generasi muda.

Sebuah akhbar harian semalam melaporkan Elton, 64, “top 10 artis paling terlaris dalam sejarah muzik” bakal mengadakan konsert sulungnya di Malaysia November ini bertempat di Genting Highlands.

“Pihak berkuasa kena sedar bahawa budaya hedonisme atau berhibur secara berlebihan dan melampau kian menular, merebak umpama racun berbisa yang semakin menyerang remaja Islam.

“Sedangkan budaya inilah yang lazimnya membawa kepada kerosakan sebuah masyarakat seperti pergaulan bebas, gejala arak, berzina, anak luar nikah dan melekakan mereka terhadap tanggungjawab beragama selama ini.

“Ini ditambah lagi dengan kemunculan pengamal seks sejenis. DPPNP tidak dapat bayangkan bagaimana penerimaan golongan muda apabila pihak berkuasa tidak menyekatnya dari awal,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Tambahnya lagi, sedangkan akta yang digubal oleh jabatan agama peringkat negeri seperti kesalahan orang Islam memasuki premis judi nombor ekor dan meminum arak di khalayak awam pun gagal ditangani pada masa ini.

“DPPNP memandang setiap perkara yang boleh membawa kemudaratan mestilah disekat lebih awal dengan kuasa yang ada demi kemaslahatan umum dan ini tidak boleh dianggap sebagai tindakan yang menyekat hiburan.

“Oleh itu sama ada Jabatan Agama Islam Pahang, Kerajaan Negeri Pahang, Majlis Daerah Bentong dan mana-mana pihak berkuasa, hendaklah menggembeleng tenaga supaya mencegah kemungkaran ini kerana gejala sosial dan kebejatan moral yang ada pada hari ini pun tidak mampu lagi ditanggung.”

“Jadi pihak penganjur tidak boleh berbangga dengan aktiviti yang mungkin dianggap membawa keuntungan tetapi sebaliknya merosakkan institusi mayarakat dalam jangka panjang,” menurut kenyataan tersebut.

Elton yang terkenal dengan lagu hits seperti Candle In The Wind, Rocket Man, Levon dan Your Son" telah mendirikan rumah tangga dengan rakan homeseksualnya David Furnish pada 21 Disember 2005, selepas kerajaan Britain membenarkan perkahwinan sejenis.

Anak mereka, Zachary Jackson Levon John, dilahirkan melalui ibu tumpang pada 25 Disember 2010 di California.


Sambutan 60 Tahun PAS Pahang Esok.

Sempena sambutan 60 Tahun PAS Peringkat Negeri Pahang esok,rakyat di negeri ini berpeluang mengetahui dengan lebih lanjut perjuangan PAS khususnya di negeri Pahang melalui pameran dan tayangan yang disediakan pihak urusetia program sepanjang sambutan yang diadakan di Darul Hikmah Kerdau.

Sebanyak 22 kanopi disediakan untuk ruang pameran yang melibatkan 14 kawasan di Pahang,Dewan dewan dan PAS Pusat.Urusetia juga turut menyediakan gerai pameran koperat yang akan memeriahkan lagi sambutan 60 Tahun PAS di negeri ini.Sebahagian besar pameran yang akan dipamerkan melibatkan sejarah PAS di negeri ini.

Para pengunjung juga boleh mendapatkn khidmat rawatan percuma melalui Pengamal Perubatan Darul Syifa dan rawatan moden.

Majlis perasmian program akan disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS Tuan Hj Mohamad Sabu bermula jam 2.00 petang.

Sempena program juga,beberapa anugerah akan disampaikan oleh PAS Negeri pada malam esok.Antaranya ialah Anugerah Tokoh Sejarah,Anugerah Jasamu Dikenag,Anugerah Khas PAS Pahang dan Anugerah Gerai Terbaik.

Pemilihan Kerdau sebagai lokasi program amat bertepatan dengan sejarah PAS Pahang yang menyaksikan Kerdau menjadi tapak awal tertubuhnya PAS di negeri ini pada tahun 1954.

Semoga sambutan ulang tahun PAS ini dapat menyuntik semangat seluruh ahli untuk bekerja lebih kuat bagi menumbangkan Barisan Nasional di negeri ini pada pilihanraya yang kan datang.

Blogger Tukar Tiub Di Temerloh Petang Ini



Friday, October 14, 2011

Kursus Keusahawanan 5 Jam : Polis Jangan Bersubahat

Kenyataan Media Pemuda PAS Malaysia

Jumaat 14hb Oktober 2011

Saya tertarik dengan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Imran Abdul Rahman berhubung dengan tuduhan Pemuda PAS yang mengatakan 240 orang warga asing yang berkubu di Istana Dugang Country Resort adalah bertujuan untuk mendapatkan hak kewarganegaraan mudah. Superintendan Imran Abdul Rahman mengatakan bahawa tujuan warga asing berada di resort tersebut adalah untuk mengikuti kursus keusahawanan.

Rakyat Malaysia tidak menerima langsung alasan yang diberikan oleh pihak polis kerana perkara-perkara berikut :

1. Tidak munasabah warga asing diberi kursus keusahawanan, sedangkan mereka tidak dibenarkan berniaga dalam negara kita. Apakah seorang warganegara asing yang datang ke negara ini atas permit pertanian dibenarkan berniaga dalam negara kita? Sejak bila pulak kerajaan Malaysia membenarkan pekerja buruh daripada kalangan warga asing dibenarkan berniaga di negara kita?

2. Pada peringkat awal pemandu bas diarah menurunkan warga asing tersebut di Jabatan Perdana Menteri(JPM). Tetapi di saat-saat akhir mereka menerima arahan untuk menuju ke Istana Dugang Country Resort. Tidak munasabah penganjur kursus keusahawanan menukar tempat kursus di saat-saat akhir daripada jabatan kerajaan ke resort di Kajang.

3. Tidak munasabah warga asing ini diberi layanan kelas pertama untuk menghadiri kursus keusahawanan. Mereka diberi perkhidmatan bas dan resort. Badan kerajaan mana yang begitu bermurah hati membenarkan mereka berkursus?

4. Dalam perjanjian dengan pemandu bas, perkhidmatan mereka diperlukan sehingga jam 1 tengahari rabu 12hb Oktober 2011. Sedangkan warga asing tersebut tiba di Putrajaya pada jam 6 pagi hari yang sama. Jika benar mereka menghadiri kursus keusahawanan maka Rakyat Malaysia ingin bertanya kursus keusahawan apa yang terlalu istimewa kepada warga asing yang hanya berkursus 5 jam sahaja(8 pagi – 1 tengahari).

5. Jika benar mereka berkursus keusahawanan 5 jam sahaja dengan jarak 800 KM, pergi dan balik daripada Johor Baharu ke Putrajaya, mengapa mereka tidak berkursus di Johor Baharu sahaja. Mengapa begitu istimewa warga asing ini dilayan oleh pihak tertentu dalam negara ini.

Berdasarkan kepada tidak munasabahnya 240 orang warga asing ini berkursus keusahawanan di Istana Dugang Country Resort maka Dewan Pemuda PAS Malaysia mendesak pihak polis jangan cuba bersubahat melindungi penyelewangan yang sedang diperhatikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

SUHAIZAN BIN KAIAT

PENGERUSI PEMULIHAN DEMOKRASI & MOBILISASI

PEMUDA PAS MALAYSIA

KETUA PEMUDA PAS NEGERI JOHOR.

Wednesday, October 12, 2011

Gempar:Tujuh Bas Warganegara Asing Ke Putrajaya Untuk Ambil I.C


Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kayat hari ini melaporkan berita gempar dari Putrajaya.Tujuh buah bas yang membawa warganegara asing dilaporkan bergerak dari Johor menuju pusat pentadbiran negara dengan diiringi sebuah kereta perdana yang membawa seorang Dato'.Mereka menuju Jabatan Perdana Menteri untuk mendapat IC bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihanraya yang akan datang.

Ini sudah melampau.Walaupun berkali kali SPR dan kerajaan menafikan wujudnya pengundi hantu termasuk dari kalangan warga asing,tetapi bukti bukti yang terus terbongkar tak dapat ditutup lagi.Hanya orang orang orang yang taksub dengan Umno sahaja tak mempercayai cerita ini atau sengaja memekakkan telinga mereka.

Menjelang Pilihanraya 2004 yang menyaksikan BN menang besar dalam pilihanraya ,saya bersama dengan rombongan pimpinan PAS Pahang sempat menyelinap masuk ke sebuah perkampungan yang tiba tiba muncul menjelang PRU di sekitar Sungai Miang ,Pekan yang menempatkan warga Myanmar.

Aneh sekali kawasan hutan dara yang tidak pernah digazetkan sebagai kawasan penempatan tiba tiba bertukar menjadi kawasan perumahan yang menempatkan 500 keluarga dari Myanmar.Lebih aneh lagi mereka semuanya mempunyai Kad Pengenalan biru yang masih baru dengan alamat yang sama di Sungai Miang dalam Parlimen Dato Najib Tun Razak.

Mereka yang kami temui banyak mendiamkan diri dan dilarang oleh pihak tertentu untuk memberi apa apa respon kepada kami.Akhirnya bila berlaku pilihanraya umum ,Najib menang besar berbanding PRU ke 10 yang beliau hampir tewas.

Kini apabila beliau menjadi PM,hal yang sama diulang di seluruh negara untuk mengekalkan kuasanya.Para pencinta demokrasi harus bersedia untuk sekali lagi turun ke jalanraya mempertahankan demokrasi dan pilihanraya bersih dalam himpunan BERSIH 3.

Friday, September 30, 2011

Jabatan Pelajaran Rela Dilacur .

PDO hari ini memilih tajuk Pengarah Pelajaran Pahang Di Gesa Untuk Bertanggung Jawab, Gara-Gara 'Peralatkan' Guru Hadir Ke 'Seminar Politik' Jabatan Itu Rabu Lalu !.

Jabatan yang mempunyai tanggungjawab besar kepada institusi pendidikan itu sememangnya telah lama membiarkan diri mereka dilacurkan oleh pemimpin Umno BN.

Berapa banyak sekolah sekolah di negeri ini dibiarkan menjadi seolah olah bangunan milik Umno apabila parti itu sesuka hati boleh menggunakan kemudahan awam itu tanpa segan silu.Sekiranya tiada pertembungan program pihak sekolah pastinya menghalalkan kegunaan dewan sekolah untuk mesyuarat agong Umno dan lain lain aktiviti politik parti itu.

Tetapi hampir mustahil Pakatan Rakyat diberi kebenaran menggunakan kemudahan tersebut.Beberapa tahun lalu sebuah sekolah di Jengka telah membatalkan kebenaran menggunakan padang sekolah untuk aktiviti Sukan Rakyat kepada sebuah syarikat insuran yang kakitangannya terdiri dari anak peneroka Felda di rancangan tersebut hanya semata mata kerana sebahagian besar kakitangannya adalah penyokong PAS.

Jabatan Pelajaran Pahang juga bertanggungjawab menekan guru guru JQaf supaya tidak bersama Pakatan Rakyat.

Pernah satu ketika,wakil Jabatan Pelajaran Pahang beberapa kali dihantar bertemu seorang guru JQaf untuk memaksanya berhenti atau melepaskan semua jawatan di dalam PAS,walhal guru tersebut tidak memegang apa apa jawatan di dalam PAS.Guru berkenaan juga adalah guru cemerlang yang disenangi pihak sekolah.Tetapi kerana hasad dengki pemimpin Umno Pahang yang busuk hati,maka pegawai pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri terpaksa mengikut telunjuk pemimpin politik yang berpikiran sempit.

Lebih busuk lagi juak juak di Kementerian Pelajaran yang ketika itu bawah Hishamudin Husin Onn sanggup menakut nakutkan guru JQaf di seluruh negara dengan membohongi mereka dengan mencanangkan di dalam kursus kursus JQaf kononnya terdapat guru JQaf di Pahang disingkirkan kerana terlibat dengan PAS.Cerita itu hanyalah untuk menakutkan nakutkan para ustaz dan ustazah supaya jangan terlibat dengan pembangkang.

Jijik sekali apabila institusi yang dihormati yang bertanggungjawab ke atas pendidikan rakyat sudi merelakan diri dilacurkan oleh pemimpin murahan yang tidak bermoral.

Di zaman teknologi maklumat yang canggih ini janganlah ada orang orang yang berpelajaran menjadi buta maklumat hingga diketawakan orang kampung yang tidak berpelajaran gara gara terlalu takut kepada orang politik hingga tidak berani menyatakan kebenaran dan rela pulak dicucuk hidung dan ditarik tengkok ke hulu ke hilir.

Thursday, August 25, 2011

Haram Tazkirah:Nasihat Buat TYDP MUIP


Gempar di Pahang apabila TYDP Majlis Agama Islam Pahang(MUIP) Dato Sri Wan Wahid dilaporkan beberapa blog telah mengeluarkan kenyataan haramkan tazkirah di masjid dan surau kerana ganggu orang nak bertarawikh.

Salah satu blog melaporkan kenyataannya itu disiar oleh Buletin Utama jam 1.30 hari 22 Ogos lalu di TV3.

Saya ada bertanya beberapa orang pegawai Agama Islam di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di Pahang berkaitan larangan tazkirah.Jika benar arahan tersebut ,mereka tidak bersetuju dengan larangan tersebut.Bagaimanapun tidak ada arahan bertulis dikeluarkan pihak MUIP setakat ini.Kalaupun ada hanya arahan lisan seperti yang dilaporkan media.

Untuk lebih shahih,seorang rakan telah menghubungi telefon Dato Wan.Inilah mesej yang saya terima dari sahabat itu selepas beliau menghubungi TYDP MUIP itu.

“Kecewa sungguh. Saya bertanya dengan baik pada Dato Wan Wahid,dia jawab dua sebab diharamkan, pertama nak tazkirah mesti ada tauliah,kedua tak perlulah tazkirah sebab mengganggu orang nak solat.saya tanya dimana nak katakan tazkirah itu mengganggu,kalau yang diajar itu Al Quran, hadis dan sirah.Dia jawab, senang ginilah, kalau tak setuju peraturan kita, letak jawatan.sy kata nak letak jwtn apa, sy hanya ahli jemaah masjid.dia matikan HP...:,

Maknanya shahihlah berita yang diterima sebelum itu.Kalau begitulah kepala hotak orang yang tadbir agama,jahanamlah Islam di negeri Pahang ini.Saya pun tak pelik.rakan rakan di MUIP ramai yang tak tahan dengan berbagai tindakan beliau yang membiarkan diri menjadi alat pemimpin pemimpin yang jahil.Hubungan akrabnya dengan pemimpin jahil di negeri Pahang sudah menjadi perbualan umum.Respon terhadap pemanggil yang mahukan penjelasan beliau menggambarkan keangkuhan seorang penjawat awam.

Saya sendiri hantar mesej ke Dato Wan menasihati beliau.Ini mesej saya,"Salam Dato.Tindakan mengharamkan tazkirah Ramadhan hanya akan menjadikan ummah terus dalam kejahilan.Sebahagian besar umat Islam jauh dari masjid kecuali dalam bulan Ramadhan.Maka kesempatan patut diambil pada bulan ini untuk memahamkan mereka tentang ajaran Islam.Tazkirah adalah satu kewajipan,manakala tarawikh adalah ibadah yang sunnat.Tidak pernah fadhilat sunat mengatasi ibadah yang wajib.Sekiranya Dato tak sanggup lagi memikul amanah Allah,meletakkan jawatan adalah lebih baik daripada membiarkan diri diperalat oleh orang yang jahil.Semoga Dato terselamat dari azab Allah.

Jawapan balas yang diberi beliau berbelit belit nak lepaskan diri.Jadi eloklah tuan tuan semua menelefon atau hantar sms kepada beliau pulak.Hubungi nombor beliau 0199313756

Perhatian:Saya menerima beberapa komentar daripada teman teman pembaca.Setelah meneliti ,sedikit pembetulan ayat dalam tulisan ini telah saya lakukan.Terima kasih.

Wednesday, August 24, 2011

KENYATAAN AKHBAR :LARANGAN TAZKIRAH SUATU KEJUTAN BARU KPD SEBUAH NEGARA ISLAM

Dewan Pemuda PAS Pahang amat kesal dengan pengharaman tazkirah Ramadhan disemua surau dan masjid seluruh negeri Pahang oleh MUIP. LARANGAN dan PENGHARAMAN tazkirah di masjid dan surau adalah suatu kejutan baru di Malaysia selepas ia diisytiharkan sebagai sebuah NEGARA ISLAM.

Merujuk kepada Buletin TV3 jam 1.30 (22/8/2011 ), Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) telah mengharamkan semua majlis tazkirah di masjid dan surau di negeri Pahang. Timbalan Pengarah MUIP telah mengatakan majlis tazkirah telah menggangu majlis ilmu.

Adakah pengharaman tazkirah ini hanya berdasarkan aduan seorang individu atau exco kerajaan negeri maka menyebabkan MUIP takut dan terus ikut telunjuk mereka? Lalu tanpa sebarang siasatan terus mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah. Janganlah kita menjadi penghalang kepada perkembangan agama Allah. Ingatlah peringatanNya di dalam surah al-Baqarah ayat 114: "Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalang dari menggunakan masjid-masjid Allah utk sembahyang dan menyebut nama Allah (tazkirah)..."

Sepatutnya MUIP sebagai sebuah institusi agama yang besar bertindak lebih matang dan berakhlak dengan memanggil penyampai tazkirah utk menyiasat adakah benar beliau menyampaikan tazkirah yang bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah, BUKAN mengharamkan tazkirah dan menyekat majlis ilmu!

Tazkirah menjadi dimensi untuk mendidik umat Islam secara tidak langsung. Institusi pendidikan bukan sekadar di sekolah, kolej atau universiti semata-mata. Malah masjid, surau dan madrasah menjadi platform menyuburkan Islam sejak zaman berzaman.

Kemungkinan pula hala tuju larangan itu menjurus kepada tazkirah menjadi ceramah politik. Takkan lah seorang pentazkirah apabila menghuraikan ayat-ayat al-Quran yang mengharamkan riba, rasuah, judi, haramnya bersalam antara lelaki dan perempuan, wajib pakai tudung dan sebagainya sudah dikira mengganggu ibadah orang ramai?

Kini rakyat bertambah malu untuk menobatkan Malaysia 'Negara Islam' apabila ajaran Islam cuba dihalang oleh orang Islam sendiri, apatah lagi yang menghalang itu sebuah institusi yang bertanggungjawab menjaga agama!. Tazkirah yang diadakan sekadar mengulas ayat al Quran dibaca ketika solat. Sekiranya menyentuh pelbagai isu mengenai kehidupan manusia, itu realitinya sebuah kitab suci. Al Quran diturunkan dari Allah Taala yang mengatur segala kehidupan manusia.

Apabila proses memberi kefahaman, ayat-ayat Allah berlaku, orang ramai akan faham maksud isi kandung al Quran. Ketika sembahyang mereka akan mengingati maksud-maksud ayat yang dibaca imam. Sembahyangnya tentu menjadi lebih khusyuk.

Oleh itu, DPPNP membantah keras larangan ini dan mendesak supaya pihak MUIP menarik balik larangan tazkirah kerana ia akan menyebabkan orang jahil bertambah jahil dan orang alim membisu, maka ia akan memberi kesan kepada kehancuran sebuah negara.

Thursday, August 4, 2011

Usaha Umno Menjadikan Felda Benteng Terakhirnya

Kerjasama erat antara Umno dan Felda untuk mempastikan tanah rancangan Felda terus menjadi kubu kuat Umno.Peneroka dijemput ke program di atas kononnya penerangan isu isu Felda,tetapi ceramah yang disampaikan jelas sebuah ceramah Umno yang penuh dengan caci maki terhadap Pakatan Rakyat.

Umno tidak mempunyai kekuatan tersendiri,terpaksa menggunakan platform Felda untuk tumpang berkokok.

Madrasah Ramadhan di Markaz Jengka 16

Sunday, June 26, 2011

Kabinet PAS Pahang 2011-2013

Senarai Penuh Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Pahang.

Pesuruhjaya : Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

Timbalan Pesuruhjaya 1: Ustaz Yusuf Embong

Timbalan Pesuruhjaya 2: Dr Hamzah Jaafar

Timbalan Pesuruhjaya 3: Nasruddin Hassan Tantawi

Bendahari: Ir Musanif Abd Rahman

Ketua Dewan Pemuda: Ustaz Shahrir Azman Al-Hafiz

Ketua Dewan Ulamak: Ustaz Mokhtar Senik

Ketua Dewan Muslimat: Salamiah Mohd Nor

Pengarah Jabatan Pilihanraya: Abdul Majid Hassan

Ahli Jawatankuasa:

Hasanuddin Salim

Syed Hamid Syed Mohamad

Andansura Rabu

Yohanis Ahmad

Alawiyyah Abdullah

Saturday, June 25, 2011

Pinjam RM6 Billion:ANAK Cabar Isa Dailog Terbuka

Aziz Muda(Harakahdaily)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad, dicabar untuk berdialog secara terbuka dengan Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan Cawangan Lembah Klang (Anak Lembah Klang) bagi menjelaskan hal pinjaman RM6 bilion dan kerugian anak-anak syarikat Felda.

Anak Lembah Klang bersedia menyiapkan pentas terbuka untuk diadakan dialog tersebut dan Isa Samad diberikan tempoh tiga hari bagi menjawab kesediaannya untuk menyambut cabaran itu.

Jika tidak, ia jelas menggambarkan ada 'masalah besar' yang dihadapi Felda hari ini di bawah kendalian Isa Samad dan beliau mesti bertanggungjawab dengan semua itu.

Naib Pengerusi Anak Lembah Klang, Mohd Nasaie Ismail berkata, kenyataan Isa Samad bahawa pinjaman Felda kepada KWSP sebanyak RM6 bilion bukanlah satu masalah dan ia merupakan penghormatan kepada Felda, jelas merupakan satu penghinaan kepada golongan peneroka, anak peneroka dan warga Felda.

Menurut beliau, jawapan tersebut menampakkan sikap Isa yang menganggap golongan peneroka, anak peneroka dan warga Felda seolah-olah buta maklumat sehingga sanggup ditipu oleh beliau.

"Masakan tidak ada sebarang masalah, kita membuat pinjaman dan pinjaman ini dalam jumlah yang besar hampir lima kali ganda daripada keuntungan tahunan Felda yang dihebahkan kepada kita.

"Kita juga pelik, mengapa Isa boleh katakan kerugian Felda bukanlah suatu masalah sebaliknya ia boleh diurus supaya kerugian itu menjadi baik. Mana ada kerugian dikira baik. Rugi sememangnya petanda buruk kepada agensi milik rakyat Malaysia ini," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.

Anak Lembah Klang, menurut beliau, mempersoalkan apakah tujuan dipinjam wang sehingga RM6 bilion dan mengapa perlu dipinjam daripada agensi yang lain?

"Persoalannya juga, apakah wujudnya kekurangan dana Felda atau benarkah dengan dakwaan wang dipinjam digunakan untuk belanjawan pilihanraya parti pemerintah? Ini yang perlu dijawab," katanya yang juga Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan.

Jika begitulah cara berfikir Pengerusi Felda, tegasnya, tidak mustahil Felda akan bankrap di bawah pengurusan Isa Samad sebagaimana lingkupnya Negeri Sembilan dibawah beliau.

"Anak Lembah Klang juga menasihatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Anak, Mazlan Aliman supaya tidak membalas kenyataan Isa itu kerana lavel pemikiran dan jawapannya cukup sekadar anak-anak peneroka seperti kami sahaja menjawabnya," ujar beliau.