Sunday, November 9, 2008

Al Fatihah Untuk Amrozi,Imam Samudera dan Ali Ghufron

Dari blog Ar Ruhul Jadid

Setelah pelbagai spekulasi dibuat mengenai tarikh dan waktu sebenar, akhirnya jam 12.15 waktu Indonesia Barat tadi , Imam Samudera, Amrozi dan Ali Ghufron akhirnya menghadapi hukuman bunuh dengn cara ditembak di Lembah Nirbaya, Nusakambangan, Jawa Timur.

Laungan takbir mengiringi berita pemergian mereka yang disampaikan oleh abang kandung Amrozi dan Ali Ghufron iatu Ustaz Chozin. Dihadapan ratusan pelajar dan simpatisan di Pesantern Al-Islam sebentar tadi, Ust Chozin menyebut “ semoga arwah saat ini sudah terbang bersama burung-burung hijau ”.

Saat ini jenazah mereka sedang dimandikan oleh pihak keluarga dan mungkin akan dibawa pulang untuk dimakamkan selepas Subuh nanti dikampung halaman mereka menggunakan helicopter.. Berita lanjut layari http://www.detik.com/

Untuk tonton temuramah bersama isteri-isteri mereka ini sebelum ditembak sila klik sini.Salah seorangnya Puan Faridah Abbas isteri kepada Ali Ghufron tinggal di Malaysia dan kemungkinan juga rakyat Malaysia kerana beliau ketika ditemuramah tidak menggunakan bahasa Indonesia sebaliknya menggunakan bahasa Malaysia

No comments: