Sunday, November 9, 2008

Isu Matau:Penduduk Dakwa YB Wan Salman Tabur Janji Kosong Atas Surau

Tiada sebarang penghargaan untuk peneroka awal Bandar Jengka yang meneroka dan membuka kawasan perniagaan di Matau apabila mereka diarahkan mengosongkan premis masing masing tanpa sebarang gantirugi ataupun saguhati diberikan oleh pihak pemaju.

Dalam notis yang dikeluarkan Majlis Daerah Maran bertarikh 28 Oktober lalu,penduduk dimaklumkan pihak Mentiga Cooporation Bhd selaku pemaju akan memasuki dan memulakan projek pembinaan bangunan kedai pada 1 April 2009.

Tindakan Majlis Daerah Maran mengarahkan penduduk Matau mengosongkan penempatan mereka sebelum tarikh tersebut amat dikesali oleh penduduk yang telah membangunkan kawasan tersebut sejak hampir 40 tahun lalu.
"Kami dah bayar tol selama 18 tahun,tiba tiba nak suruh keluar begitu saja"ujar Mak Cik Odah seorang ibu tunggal yang merupakan penduduk awal Matau.

Mak Cik Odah yang mencari rezeki dengan perusahaan keropok lekor berasa hairan dengan sikap kerajaan yang mendakwa hendak membantu ibu tunggal tetapi dalam masa yang sama beliau sebagai ibu tunggal yang boleh berdikari dengan perniagaannya diarahkan berpindah sedangkan tapak perniagaan tidak disediakan.

"Saya ni ibu tunggal,suami dah meninggal,anak tak ada,perniagaan yang saya buat ni dah banyak membantu ramai orang termasuk pelajar Giat Mara yang mencari pendapatan secara sambilan",tambah beliau.

Bekas wanita Umno itu turut kecewa dengan Wakil Rakyat Jengka YB Wan Salman Wan Ismail yang tidak membela penduduk sebaliknya hanya menabur janji sewaktu pilihanraya.
Katanya setiap kali pilihanraya calon Barisan Nasional akan menabur janji kepada penduduk Matau kononnya akan membela nasib mereka.

"Nak mengundi dulu,atas surau dia berjanji nak bantu selesai masalah Matau,nak masuk kan paip air yang dah 40 tahun kami guna air perigi,bila dah menang dia tak bela penduduk",luah Mak Cik Odah lagi.

"Selama ni Dato Tuan Ibrahim saja yang banyak tolong kami,masa banjir dulu dialah yang datang berapa kali bagi bantuan.PAS saja yang prihatin.Wakil rakyat Umno yang kami angkat dulu tak nampak muka pun",tambah beliau lagi.

2 comments:

Anonymous said...

Salam 1 Malaysia..ye ke Makcik Odah?Mengapa tak hubungi TV3 melalui program Aduan Rakyat?boleh mereka siasat..Karam Singh Walia boleh jumpa Makcik Odah..jamu keropok lekor Makcik Odah..sediakan juga TUKUL BESI

Anonymous said...

Yer ker mak cik odah...time banjir dulu..isteri YB wan salman pun turut masak utk mangsa banjir di matau... org pertama yg dtg di matau time banjir ialah YB wan salman. Siap kereta dia masuk air lagi.