Lepas pilihanraya lalu budak Jengka tak berjoget lagi atas pentas.Hari ni DIGI datang bawa artis dari Kuala Lumpur nak ajak joget sama sama budak Jengka yang tak pernah jumpa artis kesayangan mereka.
Pesta rosak akhlak remaja dah mula petang tadi.Akan sambung malam ni dan berakhir malam esok.
Dalam keadaan dah lama tak ada konsert pun remaja kat Jengka ni dah tunggang langgang,apatah lagi kalau dapat peluang melalak,berjoget tergedik gedik macam berok mak yeh atas pentas dengan artis wanita yang hanya di lihat di kaca TV sebelum ni.
Dalam beberapa bulan kebelakangan ni pun setiap malam minggu dah penuh 'mak nyah' kat kaki lima kedai D'AGRO,Perniagaan Teratai berdepan dengan Jabatan Pendaftaran Negara dah macam Lorong Haji Taib kat Chow Kit(jangan pula tukar nama jalan tu kepada Lorong Hj Wahab,naya tok aji tu nanti)
Tukulbesi cuma nak tunggu apa YB Jengka nak buat.Abang Wan baru je menang Timbalan Ketua Umno Bahagian,dulu sebelum jadi YB ada juga bunyi suara tak setuju dengan konsert macam ni .Sekarang macam mana?Tak kan Abang Wan dan pemimpin-pemimpin Belia Felda yang lain ,ada yang berkedai beberapa inci saja dari tapak konsert DIGI nak peluk tubuh je tengok budak Jengka makin rosak.
Janganlah bila dah dapat projek macam macam daripada Felda ,boleh tutup mata je tengok kelaku anak buah.Dan janganlah kerana nak jaga undi tak berani nak sekat program mungkar kat Bandar Jengka ni.Pikir pikirlah sama apa jadi dengan remaja kita.
No comments:
Post a Comment