Rakan rakan di Rompin memaklumkan semenjak pilihanraya umum yang lalu,Ahli Parlimen Rompin Jamaluddin Jarjis yang dikaitkan dengan isu panas 'raba punggung' telah menyepikan diri.
Nama beliau hilang dari persada politik tanahair setelah namanya tidak tersenarai sebagai anggota kabinet Pak Lah selepas PRU 12.Hanya selepas Najib diistihar menang tanpa bertanding sebagai Presiden Umno baru lah saya ternampak gelagat beliau di parlimen ketika menganggu ucapan wakil Gombak YB Azmin Ali.
Gangguan JJ di parlimen sempat ditempelak Naib Presiden Keadilan itu dengan katanya,"Yang Berhormat, saya datang ke parlimen untuk berbahas,bukan nak raba punggung".Tidak pula terdengar suara JJ membalas sindiran tajam dari wakil Gombak itu.Hanya terdengar sorakan dari Ahli parlimen Pakatan Rakyat yang tentunya muka JJ merah padam ketika itu.
Selaku sekutu rapat Najib Razak ,JJ yang baru saja melepasi kouta Naib Presiden sudah tentu sudah berangan angan untuk mendapat kedudukan istimewa disamping bossnya yang bakal dinobatkan sebagai Perdana Menteri Mac tahun hadapan.Untuk itu JJ perlu bekerja kuat untuk mempastikan beliau memenangi Naib Presiden dengan undi yang besar.
Peluang untuk kembali popular agak sukar kerana dirinya telah terpalit dengan lumpur hitam yang masih berbau busuk dengan isu 'raba punggung' yang masih disebut-sebut.Tetapi takdir yang tidak diketahui,tiba tiba peluang itu muncul apabila beliau mendirikan solat Jumaat di Masjid Keratong 4,Jumaat lalu.
Kenyataan beliau kepada Peguam Fadli Ramli yang menegur tindakan beliau itu dangan berkata,"Kalau tak buat macam ni ,tak merasa pulak jadi menteri",ternyata sememangnya peluang yang ditunggu tunggu untuk kembali semula ke kedudukan asalnya.
Peluangnya untuk memperolehi beberapa pencalonan lagi di samping mendapat undi ketika pemilihan Umno nanti sangat sangat diharapkan dengan isu ini.Pihak media massa yang turut membantu menonjolkan kembali dirinya sangatlah berharga.
JJ juga dilaporkan telah membuat laporan ke Jabatan Agama Islam Pahang berkaitan imam yang membaca khutbah di Masjid Keratong 4 itu.
Kita akan saksikan apakah benar benar isu tersebut dapat membantu JJ untuk memperolehi undi yang lebik banyak atau isu itu bakal menguburkan terus cita cita beliau.Apa pun JJ perlu berterima kasih kepada Ustaz Suhaimi ,kerana kalau lah khatib itu hanya membaca teks khutbah yang disediakan JAIP,tentulah nama JJ akan terus tenggelam.
No comments:
Post a Comment