Monday, November 10, 2008

Menyelami Pengorbanan Guru PASTI ,Menggamit Keprihatinan Semua

Menyelami kehidupan para penggerak utama Pusat Asuhan Tunas Islam yang terdiri dari kalangan tenaga pengajarnya begitu menyentuh perasaan. Peluang bertemu beberapa orang guru PASTI di kawasan Kuala Krau ketika Hari Pendidikan PASTI Ahad lalu telah mendorong saya untuk mencatatkan sesuatu di sini.

PASTI yang diasaskan sekitar 25 tahun lalu di bawah Dewan Pemuda PAS sudah mendidik puluhan ribu anak anak yang hari ini sebahagiannya sedang berada di menara gading dan ada yang sudah memiliki kerjaya sendiri,menjadi orang terkenal seperti Fenda di MHI TV3 dan sebagainya lagi.

Setelah mengharungi berbagai cabaran dalam tempoh tersebut,PASTI terus mencipta nama di sebalik sumbangan yang diberikan dalam pendidikan di negara ini.Selepas menerima Anugerah dari Raja Permaisuri Agong,PASTI terus melangkah ke hadapan.

Hari ini dengan kurikulum PASTI yang tersusun,memiliki buku teks sendiri ,menjadikan institusi pengajian ini mampu bersaing dengan lain lain institusi pra sekolah.

Penyertaannya juga tidak terbatas kepada ahli PAS ataupun umat Islam sahaja,tetapi ahli ahli Umno sudah ramai yang meyakini pendidikan di PASTI lebih baik untuk anak anak mereka seawal usia lima tahun.(PASTI juga membuka penyertaan kepada kanak kanak berusia 4 tahun)

Lebih menarik lagi di kawasan kawasan bandar orang orang bukan Islam turut menghantar anak anak mereka ke PASTI.

Menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan PASTI 2005-2011 kematangan PASTI kian terserlah.

PASTI juga boleh berbangga kerana mampu memiliki sebuah bangunan empat tingkat berharga RM900 ribu di Taman Samudera ,Batu Caves.
Ya,terlalu banyak perubahan telah berjaya dilakukan oleh pengurusan PASTI khususnya di peringkat Pusat,syabas!

Namun ada hal yang perlu saya usik di sini yang mengharapkan kebersamaan semua dalam menyokongnya.



Ketika berbual dengan bekas pelajar saya yang kini sedang berkhidmat sebagai tenaga pengajar di sebuah PASTI di Jengka,beliau tersipu sipu malu bila saya tanyakan berapa elaun bulanan yang dibayar oleh PASTI kepada beliau yang mempunyai kelulusan STPM.

"Alhamdulillah dapatlah RM 200 sebulan",jawabnya tanpa rasa kesal."Ada pembantu ke yang sediakan makan pelajar",tanya saya lagi."Tak ada,saya buat sendiri makanan,tak pe pelajar taklah ramai sangat",jawab beliau.

"Berapa peruntukan di beri untuk sediakan makanan tu",soal saya."Duit RM 200 tu lah saya guna,tak de dah peruntukan lain,saya tak kisah tu,boleh buat,kadang kadang ada orang derma bahan bahan untuk masak",jelas guru berkenaan.

Ye lah,kalau nak cari pembantu pun sape yang sanggup,tak padan pulak upah yang nak diberi .

Aduh! saya terpinga pinga kepeningan.Sudahlah elaunnya hanya RM 200,tukang menyediakan makanan pun dia jugak,guna duit sendiri!Aduhai betapa tulusnya hati seorang guru yang sangup bekorban sehingga ke tahap itu.
Ke sana ke mari menghadiri kursus,taklimat,mesyuarat semuanya dengan wang poket sendiri.

Saya juga berpengalaman menempuh kesusahan dalam perjuangan,pernah menjadi guru agama dengan gaji yang juga rendah semata mata untuk menyampaikan ilmu agama.Tetapi bekas anak murid saya itu terlebih besar pengorbanannya jauh lebih baik dari gurunya sendiri.

Di awal awal saya bertugas sebagai guru agama di SAR milik ABIM Seremban,elaun yang dibayar kepada saya yang ketika itu memiliki STPM ,ialah RM 320 sebulan.Pendapatannya kecil,tapi cukuplah untuk saya yang masih bujang ketika itu.Tapi RM 320 itu bila?15 tahun yang lalu,tahun 1993.Ketika harga petrol belumpun sampai RM 1.00 seliter.Guru yang dapat RM 200 itu zaman Pak Lah,zaman semua benda naik harga kecuali getah dan sawit!

Guru berkenaan juga sempat memaklumkan ,bulan November ni kemungkinan tak ada elaun kerana sekolah hanya dua minggu sahaja,nak kutip yuran dari ibu bapa pun susah.Bulan Disember nanti dah tentu lah tak ada apa apa imbuhan untuk guru guru ini.

"Gaji tu saya tak kisah sangat,saya sanggup mengajar lagi,tapi yang penting kerjasama dari AJK itu sangat penting,apa apa masalah kita bincang sama sama",luahnya lagi penuh keikhlasan.

Seorang guru veteran yang memberi khidmat kepada PASTI lebih sepuluh tahun yang lalu juga berkongsi cerita yang hampir sama.

"Elaun saya RM 200,tapi kadang kadang RM 150 je,tak tentulah bergantung kepada duit yang terkumpul",cerita guru lulusan 4 Thanawi itu kepada saya.

Begitupun ada rupanya.Sebahagian besar mereka yang memilih kerjaya sebagai guru PASTI bukanlah berniat untuk mencari rezki semata mata tetapi lebih didorong rasa tanggungjawab untuk membantu mendidik anak anak PASTI,suatu kerja yang tidak ramai orang sanggup lakukan.

Kalau mereka hendak mencari rezki semata mata mereka ada peluang yang lebih baik kerana rata rata mereka mempunyai kelulusan akademik.Ada di kalangan guru PASTI di kawasan ini memiliki Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Al Azhar,Diploma Sains dari UiTM,beberapa orang daripadanya memiliki STPM,STAM,Empat Thanawi dan sekurang kurangnya SPM.

Tugas guru PASTI dan juga guru guru lain satu tugas yang berat.Walaupun masa di sekolah hanya sekitar tiga jam,tetapi tugasnya tidak selesai di sekolah.Buku buku tulis anak murid dibawa pulang ke rumah,ada kerja yang perlu disambung oleh guru di rumah.Kalaulah nak dikira overtimenya tentulah berlipat ganda lah elaun guru PASTI.

Kalau ada pertandingan sukan,pertandingan ilmiah,ihtifal,dan lain lain aktiviti,bertambah tambahlah kagi bebanan yang terpaksa dilalui.Lantaran itu RM 200 atau RM300 masih tidak berbaloi dalam suasana ekonomi hari ini.

Apa yang saya perhatikan masalah kebajikan guru guru kadang kadang terabai apabila pihak pengurusan PASTI di cawangan hanya bergantung kepada kutipan yuran tanpa sumber kewangan lain yang boleh membantu.

Walaupun harga barang keperluan jauh melambung tinggi,tapi yuran pelajar PASTI masih tidak dinaikkan kerana tidak mahu memberatkan ibu bapa.Akhirnya kebajikan guru yang terpaksa dikorbankan. Apabila anak kita berjaya,kita bangga kerana anak kita memang pandai,tetapi bila dia gagal kita kecewa kerana 'guru tak pandai' mengajar!Guru juga yang kena.Harapnya kita tidak begitu.

Lantaran itu disini saya ingin merayu sokongan dari saudara semua untuk membantu kebajikan guru guru PASTI khususnya.Kadang kala ada di kalangan kita tidak tau ke mana nak disalurkan sumbangan derma hingga akhirnya duit kita mengalir kepada pihak pihak yang masih berupaya untuk meneruskan kelangsungan hidup sedangkan disekeliling kita masih ramai yang mengharapkan sumbangan wang ringgit dan sokongan daripada kita.

Dalam hal ini saya tidak mahu meletakkan kesalahan penuh kepada jawatankuasa PASTI di cawangan cawangan di atas kegagalan mereka menyediakan dana kewangan yang mencukupi untuk kebajikan guru guru dan pembangunan PASTI.Saya amat memahami berbagai kesusahan yang terpaksa dihadapi dalam usaha mereka membangunkan PASTI di kawasan ini.
Sebahagian yang menguruskan PASTI di cawangan cawangan terdiri dari kalangan veteran jamaah yang patutnya sudah berehat.Kadangkalanya mereka sendiri sudah buntu untuk memikirkan bagaimana mereka boleh mendapatkan sumber kewangan untuk terus menghidupkan PASTi.Apa pun,ketegasan mereka tidak membiarkan PASTI berkubur sudah cukup baik walaupun mereka tidak mampu untuk menambah elaun guru.

Pastikan anda menjadi orang terawal untuk menyumbang bantuan kewangan kepada PASTI Kawasan Kuala Krau dan terus istiqamah untuk membantunya.Nombor akaun DPPKK saya paparkan di ruang sebelah untuk saudara menyalurkan sumbangan derma.
Keterangan Gambar
1.Cikgu Rohani,18 tahun memberi khidmat
2.Ustazah Fatimah,memiliki Empat Thanawi
3.Cikgu Salwa,berkelulusan STPM

4 comments:

Anonymous said...

Saya rasa sudah sampai masanya untuk dinaikkan yuran bulanan PASTI, sekurang kurang-nya RM20 sebulan atau lebih. Manakala untuk makan minum harian pelajar , pihak pengurusan PASTI boleh membuka peluang kepada ibu-bapa anak-anak untuk menyediakan-nya(menaja) ikut giliran bagi mereka yang berminat untuk buat kerja-kerja kebajikan. Ini boleh dilakukan dengan di edarkan borang khas kepada ibu-bapa yang ingin menaja pada sekian-sekian haribulan bagi tiap-tiap bulan persekolahan. Saya rasa ada ibu-bapa yang sanggup untuk buat kerja-kerja kebajikan macam ini. Saya berharap Ustaz dapat membawa cadangan ini pada pihak pengurusan PASTI kawasan.

Abu Ishaq
Taman Desa Jaya.
11-11-08

Btree Jengka said...

Terima kasih Abu Ishaq,saya pernah memberi pandangan yang sama sebelum ini tapi masih belum berhasil,insyaAllah saya akan bawa sekali lagi pandangan ini ke pihak berkenaan

Anonymous said...

nk bg alaun guru pasti tu jgn duk banding dgn negeri lain bg brp.kita mampu bg lbih,bg jelah.tkkn nak berkira sgt bab ni.ni line pertama dlm pas.mesti jg kbjikan mrk sama

Anonymous said...

kalau boleh kutip derma bg sumbangan org miskin,anak yatim,atas pagar waktu pru, kenapa tidak utk guru pasti?mereka tentera paling depan dlm prjuangan dn tlh byk bkorban.mereka yg perlu dibela..jgn menyusu kera di hutan,ank di rumah mati kelaparan.nampak keras komen ni,tp demi Allah nak tengok lbih baik.harap Ketua pemuda ambik tindakan..