Sunday, November 2, 2008

Laporan Langsung IJtimak PAS Kuala Krau

Jam 10 pagi semalam 1 November bermula Ijtimak PAS Kawasan Kuala Krau yang dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang,Dato Tuan Ibrahim Tuan Man.

Program yang diadakan di tapak Kompleks PAS Pahang Kerdau itu bejaya mengumpulkan semua jentera parti di segenap lapisan dari seluruh UPU dalam Parlimen Kuala Krau.

Hadir sama ketika majlis perasmian ialah Setiausaha badan Perhubungan PAS Negeri yang baru saudara Roslan Zainal,Timbalan Pesuruhjaya Cikgu Abd Majid Hasan serta Bendahari PAS Negeri sdr Musanif Abd Rahman.

Selepas upacara perasmian,berbagai acara sukaneka di jalankan antaranya pertandingan kerum,boling kelapa,jentik syiling dan lainnya.

Urusetia Penerangan kerajaan negeri Kelantan turut membuka gerai pamerannya.Selain itu Yayasan Amal Malaysia,Dewan Muslimat,Takaful ETIKA turut membuka gerai pameran masing-masing.+Pengamal Perubatan Islam Darul Syifa diketuai Hj Badarudin turut memberi khidmat sepanjang program semalam.

Bagaimanapun beberapa agensi kerajaan yang dijemput semalam tidak dapat hadir kerana sebab sebab tertentu.Antaranya ialah pihak hospital,Agensi Dadah Kebangsaan dan pihak polis.Pihak urusetia berharap mereka akan hadir pada hari ini.

Kemuncak program pada malam tadi satu ceramah perdana telah disampaikan oleh Dato Husam Musa mewakili Kelantan,YB Khalid Samad mewakili Selangor,Syamsul Iskandar mewakili PKR dan Dato Tuan Tuan Man selaku tuan rumah.

Pada pagi ini acara sukan yang sepatutnya disambung semula tertunda sebentar kerana masalah hujan yang tidak henti henti sejak jam 1.00 pagi tadi.

Laporan terbaru sebentar tadi memaklumkan pihak Hospital Temerloh telahpun hadir untuk program derma darah.

Laporan selanjutnya selepas ini.

No comments: