Monday, November 24, 2008

Laporan Tertunda:Kunjungan Konvoi ARC DPP Marang

Hujan lebat menyambut ketibaan peserta Konvoi ARC DPP Marang ke Jengka Jumaat lalu.Konvoi 120 orang pemuda yang tiba pada jam 5.00 petang 21 Nov disambut Ketua DPP Kuala Krau serta exco exco yang lain di Dataran Markaz MTD Rantau Perintis,Bandar Jengka.Turut menyambut ketibaan mereka,Timbalan YDP PAS Kuala Krau Hj Nazri Husin yang juga Pengarah MTD Jengka serta Encik Idris Talib,Bendahari PAS MTD Jengka.

Selepas ucapan ringkas dari Ketua Pemuda Kuala Krau,Ustaz Shahril Azman Abd Halim dan ucapan ketua rombongan Ustaz Abu Bakar Soleh yang juga selaku Ketua DPP Marang,peserta menikmati jamuan ringan sebelum bertolak ke Padang Awam Jengka 15.

Di tapak perlawanan ,cuaca dalam keadaan baik.Perlawanan bolasepak persahabatan sebagai pembuka tirai lawatan tersebut menyaksikan pihak tuan rumah tewas kepada tetamu dengan jaringan gol 3-1.Terdapat juga andaian yang mengatakan pihak tuan rumah sengaja memberi laluan mudah kepada DPP Marang untuk memenangi pertandingan sebagai menghargai kunjungan mereka.

Namun tidak dinafikan ,DPP Marang sememangnya memiliki pemain pemain handalan yang turut serta dalam konvoi tersebut.Apa pun perlawanan persahabatan ini dapat mewujudkan kemesraan antara kedua dua Dewan Pemuda ini.

Di sebelah malamnya selepas solat Maghrib di Masjid Jengka 15,peserta konvoi dihidangkan dengan hidangan rohani dari Al Fadzil Ustaz Hj Sharif Yusuf seorang penceramah agama di negeri Pahang.

Selepas solat Isya' dan makan malam yang disediakan PAS Cawangan Jengka 15 satu Ceramah Perdana di Markaz PAS Jengka 16 yang menampilkan kedua-dua Ketua Pemuda kawasan Marang dan Kuala Krau sebagai pemidato utama dan kehadiran Pemangku Ketua DPP Pahang Ustaz Suhaimi Saad dengan kisah Khutbah Jumaat di Keratong 4 dan tindakan Jamaludin Jarjis telah memeriahkan lagi susana.

Peserta yang bermalam di Masjid lama dan Markaz MTD Jengka kemudian berkesempatan berjemaah Subuh bersama Dato Tuan Ibrahim Tuan Man seterusnya mengikuti kuliah beliau.

Kehadiran peserta konvoi amat dihargai sekali apabila mereka turut menyumbangkan tenaga dalam gotong royong menyiapkan Markaz PAS Jengka 16 dan mengecat PASTI Jengka 11.

Setiap pertemuan akan berakhir dengan perpisahan.Jam 11 pagi Sabtu 22 Nov,selepas ucapan penutup dan penyampain cenderamata dan sijil kepada peserta,konvoi 120 orang dari ARC DPP Marang meningggalkan Bandar Jengka dengan suasana sayu menuju ke Maran untuk program selanjutnya.

No comments: