Wednesday, November 12, 2008

Umno Dengan Judi Tak Boleh Berpisah


Salah satu faktor kalangan ulama meninggalkan Umno diawal penubuhannya lalu menubuhkan PAS ialah kerana Umno memperkenalkan loteri untuk mencari dananya.Ternyata seawal penubuhannya Umno tak boleh berpisah dengan judi.Mertua kepada Tun Razak yang juga tokki kepada Najib dan Hishamudin adalah orang yang bertanggungjawab menjadikan Malaysia satu satunya negara umat Islam di muka bumi ini yang mempunyai kasino untuk rakyat jelata menghabiskan duit dengan jalan yang dimurkai Allah.

Walaupun di zaman Pak Lah adanya Islam Hadhari yang tak sempat dipelajari oleh Almarhum Tun Razak,Tunku dan Husein Onn,tapi pusat judi di Genting Highland itu tak boleh juga nak ditutup.Ketika satu lagi Pusat judi nak dibuat di Bukit Tinggi,nama Setiausaha Agung Umno sekarang tersenarai sebagai salah seorang pemegang sahamnya disamping anak syarikat kerajaan negeri Pahang pimpinan Adnan Yaakob pun terlibat sama ketika itu.

Ketika Dato Tuan Ibrahim mengadakan pertemuan dan menyerahkan memo bantahan kepada Menteri Besar itu di Pejabat Majlis Daerah Temerloh,mati matian MB itu mempertahankan pembukaan pusat judi itu dangan alasan mengikut Siyasah Syariah!Alasannya ,kita nak kawal kegiatan judi jangan merebak,kita sedia tempat khas,jadi tak lah merebak tempat lain.
Peliknya kenapa tak sediakan tempat anak anak peneroka nak hisap dadah ke,kesian dia orang terpaksa susah payah duduk dalam ladang sawit,peneroka juga susah.Apa pun itulah kepala hotak pemimpin Umno,benda yang dah jelas dalam Quran haramnya pun ,masih ada alasan syarie kononnya untuk diteruskan.

Hari Isnin 10 Nov,rakyat Pahang yang membaca akhbar Sinar Harian tentulah terbaca berita di muka hadapan bertajuk 'Ahli Umno Edar Nombor Ekor Di Mesyuarat Bahagian',boleh baca di sini. Ianya didedahkan sendiri oleh Ketua Umno Bahagian Temerloh Dato Sarit Yusuf ketika merasmikan mesyuarat bahagian tersebut.

Tiada pula laporan akhbar yang menyebutkan Dato Sarit marah ke,kesal ke,atas kejadian tersebut.Dato Sarit dilaporkan berkata, “Ini adalah antara gelagat yang ditonjolkan oleh ahli-ahli UMNO Temerloh bagi menghangatkan suasana pertandingan sedangkan dia sendiri sebenarnya tidak bertanding apa-apa jawatan dalam bahagian".

Lebih hebat lagi Dato Sarit pun dapat juga tiket loteri tersebut.Tak de apa yang pelik bagi Umno.Rakyat saja yang dok pening kepala.Umno dengan judi betullah tak boleh berpisah.Macam Amerika dengan Israel ler.Saling perlu memerlukan.

Hari ini lelaki berkenaan Che Wan mengaku dia edar tiket loteri itu untuk menghapuskan politik wang dalam Umno.Lawak betul! Dia guna pencuri nak lawan perompak!Minta tolong syaitan nak halau iblis.

Sayapun tak nak ulas apa dah,cuma kalau ada ustaz ustaz dan tok imam yang jadi perwakilan Umno tu jaga sikit tiket loteri tu,takut duduk dalam poket baju,tengah nak rukuk ,jatuh atas sejadah!Woi malu nya,nanti dapat gelaran Tok Imam Loteri.Fikir fikirkanlah ,nak duduk lagi ke dalam Umno ni.

Untuk ulasan seterusnya sila baca posting Ustaz Suhaimi,Pemangku Ketua DPP Pahang di sini.

No comments: