Friday, November 14, 2008

Live Dari Keratong 4:JJ Dipersila Baca Khutbah Minggu Depan.

Wajah Calon Tok Imam dan Khatib Jumaat .Tukang gunting hati hati sikit,tengok tangan Tok Imam tu sebelah lagi kat mana.Tangan tu nakal ,suka merayau kat kawasan lembah.

Petang tadi saya sempat menghubungi Ustaz Suhaimi Saad,Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang.Beliau masih lagi berada di Felda Keratong 4 untuk menyampaikan kuliah Maghrib.

Cerita mengenai calon Naib Presiden Umno yang naik minyak solat Jumaat siang tadi saya terima terus dari beliau.

Seperti yang disebut dalam Pahang Daily,Ustaz Suhaimi siang tadi telah dijemput membaca khutbah Jumaat di masjid tersebut.Tajuk khutbah beliau ialah Keadilan Dalam Islam.Beliau memfokoskan tentang kezaliman yang berlaku di bawah Akta ISA,tangkap tanpa bicara.Soal siasat yang begitu lama.Mangsa ditahan bertahun tahun di Kem tahanan tanpa sebarang bukti.

Akta yang hampir sama juga menurut Ustaz Suhaimi di dalam khutbahnya turut diamalkan oleh regim Israel.Beliau seterusnya menyebutkan bagaimana bentuk keadilan dalam Islam.Tiada satu patahpun dari khutbahnya menyebut tentang parti politik di negara ini baik parti pemerintah mahupun dari Pakatan Rakyat.

Selesai solat Jumaat ketika kebanyakkan makmum sudah keluar dari masjid tiba tiba beliau didatangi Jamaluddin Jarjis(JJ) Ahli Parlimen Rompin.Bekas menteri itu terus memberi amaran kepada Ustaz Suhaimi.

"Lain kali jangan datang baca khutbah kat sini,memecahbelah masyarakat",kata JJ.Ustaz Suhaimi yang terkejut dengan kenyataan JJ lantas bertanya,"Apa yang pecah belah masyarakatnya?"."Berpolitik dalam masjid",jawab JJ.

"Saya cerita tentang keadilan Islam,politik Islam ,bukan politik kepartian",jelas Ustaz Suhaimi.JJ tak puas hati,dengan angkuh dia berkata,"Kalau macam ni saya pun boleh baca khutbah".

"Silakan,Dato boleh baca khutbah minggu depan,sayapun nak dengar apa Dato nak cakap",jawab Ustaz Suhaimi.JJ makin naik angin,rasa tercabar,lalu mengajak Ustaz Suhaimi keluar masjid untuk berbahas di luar.

"Kita bincang dalam masjid lagi baik,Dato duduk dulu,Nabi pesan orang tengah marah kalau berdiri,suruh duduk",kata Ustaz Suhaimi.JJ tak puas hati terus keluar dan tunggu di luar bersama pengikutnya.

Atas nasihat Ustaz Shukri Ahmad YDP PAS Rompin,Ustaz Suhaimi tak dibenar keluar masjid kerana bimbang berlaku kejadian yang tak diingini.Setelah menunggu Ustaz Suhaimi tak keluar,JJ dan pengikutnya terus meninggalkan kawasan masjid tersebut.

Ustaz Suhaimi kemudiannya menghubungi Peguam Fadhli Ramli yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang dan memaklumkan kejadian tersebut.Fadhli kemudiannya terus menghubungi JJ dan menegur sikap beliau yang tak profesional.

Selepas memberi berbagai alasan,JJ kemudian berkata ,"Kalau saya tak buat macam tu tak merasa lah jadi menteri".

Itulah cerita yang saya dengar langsung dari Ustaz Suhaimi dan Peguam Fadhli yang sempat saya hubungi sebentar tadi.Ustaz Suhaimi dalam perjalanan pulang dari Keratong 4.InsyaAllah sebelum Subuh nanti anda bolehlah layari blog beliau http://www.najwasuhaimi.blogspot.com/ untuk cerita lanjut dari beliau.

1 comment:

sinarpru13 said...

ofer jer dia bagi baca khutbah.
baca intro khutbah pon tak lepas kot.