Thursday, November 27, 2008

Kembara Ukhwah AMAL Pahang ke Selatan Thai

Pondok Darul Quran Kubang Puyu,Narathiwat
Ustaz Rosli sedang menyembelih lembu untuk aqiqah

Kunjungan ke Majlis Agama Islam Narathiwat


Atas tanda prihatin dengan nasib saudara seagama yang sedang menderita,Yayasan Amal Malaysia (Amal)Cawangan Pahang telah melebarkan amal baktinya ke Selatan Thailand,daearah umat Islam yang sedang bergolak.

Kumpulan seramai 6 orang diketuai Ustaz Rosli Abdul Jabar telah mengadakan program Kembara Ukhwah pada 21 dan 22 November lalu ke Narathiwat bagi meninjau perkembangan terkini kehidupan umat Islam di Selatan Thai itu yang mengalami berbagai konflik serta tekanan hidup sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Kembara ukhwah pada kali ini juga diadakan bagi menyalurkan sumbangan lembu untuk ibadah korban 1429H di beberapa buah kampung dalam daerah Narathiwat.Dalam kunjungan tersebut rombongan dari AMAL Pahang itu sempat menziarahi 3 buah Pusat Pengajian Islam(Pondok Tradsional) di Kampung Kubang Puyu,Kg Dalam dan Kg Pulau Kapas Narathiwat.

Kembara ukhwah juga turut membuat kunjungan hormat ke Majlis Agama Islam Narathiwat Disana rombongan disambut oleh Ustaz Drs. Abdul Rahman Bulajama bersama beberapa orang pegawai agama.Sesi taklimat perkembangan semasa umat islam di Selatan Thailand juga turut diadakan.

Tahun ini merupakan tahun pertama Pihak Urusetia Korban Perdana AMAL Cawangan Pahang melaksanakan Ibadah Korban Di Selatan Thailand. Sebagai permulaan pihak AMAL menyalurkan 3 ekor lembu untuk ibadah korban dan 1 ekor lembu untuk jamuan aqiqah.

Menurut Ketua Penyelaras Korban Al-Fadzil Ustaz Rosli b Abdul Jabar yang juga selaku Naib Pengerusi 2 AMAL Cawangan Pahang, tahun ini merupakan tahun ke empat AMAL Pahang menyelaras perlaksanaan Ibadah Korban bagi misi kemanusian.

Pada tahun lepas sebanyak 80 ekor lembu Korban/Aqiqah telah diagihkan kepada umat islam di dalam dan luar negara.Diantara tempat yang telah disempurnakan penyembelihan Lembu Korban ialah di Perkampungan Tradisional Orang Asal kawasan Rompin dan Pekan, Perkampungan Islam Pendalaman Sabah,Pasentren & Asrama Anak Yatim Banda Aceh Indonesia,Negara Kemboja dan Vietnam.Pihak AMAL juga telah menyalurkan lembu untuk jamuan aqiqah di 5 buah tempat perpindahan Mangsa Banjir di beberapa kawasan dalam negeri pahang pada Disember 2007.

Menurut beliau, pada tahun ini pihak AMAL Pahang telah meluaskan lagi pengagihan lembu Korban ke Selatan Thailand dan Penempatan Mangsa Perang Di Mindanau Filipina.Kepada muslimin-muslimat yang berhajat untuk turut serta menyertai Ibadah Korban bagi tahun 1429H bolehlah berhubungan dengan Sdr. Johari bin Abdul Wahid(013- 984 4767)Harga bagi satu bahagian lembu korban ialah sebanyak RM 220.00 sahaja.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 2hb Disember 2008.Pembayaran juga boleh dibuat melalui Maybank atas Nama Yayasan Amal Malaysia(AMAL)Cawangan Pahang No 556011009756. Bagi Penyertaan Ibadah Aqiqah ianya dibuka sepanjang tahun dengan kadar RM 250.00 untuk satu bahagian.

Pihak urusetia Korban Amal Pahang mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan perlasanaan ibadah korban misi kemanusian bagi membantu mereka yang dalam kesusahan serta sebagai mengukuhkan ukhwah islamiah.

Perhatian:Bagi umat Islam yang berada sekitar Jengka yang berminat untuk menyertai ibadah korban anjuran AMAL Pahang,sila hubungi 0199855883(Ustaz Aris)

No comments: