Monday, November 3, 2008

Suasana Ijtimak PAS Yang Jadikan Saya Tergamam

Masyarakat Tionghua sedang menjamu selera di Ijtimak PAS kuala Krau
Salah seorang kanak kanak Tionghua yang menyertai acara jentik syiling

Pagi semalam saya kelewatan hadir ke Darul Hikmah Kerdau untuk bersama dalam Ijtimak PAS Kuala Krau hari kedua.Acara sukan ,derma darah dan beberapa aktiviti lain yang patutnya bermula jam 9.00 pagi tertunda hingga jam 10.30 pagi kerana cuaca yang kurang baik.Akibat keletihan pada hari pertama ,saya hanya sampai sekitar jam 11.30 pagi ke tapak program semalam.

Antara acara sukan ketika itu ialah acara jentik duit syiling dengan menutup sebelah mata yang dikendalikan Ustaz Rahim.Hampir 50 orang kanak kanak dan orang dewasa berbaris panjang untuk menyertai acara yang menggelikan hati itu.Antara yang turut berbaris itu beberapa orang kanak-kanak dari masyarakat Tionghua bersama ibu bapa mereka.Saya anggar sekitar 15 orang.

Suasana yang ada begitu menggembirakan hati saya .Ini satu perkembangan yang baik bagi PAS kawasan Kuala Krau khususnya di DUN Kerdau.Tembok pemisah dengan masyarakat Tionghua telah dapat dipecahkan.

Sekitar jam 12.30 tengahari,pihak urusetia menghidangkan jamuan tengahari untuk semua yang hadir.Saya sibuk sedikit di gerai Yayasan Amal Malaysia.Apabila saya keluar ke khemah tempat hidangan disediakan saya terperanjat dengan suasana yang saya saksikan.Dua kanopi besar tempat jamuan dipenuhi dengan masyarakat Tionghua yang membawa anak masing masing sedang menjamu selera bersama ahli dan petugas PAS di ijtimak tersebut.Jumlah yang saya kira tak kurang dari 70 orang.

Saya bukan lagi gembira tetapi tergamam dengan suasana yang amat jarang ditemui.Saya tidak pelik kalau majlis itu ialah majlis dailog bersama masyarakat cina atau jamuan teh di kampung orang orang cina,tetapi programnya ialah Ijtimak PAS Kawasan yang dibuat di Markaz PAS.MasyaAllah Maha Besar anugerahMu Ya Allah.

Terdetik di hati saya sampailah masanya untuk Umno menemui ajalnya di DUN Kerdau dan lainnya pada pilihanraya akan datang.Kerana tergamam dan rasa hiba yang tiba tiba muncul di hati saya,saya tak sedar lauk yang disediakan sudah hampir habis.Saya sibuk melayan kanak kanak cina dan beberapa orang kanak kanak India yang sedang makan. Perut saya sendiri belum lagi diisi.
Teringat saya ucapan Bala pada malam pertama Ijtimak yang mengakui masyarakat bukan Islam sudah berani mendekati PAS dan beliau yakin PAS mampu memerintah Malaysia.

Sebelum itu pada siang hari pertama ijtimak gelagat seorang lelaki yang memakai seluar paras lutut menarik perhatian saya.Lelaki tersebut keluar masuk markaz PAS dan bergaul mesra dengan sahabat sahabat pemuda PAS dari Kerdau.Kelihatannya beliau begitu biasa dengan mereka.

Dalam hati saya terlintas,bagus juga dia ni walaupun auratnya tak berapa nak sempurna lagi,tapi dia berminat untuk bersama PAS.Saya pula tak berkesempatan nak bercakap sepatah dua dengan lelaki tersebut hinggalah malam tadi saya terserempak sekali lagi dengan lelaki tersebut yang sedang berborak di gerai sup gear box sambil mendengar Presiden PAS berceramah.
"Aku dah biasa keluar masuk markaz PAS ni,sapa pun tak kisah,dia orang kenal aku",kata lelaki tersebut kepada kawan kawan yang lain.Bila saya perhatikan betul betul barulah saya perasan lelaki itu ialah seorang pemuda Cina dari pekan Kerdau.Patutlah seluarnya paras paras lutut je!

1 comment:

Anonymous said...

Salam MST dan pembaca sekalian.

PAS Pahang telah mengorak langkah maju setapak lagi syabas diucapkan.Kiranya blog/tembok pemisah anatara PAS dan bukan Melayu ini sentiasa dipecah dan dimusnah dari semasa ke semasa tidak syak lagi PAS Pahang akan berada di persada kekuasan kerajaan negeri.

Apa jua perancangan / strategi perlu di lakukan dengan serious dalam program menguasai/memenangi PRU 13.

Pimpinan PAS perlu anjakan paradigma untuk mencapai kemenangan.Budaya hanya 'berarak'dari satu ceramah ke satu ceramah perlu di pelbagaikan terutama pimpinan sentiasa diberi kursus tentang kerja-kerja penerangan,pendaftaran pengundi,kemahiran berkomunikasi dan lain-lain yang berkaitan dengan dakwah dan pilihanraya.

PAS perlu fokus dalam Parlimen Kuala Krau, Dun mana yang lebih berpotensi untuk dimenangi.Setelah ia diputuskan oleh pimpinan kerja-kerja secara sistematik perlu dilakukan bagi memenangi DUN tersebut.Saya optimis jika PAS benar-benar serious bekerja untuk memenangi PRU 13,ia pasti boleh!

afja02.