Friday, November 21, 2008

Jamaluddin Jarjis Solat Jumaat Kat Mana?

Hari ini hari Jumaat.Sebentar lagi masuk waktu solat.Sesiapa yang nampak Jamaludin Jarjis kat mana mana masjid,tolonglah bagi peluang dia baca khutbah Jumaat minggu ni.Minggu lepas dia dah mengaku boleh baca khutbah.Tolong jangan pinggirkan pemimpin yang boleh baca khutbah.Bukan senang nak cari pemimpin Umno yang berani macam dia.Tolong catit poin khutbah dia dan hantar kat Tukul Besi.Ok,kita gi masjid sekarang.

7 comments:

Anak Bulan said...

Salam tuan tukul besi,

saya melaporkan dari masjid jamek kg baru. tidak kelihatan bayang2 JJ.

terima kasih

Anak Bulan
Bulan Penuh 2012

Anonymous said...

Dalam perjalanan dari KT ke KB,Ana Singgah solat di Masjid Hadari Jerteh, Besut (masjid paling canggih di Terengganu, diilhamkan oleh Dato Idris Jusoh)Bukan Dato, JJ baca khutbah.

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

dek mari kita cari islam...

tanpa pakatan rakyat... tanpa bn

mari bersama abe berjuang dalam gerakan netizen perkasa di

http://aberamly.multiply.com

Kembara Politik said...

Assalamualaikum kepada semua warga FELDA.

Kenapalah ada warga FELDA yang tidak pernah bersyukur? Tidak mahu merenung kembali jerit payah ibu bapa semasa mula2 memasuki tanah rancangan? Tanpa ada sekangkang kera pun tanah di kampung halaman...di kala kais pagi makan pagi kerajaan merencana pembangunan Melayu melalui penubuhan FELDA. Penyudahnya anak cucu cicit FELDA menjadi petualang. Tidak pernah berterima kasih dgn legasi Arwah Tun Razak?

Yang bersyukur sebagai warga FELDA,

Kembara Politik
http://kembarapolitik.blogspot.com/

Anonymous said...

Salam MST dan pembaca sekalian.

Tak ada pula nampak Dato JJ datang solat Jumaat di tempat saya,kalau saya nampak confirm saya persilakan dia baca khutbah.

Pembaca sekalian, berpandangan kritis dan kritikal bukan bererti tak tahu bersyukur.Bertentangan pendapat atau idea juga tidak bermakna tak tahu bersyukur.

Menjadi pak turut, mengiakan segala perilaku,dasar,perbuatan yang salah dan yang 'semasa' dengannya itu tanda bersyukur ke saudara 'kembarapolitik'? Jika demikian sebagai tanda bersyukur eloklah kita bersama merujuk pihak
yang berilmu untuk mendapatkan maksud betul tentang bersyukur.

Kepada kembarapolitik bangsa yang maju sentiasa kritikal dan kritis memperjuangkan bangsanya.Lihatlah contoh MCA dan MIC,dulunya mereka datang sehelai sepinggang tapi kini mereka menjadi tuan kepada kita semua dan mereka terus mendesak dan menuntut jawatan TPM untuk kaum mereka.Mereka memilikki lebih dari 10 ekar tanah tak pula kita sibuk/heboh/bising menuduh mereka golongan tidak bersyukur,tidak mengenang budi dan yang 'semasa' dengannya. Tak pula kita suruh mereka diam dan ikut saja apa yang dibuat oleh pemerintah atau pemimpin?

Fikir-fikirkan!

afja02

Anonymous said...

Hallo Tukul Besi,saya wakil Kelab Tok Siak Negeri Pahang ingin melaporkan,JJ tak dpt di kesan di semua masjid di Pahang.Kemungkinan beliau menjadi khatib Jumaat di Monggolia.Pihak kami akan cuba mengesan beliau pada Jumaat depan.sekian laporan dari saya.

Tok Siak Bertauliah

Anonymous said...

Salam, yang ana tahu bersyukur tu maknanya "mematuhi segala perintah Allah SWT dan Meninggalkan segala laranganNya"
ana sokong pendapat afja02. Ini main sedap cakap je 'tak bersyukur'