Thursday, November 20, 2008

Pak Lah Mati Dihempap Pokok

Seorang peneroka menunjukkan pokok yang tumbang menghempap

Seorang peneroka Felda Jengka 17 meninggal dunia akibat dihempap pokok jam 11 pagi tadi.Abdullah bin Abdul Rahman atau dikenali sebagai Pak Lah yang mengambil upah menebang pokok dihempap sebatang pokok yang reput bersebelahan pokok yang beliau sedang tebang.

Kejadian yang berlaku disebuah ladang sawit peneroka Jengka 17 berhampiran jalan utama Kg Awah -Bandar Jengka.

Menurut saksi kejadian,pokok yang reput itu tumbang kerana terdapat akar kayu dari pokok yang ditebang telah tersangkut di dahan pokok yang reput dan menghempap muka beliau.Pasukan Bomba dari Balai Bomba Jengka yang bergegas ke tempat kejadian berjaya mengeluarkan mayat beliau yang tersempit di bawah runtuhan pokok tersebut.

Jenazah beliau yang di bawa ke Hospital Jengka dijangka dikebumikan pada petang ini.

1 comment:

fueurblitz said...

la.. aku fikirkan PAK LAH si-PM kite yang mati, rupenye om lein