Friday, November 14, 2008

Sekolah Saya Terbaik UPSR Daerah Maran:Tahniah ! Cikgu.

Gambar Hiasan:Sebahagian tenaga pengajar di Jengka dalam satu program

Pagi tadi seramai 518,616 orang pelajar Tahun Enam di seluruh negara telah mengambil keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR 2008) di sekolah masing masing.

Ibu bapa yang mempunyai anak di Tahun Enam yang berjaya dalam UPSR tahun ini tentulah dapat tumpang gembira dengan kejayaan anak anak masing-masing.Tapi di sini saya yang tak ada anak mengambil UPSR pun nak tumpang gembira sama di atas kejayaan cemerlang yang diperolehi oleh sekolah yang 30 tahun lalu,saya adalah salah seorang penuntutnya.

Sekolah saya itu dibuka pada tahun 1978 ketika saya dalam Darjah Dua.Guru Besar pertamanya ialah arwah Cikgu Daud ayah kepada Tuan Haji Halidan yang hari ini menerajui Pusat Kutipan Zakat Pahang.

Hari ini saya terima berita sekolah saya itu mendapat keputusan terbaik dalam daerah Maran dengan pencapaian 40 peratus mendapat 5A meningkat daripada tahun lepas yang hanya mencapai 36 peratus.

Sejak beberapa tahun ini pencapaian UPSR nya terus meningkat mendahului sekolah di kawasan bandar dalam daerah ini.

Di atas kejayaan yang dicapai sekalung tahniah dan penghargaan saya ucapkan kepada peneraju utama Tuan Guru Besar Encik Thirmizi M.Hashim,guru guru pembimbing UPSR,semua guru guru yang telah menyumbangkan tenaga dan masa mendidik para pelajar sehingga berjaya mendapat keputusan yang begitu cemerlang.

Tahniah juga kepada PIBG ,seluruh ibu bapa di atas keprihatinan bersama,dan tidak lupa kepada semua pelajar yang berjaya sekalung tahniah juga untuk anda dari Tukulbesi.blogspot.com.

InsyaAllah saya berhajat untuk menulis lagi berkaitan sekolah saya ini yang masih tetap dalam ingatan saya iaitulah SK Jengka 16,Bandar Jengka,Pahang.

1 comment:

Anonymous said...

Salam MST dan pembaca sekalian.

Terima kasih kepada tukulbesi.blogspot kerana mendedahkan berita kejayaan tersebut.

Sebagai seorang bapa tentunya kejayaan anak membanggakan mereka manakala bagi guru pula kejayaan pelajarnya satu kepuasan.

SK Jengka 16, merupakan salah sebuah sekolah yang seringkali mencipta sejarah kejayaan dalam UPSR.

40% cemerlang 5A bagi sesebuah sekolah merupakan satu pencapaian yang sangat baik, sama ada sekolah itu, sekolah bandar apatah lagi sekolah luar bandar.

Saya difahamkan oleh kawan2 guru, pencapaian demikian memerlukan pengorbanan semua pihak.Pengorbanan guru mengadakan kelas tambahan siang dan malam,hari Sabtu dan cuti sekolah.Guru-guru demikian adalah diibaratkan 'pejuang' kejayaan anak didiknya 'kepuasan' dalam hidupnya.

Terima kasih guru.

afja02