Thursday, November 6, 2008

Pandikar Amin Bakal Cipta Sejarah

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia bakal mencipta sejarah kerana terlalu kerap menghalau dan menggantung Ahli Parlimen.

Peringatan itu diberikan Ahli Parlimen DAP Batu Gajah yang dihalau keluar dewan hanya kerana merayu supaya diberikan perhatian oleh Speaker Dewan.

Yang Berhormat Fong Po Kuan yang beberapa kali bangun untuk berucap sejak semalam tidak diberi laluan oleh Speaker dengan alasan beliau tidak nampak.Akibat mempersoalkan alasan yang diberi Speaker,beliau telah dihalau keluar dewan beberapa minit tadi.Turut dihalau ialah Ahli Parlimen DAP Kuching yang bangun mempersoalkan tindakan Speaker.

Selasa lalu,Ahli Parlimen Batu Tian Chua juga dihalau dari Dewan dan sebelumnya Pengerusi DAP Karpal Singh telah digantung selama 4 hari.

No comments: