Tuesday, November 4, 2008

Kisah Benar Mangsa ISA:Didatangi Umar Al Khatab Di Dalam Mimpinya.

Pertengahan tahun 80 an ketika saya masih di SMK Jengka Pusat,muncul seorang tokoh muda yang hebat pidatonya hingga digelar 'Hj Hadi 2'.Anak muda yang pernah menuntut di Pondok Pasir Tumbuh Kelantan dan Pondok Hj Abdullah di Kerayung ini baru berusia awal 20 an.

Saya tak kan melepaskan peluang untuk mengikuti ceramahnya di sekitar Jengka,Temerloh dan Maran ketika itu.Di musim cuti sekolah beberapa kali juga saya dibimbing oleh beliau dalam tamrin tamrin pelajar yang diadakan di Darul Hijrah Paya Pasir,Darul Ridzuan Lanting,Masjid Kg Awah,Masjid RISES(PPPTR) Tekam dan lain lain.

Beliau menjadi guru saya dan sahabat dalam perjuangan.Kertas kerja yang dibentang dalam tamrin tamrin waktu di bangku sekolah masih saya simpan walaupun sudah melebihi 20 tahun.

Pada Julai 2000 beliau yang ketika itu ialah mudir di sebuah madrasah yang diasaskannya di negeri Pahang ini ,telah ditahan di bawah Akta ISA kerana dituduh terlibat dengan Al Maunnah yang merompak senjata dalam Peristiwa Jenalik di Perak.

Tanpa sebarang bukti undang undang zalim ISA telah memisahkan beliau dari isteri dan anak anaknya yang masih kecil selama lebih kurang 4 tahun.Bermulalah hari hari yang penuh derita dalam hidup beliau dan anak isterinya.

Sewaktu hari ketika Dato Tuan Ibrahim Tuan Man yang ketika itu adalah Wakil Rakyat di kawasan Jengka menziarahi keluarganya,anak beliau yang masih kecil yang belum sempat menghafal wajah ayahnya,berlari lari kegembiraan apabila ternampak Ustaz Tuan .

"Mak, ayah dah pulang!mak, ayah pulang!", jerit anak kecil merindui ayahnya penuh kegembiraan .Aduhai ,hampanya hati si anak kecil yang dipaksa berpisah dengan ayahndanya bila mengetahui yang datang itu bukan ayahndanya.Remuklah hati si ibu melihat anaknya yang terus berduka.

Si ayah tidak pulang juga.Dari IPD Kuantan dipindahkan ke lokap Pulapol Jalan Semarak Kuala Lumpur. Kemudiannya dipindahkan ke PRC (Polis Remain Centre) Kg Batu Jalan Ipoh. Kemudian terus direhatkan ke Kem Tahanan Kemunting yang menjadi saksi kezaliman ratusan manusia yang ditahan tanpa bicara.

Sudah banyak catatan tentang kekejaman ISA ditulis oleh mangsa akta zalim tersebut.Namun bagi pejuang Islam disebalik peristiwa pahit yang dilalui akan ada kemanisan yang dianugerahkan Allah kepada mereka yang sabar dalam mengharungi ujianNya.

Guru dan sahabat saya ini telah mencatatkan pengalaman manisnya saat terpenjara di bawah akta zalim tersebut yang perlu anda semua baca di sini .Ketika musuh Islam bergembira kerana dapat menyiksa para pejuang agama ini,Allah Taala telah menghiburkan pembelanya dengan mengirimkan Amirul Mukminin Umar Al Khattab di dalam lenanya sebagai pengubat duka.

Lantaran itu para pejuang Islam sewajarnya janganlah terlalu takut dengan derita yang terpaksa dilalui dalam perjalanan ini ,kerana disebalik derita itu penuh dengan kemanisan yang dijanjikan Allah samada di dunia maupun diakhirat.

1 comment:

mizbi said...

salam.. betapa Allah merestui perjuangan PAS dl menegakkan agama Allah.. najib pon mimpi jugak.. mimpi jumpa roh altantuya mintak dia serah diri.. hehehehehe..