Betul seperti yang disiarkan Harakah ,pihak media tajaan BN sedang sepakat menghalakan tembakan mereka ke arah kerajaan Pakatan Rakyat di lima buah negeri.Ianya adalah usaha terancang untuk menhilangkan kepercayaan rakyat kepada pimpinan Pakatan Rakyat di negeri negeri yang diperintahnya.
Selepas cerita ladang babi di Selangor beberapa bulan lalu beralih pula cerita kandang babi di Kedah.Sebentar tadi berita jam 12 tengahari di TV1 ,tembakannya dihalakan pula ke arah kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Perak.
Pembaca berita tadi menyebutkan ,"kerajaan Pembangkang di Perak",sedangkan pembangkang ialah Umno/BN.Mana ada istilah 'kerajaan pembangkang',yang memerintah ialah kerajaan,yang tak dapat perintah itulah pembangkang.Tetapi kerana nak burukkan Pakatan Rakyat,terpaksalah pembaca berita yang tentulah ada kelulusan akademik yang baik terpaksa menjadi orang bodoh membaca teks yang disediakan bos mereka.
Berapi-api ucapan Ketua Pembangkang,Tajol Rosli disiarkan di TV1 menghentam MB Perak,tetapi tak sepatahpun jawapan dari MB ataupun Exco disiarkan oleh TV tersebut.Yang ada hanyalah gambar MB yang bisu,tak ada suara.Itulah profesional agaknya.Kenapa tak berani siar jawapan MB Perak yang dianggap tak cerdik,atau RTM sebenarnya penakut,bimbang rakyat tahu keadaan sebenar.
Selepas Perak diserang,giliran Pulau Pinang pula menjadi mangsa.Kali ini tembakan dihala kepada Timbalan Ketua Menteri yang ditohmah dengan berbagai tohmahan.TKM itu Mohd Fairus juga dipaparkan wajahnya,tetapi mulutnya bergerak,suara dihilangkan.Lalu dikatakan TKM itu tak mesra media.Bagaimana nak mesra,apa yang diucapnya tak pula disiarkan.Dibisukan mulutnya yang masih mampu bersuara.
Begitulah adanya Umno,diikat kaki tangan,disumbat mulut,kemudian dimaki hamun ,dibelasah.Lalu mendabik dada 'akulah hero,aku belasah dia tak lawanpun'.Rupanya hilang 2/3 majoriti tak sedikitpun menyedarkan mereka.Lantas rakyat kena bekerja bersungguh sungguh untuk PRU ke 13,BN mesti ditamatkan terus usianya.
No comments:
Post a Comment