Friday, November 14, 2008

JJ Dicabar Baca Khutbah Jumaat

Bandar Jengka:Calon Naib Presiden Umno yang dikaitkan dengan kes raba punggung Jamaluddin Jarjis yang mengaku boleh membaca khutbah Jumaat dipelawa untuk menyampaikan khutbah Jumaatnya di Masjid Sultan Ahmad Shah,Bandar Jengka atau mana mana masjid yang beliau pilih kalau beliau betul betul yakin layak membaca khutbah.

Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau,Ustaz Shahril Azman Abdul Halim mengulas tindakan yang dibuat Ahli Parlimen Rompin itu yang mempersoalkan khatib yang membaca khutbah Jumaat di Masjid Keratong 4 hari ini.
"Pemuda PAS sedia untuk membuat urusan dengan pihak masjid dan Pejabat Agama kalau beliau betul betul berminat",kata Ustaz Shahril

"Kita pun nak dengar macamana dia baca khutbah",tambahnya lagi.
Tindakan Jamaluddin yang memberi amaran kepada khatib Jumaat di masjid tersebut dan menimbulkan kekecohan serta mengaku boleh membaca khutbah disifatkan sebagai angkuh dan tidak profesional.

"Bagaimana beliau seorang pemimpin yang dipersoalkan akhlaknya berani memberi amaran kepada khatib yang menjelaskan tentang keadilan dalam Islam,sedangkan beliau sendiri begitu jahil tentang Islam",soal Ustaz Shahril.

Tambahnya,beliau sepatutnya bersikap profesional di khalayak ramai apatah lagi di dalam masjid.

"Sekiranya beliau rasa ada benda yang tak betul disampaikan dalam khutbah,beliau boleh membuat laporan kepada Pejabat Agama",ujar beliau.

Ustaz Shahril yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Pahang turut melahirkan kebimbangan seandainya pemimpin seperti Jamaluddin terus diberi peluang menerajui negara,kalangan agama sudah setentunya tidak diberi penghormatan lagi.

"Beliau bukan nak ikut orang alim,tapi orang alim kena ikut kepala dia?kata Ustaz Shahril.

No comments: