SK Jengka 16 yang berjaya mencipta rekod mendapat keputusan UPSR terbaik Daerah Maran tahun ini,sebelum ini telah dipilih sebagai Sekolah Perkasa Felda kerana beberapa kejayaan yang dicapai dalam akademik semenjak beberapa tahun kebelakangan ini.
Dalam maklumat yang ada pada saya hanya dua buah sekolah di negeri Pahang ini tersenarai sebagai Sekolah Perkasa Felda.Felda ketika memberi anugerah tersebut sudah tentu mempunyai agenda untuk membantu sekolah berkenaan lebih kehadapan kerana potensi yang sedia ada pada sekolah tersebut.
Barangkali lah,dengan keuntungan besar yang diperolehi Felda sehingga menjadi badan koperat ternama dan berada di tempat kedua menyumbangkan sumber kewangan negara selepas Petronas,maka sudah tentulah sekolah sekolah yang tersenarai sebagai Sekolah Perkasa Felda ini akan menerima manafaat yang besar berbanding sekolah lain di kawasan Felda.
Sekurang kurangnya dari segi kemudahan infrastukturnya sudah tentu lah setaraf sekolah di kawasan bandar atau sekolah-sekolah pilihan yang lain.
Tetapi dari maklumat yang saya terima ,tidak ada apa sumbangan khas diterima pihak sekolah walaupun bergelar Sekolah Perkasa kecuaili Skim Boucer Tuisyen yang diperkenalkan di semua sekolah-sekolah dalam kawasan Felda.
Maka tak de lah bezanya antara Sekolah Perkasa dengan Sekolah Bukan Perkasa.Jadi tidak ada ertilah anugerah tersebut.Tak taulah pulak kalau Shahruk Khan lebih bertuah dengan gelaran Dato yang diberi pembesar Melaka yang pernah jadi Ahli Parlimen Maran berbanding SK Jengka 16 yang dapat gelaran kemulian tapi tak ada apa apa kelebihannya.
Samalah juga macam pengantin yang dinobatkan sebagai Raja Sehari,tetapi tak ada apa apa kekuasaannya ke atas rakyat jelata.Hanya sekadar untuk tontonan dan disimpan di dalam album kenangan.
Saya juga dimaklumkan kemudahan perpustakaan SK Jengka 16 ini masih ditakuk lama walaupun perpustakaan sekolah ini mendapat anugerah 4 bintang.
Selaku generasi kedua Felda yang menjadi generasi awal mendapat pendidikan di SK Jengka 16 dari tahun 1978 hingga 1982,saya merayu kepada pihak pentadbiran Felda Wilayah Jengka khususnya agar dapat menyalurkan peruntukkan khas kepada sekolah ini yang diiktiraf sebagai Sekolah Perkasa Felda.
Saya percaya Tuan Hj Shaari,Pengurus Felda Wilayah Jengka yang baru yang pernah berkhidmat di Jengka 16 dapat mengambil tindakan sewajarnya sesuai dengan pengiktirafan yang diberikan Felda kepada sekolah ini.
1 comment:
Salam MST dan pembaca sekalian.
Terima kasih di atas keperihatinan saudara dalam soal pendidikan dan lain-lain.Semoga keperihatinan saudara juga berjaya melebarkan rasa prihatin masyarakat.
Saranan saudara agar pihak Felda Wilayah turut membantu dengan memberi bantuan, khususnya membantu sekolah menambah bilangan buku bacaan di pusat sumber sekolah sangat disokong.
Kejayaan saban tahun yang dicapai oleh sekolah tersebut wajar diberi penghargaan sebagai tanda terima kasih dan juga menjadi dorongan kepada sekolah sekitar untuk turut serta mencapai kecemerlangan.
Terima Kasih Cikgu, Jasmu Tetap Dikenang.
afja02
Post a Comment