Wednesday, July 30, 2008

Tahniah Zukri


Anak muda bertubuh kecil, Zukri Akshah yang diperkenalkan sebagai bekas rakan Mat Ezam dengan rasminya memilih Parti Islam SeMalaysia PAS sebagai medan meneruskan perjuangan selepas beberapa tahun bersama bekas pemimpin GERAK yang memilih jalan songsang dalam hidupnya.

Zukri yang dahulunya saya kenal sebagai seorang blogger pernah memimpin Angkatan Muda Keadilan Pahang sebelum meninggalkan parti itu untuk bersama Ezam di dalam Gerak,telah menyerahkan borang keahlian PAS kepada Pesuruhjaya PAS Pahang yang juga AJK PAS Pusat pada 27 Julai lalu dalam satu majlis Munajat dan Pidato Perdana di Perkarangan Markaz MTD Jengka.

Disaksikan oleh YB Hj Mahfuz Omar,Ustaz Nasarudin Tantawi,Ustaz Suhaimi Saad(Pemangku Ketua DPP Pahang) dan lebih kurang 3000 hadirin,Zukri telah memilih satu laluan yang paling tepat dalam hidup beliau.

Penyertaan beliau ke dalam PAS sudah tentu dapat menambah tenaga muda berbakat dalam membantu merialisasikan sasaran PAS Pahang dan rakan ralkan PR untuk memerintah Pahang dalam PRU ke13.

Sekalung tahniah dari waraga DPP Kuala Krau selaku tuan rumah program Munajat dan Pidato Perdana serta Pengistiharan Sdr Zukri bersama PAS,di atas penyertaan beliau.

No comments: