Buat semua pengunjung tukul besi
dan semua yang mengenali
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN
KULLU A'M WA ANTUM BIKHAIR
Buka yang tertutup,cerahkan yang gelap,pamer yang tersembunyi,cungkil yang terbenam,hanya kerana Allah.
Dewan Pemuda PAS Pahang telah menyerahkan sumbangan derma kepada mangsa ISA sebanyak RM5000 hasil kutipan derma orang ramai dan jualan buku Dunia Tanpa Suami.Sumbangan diserah oleh Ustaz Suhaimi Saad khamis lalu kepada Ketua Pengarang Harakah saudar Lutfi Othman disaksikan wakil keluarga mangsa ISA Puan Nurlaila isteri Mat Shah Satray yang di tahan di Kem Kemunting hampir tujuh tahun.Tahniah DPP Pahang atas usaha murni ini.Untuk berita lanjut sila ke blog http://najwasuhaimi.blogspot.com/
Salah satu tajuk dalam akhbar Sinar Harian Edisi Pahang 24 Sept 08 seperti dalam gambar,adalah tajuk lama yang diulang-ulang setiap tahun.Kalau dulunya waktu saya kecil tajuknya "Peneroka dapat durian runtuh".Maka riuhlah mak sedara saya di kampung marahkan keluarga saya yang tak balik beraya padahal dah senang ,duit banyak dapat durian runtuh.
23 RAMADHAN/SEPT 08
SELASA MALAM RABU(LEPAS TARAWIKH)
DTRN MASJID LAMA,
BANDAR PUSAT JENGKA
Blogger Kickdefela ataupun Syed Azidi yang ditahan dibawah Akta Hasutan baru baru ini mengistiharkan keluar Umno selepas dibebaskan pihak polis.
Teresa Kok telah dibebaskan tiga jam tadi setelah seminggu di tahan di bawah Akta Jakun ISA.Bagaimana dengan Raja Petra?Apa jadi dengan keluarga Puan Norlela isteri Mat Shah Satray yang masuk tahun ketujuh dipisahkan dengan suaminya.Adakah tahun ini anak-anaknya sekali lagi akan terus beraya tanpa bapa mereka?

Pak Lah pada awalnya kata si Mamat ni tak salah,dia tak maksud menghina kaum Cina.Tapi kenapa digantung keahlian.Lepas digantung dijulang pula sebagai hero.Mamat ni diberi peluang buat kenyataan akhbar seperti seorang wira dengan diapit oleh SU Agung Umno.Tak sedikitpun dia mengaku salah.Pak Lah tak nak sumbat dalam ISA ke.
Satu kehilangan besar bagi Pergerakan Pemuda Umno seluruh Malaysia apabila salah seorang calun yang paling layak menjadi Ketua Pemuda Umno selain Khairy Jamaludin telah menarik diri.

3.Beliau berani memaki hamun kepada akhbar arus perdana dengan berkata 'Pergi Jahanam'
Ingat gambar di atas?Macam kenal tak! Itulah Husin Lempoyang,saudagar unta.Rakannya Tuan Sadiq Sigaraga.Nak tau cerita kenalah baca kat tuan punya blog http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com/Antara kisah baru yang sedang panas seperti gambar di bawah,