Sunday, September 21, 2008

Kalau Tidak Ke Putrajaya

Kalau tidak ke Putrajaya
ke Kemunting boleh sahaja
ke Sungai Buloh mungkin juga
selagi nasib sekadar duka

Tiba-tiba jadual agak terlewat
kerana ada sumpah diliwat
menjadi duri janji berkawat
gamat marhaen menggapai gawat

Heboh dituduh agen Amerika
tidur berselimut Yahudi durjana
konon melayu di jual segera
demi gelojoh untuk berkuasa
16 Disember atau tidak
undur kata atau terlajak
meriah gimik perihal katak
ramai yang tersedak-sedak

Masih belum tiba di Putrajaya
singgah sebentar di istana negara
kerana parlimen tidak dibuka
senarai pun tersimpan rahsia

Kalau gagal tiba di Putrajaya
siapa gila yang berdekah ketawa
siapa sewel yang terjual jiwa
terus merdeka di jajah puaka!

No comments: