Monday, June 8, 2009

Waris Peserta Dana Takwa PAS Pahang Bakal Terima RM 19,000 malam esok

Seorang waris peserta Dana Takwa yang meninggal dunia baru baru ini dari Jengka 16 bakal menerima wang Khairat Kematian RM 19,000 dari Syarikat eTiQa Takaful yang akan disampaikan oleh Tuan Guru Mursyidul Am PAS pada malam esok di Kerdau.

Dana Takwa PAS Pahang yang diwujudkan sejak empat tahun lalu bagi mengumpulkan dana pilihanraya dan menjaga kebajikan ahli telah mempekenalkan beberapa plan baru yang lebih istimewa dengan kerjasama eTiQa Takaful.

Antara plan yang mendapat sambutan mencecah 9000 ahli di Pahang ialah Plan Takaful Amal Jamaie(AJAM) yang tebuka kepada ahli dan penyokong berusia dari 18 hingga 65 tahun.Kadar caruman tahunan hanya RM 10 seorang yang merangkumi Yuran Tahunan PAS dan caruman takaful.Waris peserta yang meninggal dunia layak menerima Khairat Kematian berjumlah RM 3800.00

Selain itu ahli yang berkemampuan bolehlah menyertai pakej RM 65 setahun melalui Plan Takaful Ansar yang melayakkan waris peserta yang meninggal dunia menerima RM 19,000.Peserta yang menyertai pogram ini digalakkan menghibahkan sebahagian dari jumlah khairat kematian tesebut kepada jemaah.(perakuan untuk menyumbangkan kepada parti)

Bagi sesiapa yang beminat bolehlah menghubungi Ust Aris 0199855883.Maklumat lanjut boleh di dapati di sini

No comments: