Saturday, May 22, 2010

Program ANAK Terus Dapat Sambutan

Sebelum PRU 2008 saya beberapa kali mengatur ceramah dan dailog isu isu peneroka yang disampaikan saudara Mazlan Aliman,AJK PAS Pusat.Hampir setiap kali program yang saya susun ,kehadiran warga peneroka adalah ditahap sangat sederhana.
Walaupun isi ceramah beliau padat dengan fakta,tetapi poster dan hanbil yang disebarkan masih tidak mampu menarik kehadiran sasaran. Ketika itu majlis dailog beliau kadangkala hanya dihadiri sekitar 10-15 orang pendengar,kalau pun sesekali agak ramai,tetapi pastinya kurang daripada 30 orang.
Tetapi Tragedi Lembah Klau telah membawa satu perubahan.Akibat kezaliman melampau Pengurus Felda yang mengepung rumah Hj Borhan bersama anggota keselamatan,hingga akhirnya memaksa Mazlan bermalam di lokap polis IPD Raub,tiba tiba saja emosi peneroka berubah,dari sikap bertahan kepada bangkit mencabar,keangkuhan Felda.
Baru baru saja beberapa hari lepas,pejuang peneroka itu diraikan 200 anak muda generasi ke dua Felda di Tenggaroh yang dulunya buta maklumat,tetapi kini bergerak bersama ANAK.Semalam sahaja lebih 100 warga Felda memenuhi Markaz PAS Jengka 16 untuk mendengar ceramah dan berdailog dengan Presiden ANAK itu yang cuba diberi gambaran buruk oleh Felda khususnya MBFM.Apa yang menggembirakan saya,turut hadir dalam majlis dailog tersebut ialah anggota anggota Umno termasuk kalangan pimpinan di peringkat cawangan yang dulunya begitu eligik dengan PAS.Suatu kesedaran yang luar biasa.
Pastinya dalam perasaan marah saya kepada Encik Awang Sulung,Pengurus Felda Lembah Klau yang bertindak tidak cerdik kepada Mazlan,saya juga wajar mengucapkan terima kasih dan setinggi tinggi penghargaan kepadanya,juga kepada Felda,MBFM,Dr Yusof Nor kerana tindakan tindakan tidak cerdik itu telah dapat memberi promosi percuma kepada pejuang peneroka itu dan NgO ANAK yang dipimpinnya.

1 comment:

Anonymous said...

Salam 1perjuangan.
Tahniah di atas gerakerja dan usaha yang dilakukan.

Sebagai tindakikut dari usaha di atas cuba dapatkan feedback daripada peserta yang hadir.

i) Pandangan mereka
ii) Keyakinan mereka
iii) Tindakan mereka
1v) kecenderungan mereka
v) Hubungan mereka dengan PAS

Usaha yang berterusan dan bersistem akan membuahkan hasil.

Terima kasih.