Thursday, September 18, 2008

Pak Lah ,Najib Tukar Baju

Ternyata Pak Lah yang beraya pada 16 Ramadhan seperti posting saya sebelum ini dalam suasana penuh kebimbangan dengan serangan serangan terbaru benar benar menjadi kenyataan apabila bala terbaru turun kena tepat di atas kepala beliau dengan keluarnya SAPP daripada BN yang dianggap 'pengacau' oleh Pak Lah.

Dalam kepeningan beliau,tiba-tiba PM Dolah buat keputusan yang lagi pelik tak dibuat orang ,dia bertukar portfolio kewangan dengan timbalannya yang memegang fortfolio pertahanan.

Datuk Ron ,blogger yang pernah pimpin BNBBC di Parlimen dulu menganggap tindakan itu sebagai aneh dan penuh tandatanya.Persoalan yang timbul ialah:

Satu: Kenapakah serahkan portfolio kewangan kepada Najib sewaktu dunia di ambang kemelesetan ekonomi yang dahsyat? Adakah kerana Abdullah tidak mampu menangani kemelesetan ekonomi yang akan tiba dan mahu Najib menangani segala-galanya?

Dua: Kenapakah ambil portfolio pertahanan negara di waktu politik negara dalam keadaan kurang mantap? Adakah ini bermakna Abdullah mahu menggunakan ketenteraan untuk menangani sesuatu kemungkinan.

Bagi Mohd Sayuti Omar,pertukaran itu bukanlah suka sama suka tetapi Najib dipaksa menerima pertukaran tersebut.Mungkinkah Najib tersilap tafsir dengan pertukaran itu yang dirasakan sebagai langkah awal bagi merealisasikan pelan peralihan kuasa.

Namun tambah Sayuti,jauh disudut hati PM dia mahu melihat kegagalan akan dilalui oleh Najib yang tak pernah punya pengalaman menguruskan kewangan walaupun pernah menjadi Timbalan Menteri Kewangan.Maka semua bebanan kewangan negara selepas ini akan di letak di atas kepala Najib.

Najib pastinya bakal menerima nasib buruk yang pernah dilalui Anwar ketika memegang portfolio yang sama.

Ketua Penerangan PAS Hj Mahfuz Omar pula menganggap pertukaran tersebut sebagai usaha menyelamatkan dirinya dalam kemelut Umno yang semakin meruncing.Beliau melahirkan kebimbangan tentera digunakan oleh Abdullah untuk hadapi kebangkitan rakyat yang bersama dengan Pakatan Rakyat.

Walaupun Abdullah menganggap 16 September gagal tetapi beliau bimbang dengan perkembangan semasa yang sedang berlaku sangat tidak berpihak kepada Umno-BN.PM tidak lagi memikirkan kemahuan rakyat sebaliknya melakukan tindakan yang hanya untuk menyelamatkan kedudukan beliau.

Pak Lah yang dilihat kuat tidur dan lembik dalam mentadbir negara ternyata cergas dan licik dalam menghadapi seteru politiknya baik dari Pakatan Rakyat mahupun musuh dalamannya sendiri.Barangkali kerana beliau ada penasihat lulusan Oxford yang sanggup menjual negara demi survival politiknya.

Wednesday, September 17, 2008

Che Det Come Back!


Utusan Online hari ini melaporkan Che Det akan makan muntah nya hari ni.Klik http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0917&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_16.htm

Umno:Parti Cacamerba ,Dari Elit Kepada Gangstarisme


Walaupun Pak Lah gembira kerana masih dapat berkuasa hari ini(16 Sept) hinggalah untuk beberapa hari lagi atau beberapa minggu lagi atau sebulan dua lagi tapi Pak Lah tak boleh nak gembira sangat kerana Umno yang beliau pimpin hari ini menunggu hari saja nak diusung ke jirat.

Parti melayu yang lahir diistana Johor itu dah jadi parti cacamerba.Dok riuh pasal Ahmad Ismail yang mulakan api perkauman,tup tup Raja Petra dan Teresa yang kena ISA.Mamat Bukit Bendera tu hanya kena gantung 3 tahun.Tak ngaku salah pulak tu.

Tengah sibuk pasal si mamat tu,muncul pula mamak bendahara yang dah tua dan kuat merajuk nak dibawa balik oleh hulubalang Johor.Che Det yang dah bertabur muntahnya dalam rumah Umno nak jilat balik muntahnya itu,mungkin boleh jadi Badang yang makan muntah hantu,tiba tiba jadi gagah.Bila dah gagah Che Det nak lawan sapa?Bukan nak selamatkan Umno,tapi nak belasah Dolah dari dalam sebab Dolah tak berperanan nak selamatkan Che Det.Macamana Dolah boleh biarkan Brother terlepas masuk ke Parlimen ,pintu ke Putrajaya!Kalau Brother dah sampai ke Putrajaya,alamatnya giliran Che Det pulak nak lebam mata.

Tengah syok Che Det nak balik makan muntah dia,Panglima dari negeri tanah tumpahnya darah Umno cuba membuat onar.Derhaka kepada Tuanku Dolah!Rupa-rupanya dia bersungguh nak bawa balik Mamak Bendahara kerana ada udang di sebalik kue teaw.Betempurlah Panglima Johor dengan Dolah.

Tak dan selesai pertempuran,Memanda Menteri dari Kota Bharu yang jaga undang undang letak jawatan kerana tak setuju undang-undang lapuk yang Mat Saleh buat untuk tangkap Chin Peng dikenakan kepada rakyat Malaysia hari ini.

Walaupun pagi tadi RTM siarkan lagu SM Salim:Apa Dah Jadi ,yang dituju khas kepada Brother yang bercita-cita nak ambil alih negara sehari dua ni,tapi eloklah kalau juak-juak Umno pikirkan balik 'Apa Dah Jadi Dengan Umno'.

Umno yang lahir sebagai parti elit hari ni bukan setakat cacamerba tapi dah jadi Parti Gangstar.kalau tak percaya cuba baca tulisan Kolumunis Sinar Harian di link berikut http://draisaryee.blogspot.com/2008/09/umno-tetap-umno-enggan-berubah.html

Tuesday, September 16, 2008

Pak Lah Raya Hari Ni, 16 Ramadhan!

PM Malaysia Abdullah Badawi telah mula beraya pada hari ini walaupun masih ada dua minggu lagi untuk berpuasa.

Tindakan itu dilakukan setelah seteru utama beliau DS Anwar Ibrahim dilihat gagal mengambil alih pemerintahan negara pada hari ini 16 September bersamaan 16 Ramadhan.Namun demikian Pak Lah ketika mengeluarkan kenyataannya di kaca TV kelihatan tidak ceria dan dalam kesedihan.

Beliau juga dilihat beraya seorang diri tanpa disambut oleh menteri-menteri kabinet yang lain.Kesedihan dihatinya tidak dapat disembunyikan lagi apabila seorang menterinya Zaid Ibrahim meletakkan jawatan.
Dalam masa yang sama pertempuran beliau dengan Menteri MITI yang mendesak beliau berundur lebih awal masih belum ditamatkan.

Kebimbangan serangan terbaru dari Anwar Ibrahim yang boleh membuat kejutan bila bila masa juga menambahkan ketidakceriaan hari raya beliau.

Monday, September 15, 2008

Negeri Sembilan Menggamitku..

Saya baru saja pulang dari Seremban Subuh tadi selepas beberapa kali tidur di tepi jalan dan bersahur di dalam kereta.

Semenjak pulang ke Pahang pada 2003 selepas beberapa tahun menabur bakti di negeri Adat Perpatih itu,sudah menjadi kelaziman bagi saya untuk bertandang kembali ke sana setiap kali datangnya Ramadhan buat beberapa hari sambil mengisi jadual tazkirah tarawikh di beberapa buah surau yang pernah saya beri khidmat menyampaikan sedikit ilmu yang ada.

Di samping itu dapat pula bersua muka dengan sahabat-sahabat seperjuangan yang pernah sama seusrah dan menggerakkan PAS sekitar Seremban dan Negeri Sembilan umumnya.
Kehadiran saya tahun ini selepas setahun tidak berkunjung terasa ada sedikit kelainan dan kenangan manis yang seperti mengajak saya untuk kembali ke negeri yang hampir sepuluh tahun saya timba berbagai pengalaman dalam perjuangan.

Semuanya gara-gara Tsunami Politik 8 Mac 2008 lalu yang telah mungubah iklim politik di negara ini dan tempiasnya cukup terasa di Negeri Sembilan yang dulunya sebaris dengan Johor dan Melaka dalam kumpulan Negeri-negeri Melayu Karat Biru yang tak makan dakwah.HajiMat Sabu seringkali bergurau mengatakan,Ngr Sembilan macam Mekah ,tak boleh dakwah,tapi kena Tawan!

Saya sendiripun selalu juga mengusik rakan-rakan di sana sebelum Pilihanraya lalu dengan mempelawa mereka berhijrah ke Pahang yang jauh lebih berpotensi untuk menang.Jangan buang masa kat Negeri Sembilan,tak kan menangnya PAS,hujah saya.Saya duduk di sana lebih kurang sepuluh tahun,kata orang dah masak dengan fe'el pengundi di sana,tak payah nak harap sangat lah.Kata MB Pahang,pengundi BN ni letak beruk pun mereka undi!

Tapi segala-galanya sudah berubah.Saya dan Abang Mat Sabu pun dah tak berani nak melawak macam tu lagi.Silap hari bulan Negeri Sembilan akan menjadi negeri keenam diperintah Pakatan Rakyat dalam tempoh terdekat mendahului Terengganu dan negeri-negeri lain.

Pengundi Negeri Sembilan tidak boleh lagi dipandang rendah.Mereka telah membuat keputusan tepat dengan kejayaan mengurangkan majoriti 2/3 BN yang menyaksikan BN hanya menang 21 kerusi dari 36 kerusi DUN,selebihnya 15 kerusi berjaya di menangi Pakatan Rakyat.PAS pula berjaya menghantar anak sulung pertamanya Hj Taufek abd Ghani ke DUN Negeri Sembilan.

InsyaAllah saya akan berkongsi lagi beberapa kenangan manis sepanjang tiga hari berada di DUN Paroi .Tunggu selepas ini.

Sunday, September 14, 2008

Di Sebalik Kekecohan Masjid Jengka 16

Semenjak sebulan lepas,Masjid Jengka 16 yang dulunya aman makmur kerana sentiasa diimarahkan oleh ahli kariah tiba-tiba menjadi kucar kacir dengan kehadiran Imam baru yang turun dengan 'payung terjun' untuk memimpin ahli jamaah mengadap Allah taala setiap hari,sedangkan dirinya sendiripun tidak mampu dipimpin ke jalan Allah.

Selepas PRU 2004,Masjid Jengka 16 yang dulunya dipimpin Hj Ismail lbrahim bersama Jawatankuasa yang dipilih ahli kariah telah diambil alih secara tidak demokratik oleh Umno Cawangan Jengka 16.Hampir semua jawatankuasa sedia ada digugurkan dan diganti dengan pendokong Umno yang amat jarang mengimarahkan masjid.Maka bermula lah berbagai kepincangan berlaku di bawah pentadbiran baru diketuai Zainal Abidin Mohammad.

Namun demikian walaupun berbagai kejadian tidak menyenangkan dibawah pentadbiran Zainal,ahli jemaah masjid masih mampu bersabar.Tetapi dengan terlantiknya Imam Baru ,Hj Syamsudin Anjam yang tidak disenangi ahli jemaah menyebabkan mereka tidak boleh bertolak ansur lagi.Tindakan Pengerusi Masjid yang membelakangkan ahli jemaah yang lebih layk diangkat menjadi imam telah mengundang padah sejak hari pertama Hj Syamsudin menjadi imam,apabila majoriti jemaah bertindak membentuk jemaah solat yang lain,ada yang solat sendirian dan ada juga yang pulang ke rumah .

Kemuncaknya pada solat terawikh minggu lepas,hanya lapan orang ahli jemaah yang bersama beliau.Manakala hampir seratus yang lain membuat kumpulan lain dan ada yang pulang.Di bawah ini adalah surat bntahan yang dihantar ahli jemaah kepada Tuan Kadhi Daerah Jengka.
Ahli Jemaah Masjid Jengka 16
26400 Bandar Jengka ,Pahang 1 Sept 2008

Kepada
Tuan Kadhi Daerah Jengka
Pejabat Agama Islam Daerah
26400 Bandar Jengka,Pahang

BANTAHAN KE ATAS PERLANTIKAN HJ SYAMSUDIN ANJAM SEBAGAI IMAM 3 DI MASJID JENGKA 16

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.Kami,ahli jemaah Masjid Jengka 16 seperti nama dan tandatangan di lampiran ingin menyatakan bantahan dan menolak perlantikan Haji Syamsudin Anjam sebagai Imam ke 3 di Masjid Jengka 16 berdasarkan alasan yang bersandarkan Hadis Nabi Sallallhualaihiwassalam:

"Tiga golongan yang solatnya tidak diangkat oleh Allah dari kepala mereka:(salah satunya) seorang lelaki yang menjadi imam kepada satu kaum sedangkan mereka benci kepada imam itu." (Hr Ibnu Majah - hasan)

3.Berdasarkan hadis di atas kami kemukakan alasan utama kami menolak perlantikkan beliau sebagai imam adalah kerana:Haji Syamsudin merupakan seorang yang tidak dihormati oleh ahli jemaah masjid atas beberapa akhlaknya yang dipertikaikan dan menjadi buah mulut orang ramai sejak sekian lama seperti bukti dan contoh di bawah:

Beliau dikenali sebagai seorang yang mengamalkan amalan riba secara terang terangan sejak sekian lama.Masyarakat setempat amat mengetahui penglibatan beliau meminjamkan duit kepada jiran tetangga dan orang ramai yang kesempitan dengan mengenakan caj sebanyak 20 %.Beliau sendiri pernah mempertahankan urus niaga berasaskan riba dengan mengatakan “Bank Islam pun mengamalkan riba”.

Beberapa pekerja Indonesia yang berkerja di ladang sawit Felda Jengka 16 pernah memaklumkan bahawa Hj Syamsudin pernah mengambil dan menjual buah sawit dari ladang beliau yang telahpun diserahkan kepada Felda.Ini adalah satu perbuatan mencuri.

Beliau secara terang-terangan mempamerkan sifatnya sebagai seorang yang mempunyai kepentingan kebendaan walaupun dalam hal berkaitan agama.Seorang pegawai masjid telah mengesahkan bahawa Hj Syamsudin pernah berkata,”Saya tak sanggup jadi Imam kalau tak ada elaun”.Beliau yang telah tamat tempohnya sebagai guru KAFA di Sek Agama Rakyat Jengka 16 pada tahun lepas kerana melewati had umur sanggup berusaha untuk masuk kembali mengajar hingga terpaksa mengorbankan guru KAFA yang baru diambil bertugas

Suatu yang amat janggal sekali,walaupun beliau seorang qari dan Guru KAFA,tetapi beliau tidak pernah ditolak oleh makmum untuk menjadi imam ketika ketiadaan imam rasmi.Amatlah menghairankan orang seperti ini di lantik menjadi imam dengan mengenepikan ramai lagi ahli jemaah yang bukan hanya puluhan malahan ratusan kali ditolak oleh makmum menjadi imam.

Seorang imam wajarlah menjadi kelaziman menyampaikan kuliah-kuliah agama kepada masyarakat samada di masjid,surau,balairaya,atau diblok-blok.Tetapi amat malang Hj Syamsudin tidak pernah menyampaikan kuliah seperti itu selain dari hanya mengajar Al Quran kepada pelajar sekolah,ditambah lagi beliau juga bukanlah seorang yang berminat dengan majlis-majlis ilmu agama yang diadakan di masjid .

Beliau ternyata tidak mempunyai maruah diri apabila terus bertugas sebagai Imam dalam keadaan lebih 80% ahli jamaah sepakat bermufarakah setiap kali beliau naik menjadi imam.Ada di kalangan jamaah yang membuat kumpulan lain dengan imam lain,ada yang solat sendirian dan ada yang pulang semula ke rumah.

Beliau juga pernah dibatalkan perlantikannya sebagai Amil Kutipan Zakat setelah aduan mengenai akhlaknya diadukan kepada pihak yang berkuasa.

4.Dengan contoh-contoh dan alasan yang kami kemukakan,kami menganggap beliau amat tidak layak menjadi imam dan juga tidak layak untuk menjadi bilal(jawatan yang disandang sebelum ini).Apa yang jelas tindakan Pengerusi Masjid menghantar nama beliau sebagai calun Imam hanyalah didorong atas kepentingan politik kepartian semata-mata.

5.Sehubungan dengan itu kami mendesak supaya perlantikkan beliau dibatalkan segera demi untuk kemakmuran masjid Jengka 16.

6.Kami juga menegaskan bantahan ini dibuat tidak disandarkan kepada kepentingan politik kerana buktinya kedua-dua imam yang sedia ada tidak menjadi masalah kepada ahli jamaah walaupun kedua-duanya mempunyai pendirian politik yang berbeza.

7.Di atas kerjasama yang bakal dihulurkan oleh pihak tuan,kami dahulukan dengan ucapan Jazakallahhukhairan kathiira.

8.Sekian dimaklumkan.Terima kasih

Yang benar

Ahli ahli jemaah Masjid Jengka 16


Sk
1.Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid Negeri Pahang




Thursday, September 11, 2008

Gempar:Hanya Lapan Orang solat terawikh di Masjid Jengka 16

Malam semalam Masjid Jengka 16 mencipta sejarah apabila menjadi masjid tercorot kehadiran jemaah solat terawikh dengan hanya lapan orang jemaah mendirikan tarawikh di masjid.Bukan masalah ahli qariah tak datang masjid,tapi hampir seratus orang ahli jemaah yang selalu solat berjemaah dimasjid bertindak keluar dan memboikot terawikh yang diimamkan oleh Imam baru yang mempunyai rekod akhlak yang amat buruk.Tunggu cerita selanjutnya dari tukulbesi.

Wednesday, September 10, 2008

Sendiwara BN Menjelang Hari Hari Terakhir Hayatnya

Ahmad Ismail digantung keahlian UMNO 3 tahun
10/09/2008 5:50pm
KUALA LUMPUR 10 Sept. - Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang sebelum ini telah mencetuskan kontroversi dengan kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum digantung keahlian dan dilucutkan hak-haknya di dalam parti selama tiga tahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini.

Pada masa yang sama, Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO berkata, MT turut memutuskan bahawa parti komponen Barisan Nasional yang lain harus mengenakan tindakan tegas jika ahli mereka turut melakukan perkara demikian (menyentuh sensitiviti
kaum). -


Ahmad Ismail reda terima keputusan
10/09/2008 10:28pm
KUALA LUMPUR 10 Sept. - Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail menerima dengan reda keputusan menggantung haknya sebagai ahli seperti mana yang diputuskan oleh Majlis Tertinggi (MT) dalam mesyuarat khasnya hari ini.

Beliau yakin bukan mudah untuk Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak serta anggota MT memutuskannya kerana ia melibatkan satu tindakan yang berkemungkinan tidak berpihak kepada UMNO.

Bagaimanapun beliau percaya keputusan seperti itu terpaksa juga dibuat bagi memastikan keselamatan di negara ini terpelihara.

``Dasar kepimpinan Datuk Seri (Abdullah) adalah berasaskan kepada keselamatan selain kestabilan negara dan ekonomi.

``Oleh itu apa yang dilakukan oleh kedua-dua pemimpin tertinggi kita ini (Abdullah dan Najib) bersama anggota MT yang lain adalah untuk keselamatan negara walaupun keputusan ini mungkin tidak berpihak kepada UMNO,’’ katanya.

Beliau berkata demikian di dalam sidang akhbar khas yang diadakan di Tingkat 38, Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebagai reaksi terhadap hukuman yang diterimanya. - Utusan

Pak Lah pada awalnya kata si Mamat ni tak salah,dia tak maksud menghina kaum Cina.Tapi kenapa digantung keahlian.Lepas digantung dijulang pula sebagai hero.Mamat ni diberi peluang buat kenyataan akhbar seperti seorang wira dengan diapit oleh SU Agung Umno.Tak sedikitpun dia mengaku salah.Pak Lah tak nak sumbat dalam ISA ke.


Kerajaan akan bertindak tegas - PM

Utusan Online 10/09/2008 10:18pm
KUALA LUMPUR 10 Sept. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan akan bertindak tegas ke atas mana-mana pihak yang mencetuskan isu perkauman termasuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Perdana Menteri berkata, ini berikutan situasi hubungan kaum yang semakin merosot hingga memungkinkan boleh berlakunya ketegangan.

Kata beliau, keputusan itu sejajar dengan ditetapkan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini serta Jemaah Menteri yang telah membincangkan sama pagi tadi.

Abdullah yang juga Presiden UMNO berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas MT UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. - Utusan

Sape yang mula isu perkauman?Sape yang akan kena ISA?Hati-hati Pakatan Rakyat,Operasi lalang bakal berulang.

Tok Nan:Calun Paling Layak Pimpin Pemuda Umno

Satu kehilangan besar bagi Pergerakan Pemuda Umno seluruh Malaysia apabila salah seorang calun yang paling layak menjadi Ketua Pemuda Umno selain Khairy Jamaludin telah menarik diri.

Dato Nan,MB Pahang yang mengumumkan akan bertanding Ketua Pemuda Umno baru-baru ini tiba-tiba menarik diri kerana 'takut menang'.Selaku rakyat Pahang kami merasakan beliau paling layak memimpin pemuda Umno di atas contoh teladan yang ada pada diri beliau mampu untuk menarik minat pemuda kepada Umno.

Antara sikap berani beliau ialah yang memang telah diketahui ramai antaranya:

1.Beliaulah satu satunya pemimpin Umno yang berani menonggeng punggung kepada penyokong pembangkang ketika penamaan calun Pilihanraya Kecil Sanggang ketika pemimpin Umno yang lain hanya berdiam diri.

2.Beliau juga telah menunjukkan isyarat lucah dengan jarinya dihadapan ribuan manusia ketika itu yang amat sesuai dengan akhlak sebahagian pemuda Umno.Contoh teladan beliau telah diikuti oleh pemuda-pemuda Umno di Permatang Pauh baru baru ini.

3.Beliau berani memaki hamun kepada akhbar arus perdana dengan berkata 'Pergi Jahanam'

4.Beliau suka menggunakan perkataan kesat seperti beruk,taik dan lain-lain.Tak jauh bezanya dengan menantu Pak Lah.

5.Beliau berani berkata kepada ahli Umno,"Kalau letak berukpun boleh menang(kerana ahli Umno akan undi)"

6.Beliau pernah mendapat jolokan MB Samseng kerana didakwa pernah membelasah seorang ahli Umno.

7.Dato Nan berani mengugut seorang guru JQaf dengan memaksanya meletakkan jawatan kerana pernah menjadi calun PAS dalam pilihanraya.

Wednesday, September 3, 2008

Kisah Kerajaan Anak Menantu Sadiq Sigaraga

Ingat gambar di atas?Macam kenal tak! Itulah Husin Lempoyang,saudagar unta.Rakannya Tuan Sadiq Sigaraga.Nak tau cerita kenalah baca kat tuan punya blog http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com/Antara kisah baru yang sedang panas seperti gambar di bawah,

Tuesday, September 2, 2008

Bazar Ramadhan Nadi Kota

Kawasan perniagaan Nadi Kota Bandar Jengka kembali sesak dengan kedatangan Ramadhan.
Berbagai juadah berbuka puasa boleh didapati
Jualan berbagai lauk pauk memudahkan orang ramai yang tak berkesempatan menyediakan makanan untuk berbuka terutama mereka yang bekerja.
Ayam golek madu,antara yang sentiasa menjadi tarikan pengunjung
Pak Engku,aktivis PAS selaku pelopor awal jualan roti arab di Bandar Jengka tak melepaskan peluang.Berbagai gelagat dan latarbelakang pengunjung,dari kanak-kanak sampai tok imam.


Tapi yang paling tak best nye,bila yang datang mengunjung tak boleh beza bulan puasa ke bulan tak puasa ke ,sama aje.Berpakaian seksi,mendedahkan aurat,tapi nak beli juadah berbuka puasa.musykil!Ni yang kurangkan pahala puasa tu.

Tapi jangan pandang banyak kali,ni bukan anak dara,tapi 'darai' spesis yang banyak hidup di Lorong Hj Taib,dah mula bercambah di Bandar Jengka.Tak tau lah pihak berkuasa yang berkenaan,tak pernah terserempak ke.Atau tak sensitif.Jangan sampai bala ke atas kaum Nabi Nuh turun di Jengka baru sama sama nak ingat.

Merdeka,Apa Kayu Ukur Patriotiknya?


Dah 3 hari sambutan ulangtahun kemerdekaan disambut di negara kita.Saya belum sempat mengucapkan 'Salam Kemerdekaan' untuk semua tetamu.Mungkin juga ada yang berasa blog ini agak kurang patriotiknya kerana tidak meraikan sambutan kemerdekaan.

Saya baru saja perasan tiada sebarang posting berkaitan kemerdekaan pada blog ini,itupun setelah mendengar anak murid saya Ikhwan yang suka menyanyi di dalam kelas mendendangkan lagu "Jalur Gemilang" yang diubah suai menjadi 'jalur gemilang jom kita pakai gelang' dan anak lelaki saya di Tahun Satu pula mengubahsuai lagu 'Tanggal 31' bertukar jadi 'Tanggal Seluar Baju kita'.Tapi untunglah mereka tak pasang bendera Malaysia terbalik.

Kalaulah patriotik seseorang itu diukur pada jalur gemilang yang dikibarkan pada bangunan atau kenderaan,atau pada jeritan merdeka pada malam 31 Ogos lalu,yang paling kuat jeritnya dialah paling patriotik,atau mungkin juga pada bunga api dan mercun yang ditembak pada malam tersebut,maka tentulah tahun ini layak dinobatkan sebagai Tahun Rakyat Tak Berpatriotik bagi negara ini.
Apa tidaknya,daripada 30 buah bangunan kedai yang bersetentang dengan pejabat saya di Bandar Jengka hanya 5 kedai yang mengibarkan bendera Jalur Gemilang,yang selebihnya mungkin tak patriotik juga lah.
Soal patriotik atau tidak pihak yang berkuasalah yang wajar dipertanggungjawabkan kerana merekalah yang punyai kuasa untuk menyedarkan rakyat tentang erti kemerdekaan.Apa yang kita saksikan kebelakangan ini sambutan kemerdekaan seolah-olah sudah bertukar kepada Sambutan Ulangtahun Umno dengan paparan gambar-gambar para pemimpin dan pengasas Umno dari Onn Jaafar hinggalah Pak Lah.

Nama-nama Mat Kilau,Tok Janggut,Bahaman,Tok Gajah,Abd Rahman Limbung,Mat Saleh,Maharajalela hanya layak menjadi nama rumah sukan di sekolah sekolah.Pelajar tak kenal siapa tokoh itu.Mereka hanya tahu Tunku Bapa Kemerdekaan.Bagaimana rakyat yang insaf dan tahu perjuangan sebenar nak kibar bendera Malaysia.Kalau saya kibar bendera Malaysia di kereta saya,mungkin akan ada yang melabel saya 'orang Umno' walaupun jauh disudut hati saya pun teringin nak kibarkan Jalur Gemilang itu.

Kenapa tidak?Saya orang PAS,pemimpin parti saya yang terdahulu turut menyumbangkan tenaga untuk kemerdekaan,bahkan mereka merengkok di dalam penjara.Belum saya temui catatan sejarah yang menyebutkan Tunku,Onn Jaafar dan pimpinan utama Umno pernah tidur didalam jaringan besi.

Saya ingin memetik apa yang dicatatkan oleh blogger Roslan SMS dalam blognya http://n32.blogspot.com/untuk tatapan semua:

Apakah pendirian PAS mengenai kemerdekaan Tanah Melayu ketika itu? Berikut adalah petikan dari pandangan Almarhum Prof Zulkifli Mohamad, seperti yang tersiar dalam Suara Islam 15 Mei, 1957:

Setelah tercapai kemerdekaan sampailah kita kepada peringkat perjuangan mengisi kemerdekaan, dari sini bermulalah peringkat kedua perjuangan kita, peringkat jangka panjang perjuangan PAS.Sebagai sebuah parti politik yang berideologi, kita berazam hendak mengisi kemerdekaan itu dengan ideologi kita sendiri, iaitu ideologi Islam. Kita percaya dengan Islam atau ideologi Islam sahajalah negara kita dan umat kita dapat dibawa ke arah keselamatan dan kebahagian yang sebenar-benarnya.

Ini bermakna PAS kenalah berikhtiar menjadikan negara ini pada akhirnya sebagai sebuiah Negara Islam dalam erti kata yang sebenar, lebih daripada sebagai sebuah negeri Islam semata-mata.Tugas menegakkan sebuah Negara Islam yang didalamnya segala ideolgi Islam dan segala undang-undang yang di dalamnya adalah kewajipan pokok yanh harus diperjuangkan oleh tiap-tiap mereka yang bernama Muslim, lebih-lebih lagi oleh parti Islam seperti PAS.


Monday, September 1, 2008

Ahlan Ya Ramadhan

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam:Empat jenis zikir yang tak patut ditinggalkan setiap muslim sepanjang Ramadhan:Pertama:Mengucap istighfar.Kedua:Memperbanyakkan Ucapan syahadah.Ketiga:Berdoa meminta syurga .Keempat:Memohon keredhaan Allah
(Riwayat al Baihaqi)
]
Selamat berpuasa kepada semua pengunjung,mohon keampunan segala salah silap sepanjang persahabatan di alam siber ini.Teguran dan saranan dari kalian sangat dialu-alukan.Terima kasih atas kunjungan semua.
Ramadhan kariem Wa Antum Bikhair

Saturday, August 30, 2008

Salam Ramadhan

Poster ini di copy dari blog Ust Yusuf Embonghttp://www.yusofembong.blogspot.com/ sama-samalah kita panjangkan

Friday, August 29, 2008

Gambar Sekitar Penyerahan Memo ANAK

Dato Tuan Ibrahim Tuan Man sedang menyerahkan memo kepada En Shaarani,wakil Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka Sebahagian peneroka dan generasi kedua Felda di luar Pejabat Felda Wilayah Jengka mendengar taklimat dari Pesuruhjaya PAS Pahang

Kenyataan akhbar oleh Dato Tuan Ibrahim Tuan Man
Bacaan doa memohon keberkatan sebelum bersurai

Memo Rakyat Untuk Felda

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) saudara Mazlan Aliman bersama Pesuruhjaya PAS Pahang Dato Tuan Ibrahim Tuan Man,pagi tadi telah menyerahkan Memorandum Rakyat mewakili para peneroka Felda di negeri ini kepada pihak pengurusan Felda Wilayah Jengka .

Memo yang diterima Encik Sharani mewakili Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka itu mengandungi beberapa tuntutan peneroka Felda yang telahpun diadukan kepada ANAK.

Hadir sama dalam penyerahan memo tersebut ialah Naib Presiden ANAK,Saudara Aris Fezul Ismail,Ketua Lujnah Peneroka DPP Pahang Ustaz Shahril Azman,Timbalan beliau Ustaz Fadzil Mohd Nur dan lebih kurang seratus yang lain mewakili peneroka-peneroka Felda di Wilayah Jengka dan sekitarnya.




Thursday, August 28, 2008

Mana Pergi Pejuang Melayu Di UiTM?




23hb Ogos 2008, UiTM Shah Alam sepanjang Jalan di kampus Induk UiTM dipenuhi dengan Banner banting mempromosi GEGAR U 2 yang bakal diadakan pada malam ini di Dewan Seri Budiaman UiTM.

Apa yang menjadi persoalannya, dimanakah terletaknya sensitiviti pihak pentadbiran UiTM dan MPPUiTM???? adakah perjuangan untuk mempertahankan UiTM atau juga dikenali Benteng Pertahanan Terakhir orang Melayu ini, harus disambut dengan Konsert yang begitu besar sekali? membawa orang luar masuk ke dalam kampus sewenang-wenangnya? adakah konsert ini adalah budaya Melayu? di manakah terletaknya nilai budaya Ilmu yang harus diterapkan kepada pelajar UiTM???

Kenapa harus mengadakan konsert di dalam kampus UiTM?????? ini bagaikan mencabar pelajar-pelajar yang betul-betul ingin berasa aman dan tenang ketika belajar di UiTM. tetapi apabila sesuatu kebatilan, konsert yang bercampur gaul lelaki dan perempuan sudah hilang ketenangannya. di mana perjuangan MPP??? kami kecewa denagn MPP UiTM yang tidak ada pendirian.

Adakah perjuangan 'DEMO' itu sekadar GIMIK??? kami pelajar-pelajar UiTM berhak untuk mendapatkan jawapan yang sebanar, bukannya dirai dengan konsert yang akan dipersembahkan oleh HAJAH SITI NURHALIZA yang ternyata bukan IKON terbaik untuk Pelajar MELAYU DAN BUMIPUTERA. sekian.

Penulis Aktivis GMM



Inilah Program Untuk Martabatkan Melayu :


Nama Program:GEGAR U II
Objektif Program: Memperkenalkan Budaya Malaysia yang Berbilang Kaum

Tempat : DSB, UiTM Shah AlamMasa:8.00pm - 12.00am
JADUAL:8.00pm : Lagu Negaraku Ucapan Pengarah "Yayasan Penyayang Budi Malaysia"
-Puan Nori Abd.....
Ucapan Timb. Menteri Pengajian Tinggi - Yb. Ramli b. Hassan
9.00pm : Persembahan "Break Dance" ~joget-joget
Memperkenalkan Pejuang U -semua group dari Universiti seluruh Malaysia
Nyanyian - Jacklin Victor - 'satu Harapan' Tayangan - 'Yayasan'
Nyanyian lagu Persembahan Gendang - Gendang Cina, Rebana Ubi
Tayangan - 'Yayasan' Nyanyian Lagu - Duet
- Bintang Astro Talent Quest (Penyanyi cina)
Tayangan - 'Yayasan'
Nyanyian lagu - bintang Astro (Penyanyi Tamil)

Persembahan seni mempertahankan diri - Silat & silambam
Persembahan - Battle of the band

Ulasan - "Tema Kemerdekaan"
Nyanyian lagu - Adam, Siti Nurhaliza, Jacklin Victor, ramai-ramai. ....
12.30am: Dijangka program tamat

Peringatan Ong Tee Kiat Untuk NC UiTM

Dr Aisar Yee Abdullah seorang kolumnis akhbar Sinar Harian ada mengulas mengenai isu 'Demo UiTM' bersabit kenyataan MB Selangor yang mencadangkan kuota 10% dibuka kepada bukan bumiputera.Tulisan yang disiarkan pada Ahad 24 Ogos lalu dalam akhbar tersebut amat wajar dibaca oleh mahasiswa yang dipaksa berdemontrasi dan berarak ke Pejabat MB Selangor itu.

Lebih wajar juga 'penternak-penternak jaya' yang mengemudi UiTM membaca tulisan yang mendedahkan pandangan pemimpin MCA Dato Seri Ong Tee Kiat yang membidas kumpulan yang berlagak menjadi hero melayu itu.
Antara lain Dr Aisar Yee mendedahkan tulisan pemimpin MCA itu,katanya,dia(Ong Tee Kiat) menulis bahawa para pengkritik kepada saranan Khalid ini telah lupa bahawa beberapa tahun dulu Kabinet telah bersetuju membuka kuota yang sama jumlahnya dengan cadangan Khalid untuk dikhususkan kepada bukan Melayu di semua MRSM dan Kolej Matrikulasi.

Sewaktu itu beliau memegang jawatan Timbalan Menteri. Beliau diberitahu bahawa tujuannya ialah untuk mendapatkan intergrasi nasional yang lebih baik. Beliau memberitahu bahawa UiTM sudah pun menidakkan peluang siswa Melayu dengan tindakan membuka ruang sebanyak 5% kepada pelajar luar negara.

Kalau dulu para pentadbir universiti UiTM dan para pemimpin UMNO boleh mengambil sikap tidak membantah dengan keputusan dibuat Kabinet, kenapa kali ini pendirian mereka berubah? Mereka adalah orang yang masih sama. Apakah hanya kerana ia dicetuskan oleh musuh politik? Para pentadbir universiti seharusnya tidak melibatkan diri dalam soal politik kepartian kerana itu bukan tugas mereka

Untuk membaca sepenuhnya tulisan tersebut silalah ke

Selepas membaca tulisan tersebut sama-samalah kita nantikan apakah Dr Ibrahim Abu Shah,Dr Himi di Pahang dan lain-lain yang berjaya mengheret mahasiswa ke jalan raya baru-baru ini bersedia pula untuk berarak ke Pejabat MCA ataupun ke Parlimen membantah persetujuan yang pernah dibuat oleh Kabinet itu.

Kalau mereka sanggup,pastinya pendek umur!

Al Fatihah

Unit Amal Malaysia Kawasan Kuala Krau,Pahang merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan sahabat-sahabat Allahyarham Saiful Anzani Rozi anggota Unit Amal Permatang Pauh yang kembali kerahmatullah hari ini akibat kemalangan semasa bertugas mengawal YB Dato Husam Musa pada hari pilihanraya kecil yang lalu.

Kami mendoakan semoga beliau dihimpunkan di hari akhirat bersama para syuhada yang gugur dalam perjuangan dengan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah.Al Fatihah

Ikhlas dari
Penyelaras serta Ahli-ahli Unit Amal Kuala Krau

Berita lanjut http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=016702&Itemid=100

Sejarah Terukir:Akhirnya Anwar Bersumpah!

Selepas berhari-hari BN menjaja Sumpah Lahanat Si Saipol,Selasa lalu BN dimakan sumpah di Permatang Pauh.Jam 10 pagi tadi pula,sejarah tercatat selepas sepuluh tahun berlalu,DS Anwar mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan dinobatkan sebagai Ketua Pembangkang yang baru,bersaksikan Speaker Dewan Rakyat,Anggota Parlimen Pakatan Rakyat dan tiga menteri BN,Mustafa Mohammad,Nazri Aziz dan Zaid Ibrahim.Menteri lain tak berani nak tunjuk muka termasuk PM Dolah dan Najib.

Untuk lihat upacara sumpah sila klikhttp://www.youtube.com/watch?v=1vSUjiEzfUM

Wednesday, August 27, 2008

Pemuda PAS Bantah Avril


Kenyataan Media DPPP
BANTAH KONSERT AVRIL

Dewan Pemuda PAS Pusat mengutuk sekeras – kerasnya tindakan jemaah menteri meluluskan semula konsert Avril Lavigne walaupun sebelumnya Kementerian Kesenian dan Warisan serta PUSPAL telah membatalkan konsert yang akan diadakan pada 29 Ogos ini, malang ia diluluskan kembali apabila diangkat kepada mesyuarat jemaah menteri .

Konsert ini adalah suatu penghinaan kepada negara Malaysia dan umat Islam yang akan menyambut bulan Ramadhan al Mubarak pada bulan september ini.

Dewan Pemuda PAS Pusat sekali lagi mengutuk sekeras-kerasnya jemaah menteri yang membuat keputusan ini. Dimana ia adalah suatu tindakan yang kurang ajar dan biadab terhadap ummat Islam , walaupun Shafie Afdal menyatakan bahawa penganjur hiburan diminta menghormati prosedur permohonan permit selepas ini. (selanjutnya http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/2008/08/kenyataan-media.html

Sumpah:Mufti Wilayah Di Sanggah

Kenyataan Wan Zahidi selaku Mufti Wilayah yang memperlekehkan Imam ramlang Porigi yang menganggap Sumpah Saiful sebagai tidak sah.ditempelak akhirnya Majlis Fatwa sendiri menolak sumpah tersebut.Ternyata mufti itu berjaya menbjadi Pak Turut pemimpin politik tertentu yang berkempen untuk PRK Permatang Pauh.

Majlis Fatwa Kebangsaan: Lafaz sumpah hanya selepas proses perundanganKUALA

TERENGGANU: Majlis Fatwa Kebangsaan berpendapat proses perundangan perlu berjalan terlebih dahulu sebelum lafaz sumpah laknat (muhabalah) dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan bahawa beliau diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dalam melakukan sumpah itu, ia perlu melibatkan kedua-dua pihak iaitu individu yang dituduh serta mereka yang menuduh dan ia tidak semestinya dilakukan hanya di masjid.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas dengan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan di sini hari ini, beliau berkata pendapat beberapa tokoh agama terhadap sumpah yang dilakukan baru-baru ini oleh Mohd Saiful berhubung dakwaannya terhadap Anwar itu, telah mengelirukan masyarakat dan ia harus menjadi pengajaran kepada pihak-pihak berkaitan dalam menangani isu seumpama itu pada masa akan datang."

Kita (Majlis Fatwa Kebangsaan) merasakan bahawa proses perundangan harus berjalan dan muhabalah boleh mengambil tempat apabila proses perundangan itu sudah diselesaikan."Apa yang berlaku sekarang harus dijadikan pengajaran agar kedua-dua pihak dapat dibawa ke pengadilan dan apabila satu pihak merasakan bahawa dirinya tidak terbela atau teraniaya, maka muhabalah boleh dilakukan dengan melibatkan kedua-dua pihak berkenaan," katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata rumusan yang dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan itu bukan berpihak kepada mana-mana individu sebaliknya ia adalah untuk menegakkan kebenaran mengikut syariat Islam."Undang-undang Islam adil dan jangan harus khuatir memikirkan perbicaraan melalui perundangan dan muhabalah boleh dilakukan di mahkamah ataupun di luar mahkamah bergantung kepada keputusan yang akan dibuat."

Kedua-dua pihak berkenaan mesti berada dalam situasi yang mengizinkan muhabalah atau sumpah itu dilakukan. Tidak semestinya kedua-dua pihak itu berada pada satu tempat tetapi kedua-duanya mesti terlibat (melafaz sumpah)," katanya.Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mempolitikkan atau memanipulasi isu berkenaan kerana sebarang persoalan mengenainya perlu dirujuk kepada ulama atau kitab-kitab agama.

Ditanya sama ada lafaz sumpah yang dilakukan oleh Mohd Saiful mengikut syariat, Ahmad Zahid menjelaskan apa yang dilakukan bekas pembantu peribadi Anwar itu adalah bagi membersihkan nama dan imejnya.Beliau berkata tindakan Mohd Saiful bersumpah dengan memegang kitab suci al-Quran dan dilakukan dalam masjid adalah perkara-perkara teknikal yang tidak dipertikaikan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan."

(Bagaimanapun) kita berpendapat apa yang telah berlaku dijadikan pengajaran untuk kes-kes akan datang," katanya.Ahmad Zahid menasihatkan umat Islam supaya tidak melakukan lafaz sumpah sewenang-wenang termasuk terhadap perkara remeh-temeh dan menjadikan perbuatan itu sebagai satu trend.

Beliau berkata sebarang lafaz sumpah itu perlu dilakukan selepas proses perundangan berjalan kerana jika seseorang itu kerap berbuat demikian, sumpah tersebut tiada nilai dan orang ramai tidak akan mempercayainya. BERNAMA

Permatang Pauh:Apa Kata Mereka?



Tun Dr Mahathir:
Ramai pengundi tidak ingin undi bagi Dato Seri Anwar. Tetapi mereka juga tidak ingin undi Barisan Nasional. Calon Barisan Nasional baik tetapi kalau beliau menang maka Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi akan dakwa yang dirinya menang, dakwa yang sokongan kepada Barisan Nasional iaitu pada dirinya sudah kembali, dakwa Barisan Nasional telah dipulih dibawah kepimpinannya. 6.

Saya percaya dengan berat hati penyokong-penyokong Barisan Nasional telah undi PKR supaya Dato Seri Abdullah akan sedar yang kepimpinannya tidak dikehendaki lagi.

Mesej yang hendak dihantar oleh pengundi Melayu, Cina dan India menjadi sia-sia kerana Dato Seri Abdullah tidak ada telinga untuk mendengar, tidak ada mata untuk melihat.

Tetapi ahli UMNO daripada pemimpin lain UMNO perlu sedar dan faham mesej daripada pengundi Permatang Pauh. Sejak Mac 2008 sokongan kepada UMNO dan BN bukan pulih tetapi merosot.
Kamu boleh terus sokong Dato Seri Abdullah sebagai Presiden parti. Tetapi rakyat tidak akan sokong UMNO kerana UMNO sudah jadi alat Dato Seri Abdullah dan keluarganya. Apabila datang pilihanraya ketiga belas rakyat akan jatuhkan UMNO dan Barisan Nasional kerana hanya dengan cara ini sahaja rakyat akan dapat jatuhkan Dato Seri Abdullah. http://www.chedet.com/

YBM Tengku Razaleigh Hamzah:
Memberikan alasan kelemahan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato' Seri Najib Razak sebagai punca kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil tersebut.

KepimpinanUmno bukan hanya ditolak oleh rakyat tetapi turut ditolak oleh ahli Umno sendiri di mana jumlah undi yang diterima oleh calon BN, Dato' Arif Shah Omar Shah adalah jauh lebih rendah berbanding keahlian Umno di kawasan tersebut. http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=16680&Itemid=1

Datuk Ruhani Ahmad:
Kekalahan ini membuktikan majoriti pengundi di Permatang Pauh menolak Abdullah selaku Perdana Menteri, Pengerusi BN, Presiden UMNO dan Ketua Perhubungan UMNO Pulau Pinang.
Kekalahan ini juga membuktikan tsunami politik yang meledak mulai PRU 12 adalah satu force yang masih bertenaga dan tidak akan reda selagi Abdullah masih terus berkuasa.

Lebih jelas lagi, jika PRU12 pada 8 Mac 2008 memberikan mesej supaya Abdullah segera mengundurkan diri sebagai Perdana Menteri, PRK Permatang Pauh pada 26 Ogos 2008 adalah endorsement dan re-enforcement kepada mesej tersebut.

Lantaran itu, Abdullah perlu bertindak decisive untuk mengosongkan kerusinya di Putrajaya dengan serta-merta. Jika tidak, krisis keyakinan rakyat terhadap Abdullah akan berpanjang dan boleh menjejaskan kekuasaan BN di negara ini menerusi PRU 13.http://www.kuda-kepang.blogspot.com/
Zaharin @Sang Kelembai:
Kemenangan Anwar Ibrahim di Permatang Pauh sebenarnya kebencian rakyat kepada Abdullah Hj Ahmad terlalu tinggi, jika tanah tumpah darah sendiri sudah tidak mempedulikan pemimpin latar belakang cucu ulama ariffilah dan anak ulama bagaimana yang lain. Dan yang menambah bodohnya BN/UMNO ialah meletakan gambar Imam Besar ini dengan keadaan melambai tangan yang bermaksud Selamat Tinggal kerana bakal beristirahat di Perth, Australia selepas pencen PM. Orang UMNO yang menganga sendiri-sendiri.http://sangkelembai2006.blogspot.com/

A.Kadir Jasin:
Kelebihan undi yang besar itu membuktikan populariti Anwar tetap kental walaupun sudah sedekad terkeluar daripada arus politik perdana dan kini menghadapi tuduhan liwat di mahkamah.Serentak itu, keputusan pilihan raya kecil itu mengesahkan penolakan yang meluas dan berterusan terhadap Barisan Nasional, khasnya Umno.Ia juga berupa undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi dan tamparan hebat kepada timbalannya, Mohd Najib Abdul Razak, yang menjadi ketua kempen BN.http://kadirjasin.blogspot.com/

Tuesday, August 26, 2008

Dari Permatang Pauh Ke Putra Jaya


Syabas dan tahniah buat seluruh pengundi Permatang Pauh yang membuka jalan kepada Dato Seri Anwar Ibrahim untuk ke Putrajaya dalam tempoh terdekat ini.Tiada apa yang mampu untuk diungkapkan melainkan sebesar besar syukur kepada Allah di atas keputusan PRK Permatang pauh yang telahpun diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia.

Ternyatalah perpaduan di kalangan pendokong Pakatan Rakyat dari kalangan pendokong PAS,PKR dan DAP amat erat dan tak mampu dipecahbelahkan dengan apa juga dakyah.Hanafi Mamat yang hanya mendapat 92 undi ternyata gagal menarik sokongan pengundi PAS yang kononnya menolak Anwar Ibrahim.Terbukti juga keseluruhan pengundi PAS terius wala' denmgan arahan pimpinan tertinggi untuk memenagkan DS Anwar.

Jam 11 mlm tadi saya baru berkesempatan menonton ulasan di Bernama TV.Turut disiarkan ucapan Dato Najib,TPM yang berkampung beberapa hari di Permatang Pauh.Kalau semalam beliau begitu sombong berbicara,malam ini ucapannya tadi seolah-olah beliau baru saja bertaubat dari berbagai dosa dan sesekali mukanya macam baru lepas selesai zikir munajat,berpinar-pinar biji matanya menahan air mata dari mengalir.

Mungkin di saat ini beliau sedang ditenteramkan oleh Rosmah di atas kesedihan bersangatan dan 'besarnya kemaluan' beliau dengan keputusan yang memeranjatkan. Orang Permatang Pauh 'tak klapaq' pada punggung si Saipol yang di lelong oleh Dato Najib di merata ceruk.

Bagi menantu PM dari Rembau yang datang membawa kain kapan dan penggali kubur untuk mengebumikan Anwar ,amatlah wajar beliau membungkus badannya dengan kain kafan dan minta lah pembantu-pembantunya menghumban dirinya ke dalam kubur yang dah siap digali.

Kepada DS Anwar ,selamat berjuang dan melangkah ke Putrajaya.

Thursday, August 21, 2008

Adegan LIWAT Penyokong Umno di Permatang Pauh!!

Anda terkejut dengan tajuk di atas?Nak tengok gambar-gambar aksi lucah penyokong Umno ketika penamaan calon Permatang Pauh,jom ke blog Pemangku Ketua DPP Pahang,klik http://najwasuhaimi.blogspot.com/ tapi pastikan umur anda melebihi 18 tahun ke atas.

Wednesday, August 20, 2008

Pidato Dato Husam Musa



Pidato Umum


1.YB Dato Husam Musa(Naib Presiden PAS)
2.Dato Tuan Ibrahim Tuan Man(PJ PAS Pahang)


Pada:22 Ogos 08
(Jumaat malam Sabtu)
Jam:9.20 malam
Tempat:Dataran Masjid Lama
(Markaz MTD Jengka)
Rantau Perintis,Bandar Jengka

Friday, August 15, 2008

Tok Naset Ketua Pesta Cucuk Hidung Di Bandar Jengka

Kisah Tok Misai yang suntik pil subur pada ternakannya tak berakhir di negeri termaju,ianya merebak ke seluruh negara.

Blog tukulbesi mendapat maklumat rakan karib Tok Misai di Jengka juga turut melakukan aksi yang sama cuma mungkin berlainan formula.Khabarnya rakan Tok Misai tu namanya Tok Naset telah mencucuk hidung segala ternakannya tak kira jenis kaki empat ke kaki dua,diheretnya beramai-ramai satu kilometer menurut akhbar di Pantai Timur.

Ada yang mengembek,mengebooh,melompat-lompat tak ketahuan keloloinya.Sasau habis jadinya.Bertepuk tanganlah Tok Naset kerana ilmu dukunnya menjadi.

Sape ade maklumat tentang Pesta Cucuk Hidung di Jengka tu hantarlah berita kat Tukulbesi.Kru kat sini nak bertolak ke Permatang Pauh kejap lagi,lepas tu ke Muktamar di Ipoh,kita jumpa semula.

Thursday, August 14, 2008

Gempar! 5000 Pelajar Bertelur Selepas Disuntik Pil Subur

Seorang bomoh bergelar Tok Misai merangkap Profesor Kangkong dari sebuah institusi pengajian di negara ini berjaya mencipta pil subur untuk pelajar-pelajarnya yang tidak pernah bertelur sejak beberapa dekad lalu walaupun sering mengawan.

Selasa lalu lebih 5000 pelajar yang diternak oleh Tok Misai sejak sekian lama telah mengejutkan dunia penternakan negara ini apabila mereka telah bertelur beramai-ramai hanya beberapa hari selepas Tok Misai menyuntikkan pil subur secara paksa kepada mereka.

Akhbar utama semalam melaporkan,kumpulan ini telah keluar beramai-ramai dari sarang masing masing lengkap memakai barut dengan berbagai ragam,ketawa,sedih ,marah berarak ke Pusat Pentadbiran Negeri Termaju di negara ini untuk menyertai Pesta Bertelor Terbesar di negara ini.

Namun demikian tiada kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang Pesta Bertelor ituSeorang pelayar siber yang berpusat di negeri Penyu Bertelor melaporkan ,seandainya pihak berkuasa menyekat pesta yang tidak ada permit itu dengan menghantar Tukang Sebat Bertopi Merah,nescaya kumpulan ini akan lari lintang pukang meninggalkan ketua perarakan.

Lebih membimbangkan juga pencemaran alam dengan bau busuk akan berlaku akibat ribuan telor akan berciciran dan bersepahan di seluruh Pusat Pentadbiran Negeri Termaju itu.

Sehingga tengahari ini berbagai pihak masih belum dapat mempastikan apakah formula yang digunakan oleh bomoh Tok Misai yang berjaya menghasilkan pil subur terpantas itu.

Sekian laporan dari tukulbesi.blogspot.com untuk rancangan Pelik Tetapi Benar.

Keterangan Gambar:Gambar ini sekadar hisan sahaja,tetapi tak tau ler kalau memang dia ni yang dikatakan 'Tok Misai' tu.Lu pikirlah sendiri..




Tuesday, August 12, 2008

TALIBAN Baru Untuk Malaysia


Apa cerita dengan MP Kulim Bandar Baru ni.Dapat pangkat bukan-bukan.Nak tau sila baca posting Roslan SMS:Bila Belanda Diberi Tanah di http://n32.blogspot.com



Friday, August 8, 2008

Malang Seorang Pengurus Pusat Aduan Mangsa Liwat.


Gambar Atas:Isterinya dapat lelaki muda
Gambar Bawah:Suaminya dapat nenek(Lelaki dlm gambar ni,dia ler ayah budak yang gambarnya kat bawah,muka serupa)