Sunday, February 1, 2009

Notis Roboh Kedai:Kontraktor Umno Jadi Piyon Pejabat Tanah

Saya dah tengok notis yang dihantar oleh Pejabat Tanah Daerah Maran kepada beberapa peniaga di Simpang masuk ke Jengka 16.Notisnya meragukan.

Kedai kedai yang ada di simpang Jengka 16 itu telah dibina sebahagiannya sejak tahun 80 an lagi,waktu saya di Tingkatan Satu lagi.Kesemuanya terletak di atas rezab jalan raya.

Notis yang dihantar bertarikh 6 January 2009,tetapi sampai ke tangan peniaga pada 30 January 2009,lewat 24 hari.Tarikh akhir untuk berpindah ialah 30 hari dari tarikh notis iaitu pada 5 Febuary 2009.Ertinya peniaga hanya ada 6 hari.Sungguh ke nak suruh pindah atau sebenarnya nak ugut?

Alasan yang diberi ialah kerana meneroka tanah kerajaan tanpa kebenaran dan boleh di kompaun tidak melebihi 10 Ribu Ringgit atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua duanya.Tetapi notis berkenaan hanya meminta dirobohkan sendiri bangunan kedai berkenaan ataupun tindakan merobohkan akan dilakukan oleh Pejabat Tanah seandainya tiada tindakan diambil oleh tuan punya kedai sehingga tarikh akhir yang diberikan.

Anehnya Pejabat Tanah Maran tidak mahu mengenakan kompaun sebaliknya memilih untuk bertindak merobohkan kedai tersebut.Ertinya dua dua pihak tidak ada untung.Yang pastinya Pejabat Tanah akan menjadi sasaran kecaman orang ramai yang selama ini kedai kedai berkenaan telah banyak membantu mereka.
Lebih menghairankan pula ada beberapa buah kedai yang terletak di lokasi yang sama tapi tak menerima notis berkenaan.Adakah ini satu tindakan terpilih yang hanya salah pada orang tertentu tetapi tak salah kalau kroni sendiri.
Berbagai andaian sudah mula bertiup di Jengka 16 ditambah lagi dengan pengakuan seorang kakitangan di Pejabat Felda Jengka 16 yang mengakui Notis berkenaan telah diserahkan ke Pejabat Felda Jengka 16 oleh seorang kontraktor yang juga AJK Umno Bahagian Kuala Krau yang khabarnya pernah menjadi pegawai Felda di kawasan Jengka,selepas itu baru lah di edarkan kepada peniaga terbabit.Satu persoalan yang saya belum pasti,bila pulak si Mamat ni menjadi piyon Pejabat Tanah Maran?Tak pe lah kita tunggu episod selepas ini.

Friday, January 30, 2009

Dato Tuan Berjaya Sampaikan Sumbangan Warga Jengka Kepada Pemimpin HAMAS

Lebih RM 20,000 sumbangan derma untuk umat Islam Palestin dari warga Jengka telah selamat diserahkan kepada pemimpin HAMAS oleh Dato Tuan Ibrahim Tuan Man selaku bekas ADUN Jengka yang juga YDP PAS Kuala Krau dalam kunjungannya ke sempadan Palestin beberapa hari lepas.

Demikian laporan terkini yang saya terima dari Setiausaha Sulit beliau yang baru pulang ke Malaysia sebentar tadi.Info lanjut akan menyusul Insya Allah.

Pemuda Maut di 'Jalan Maut'

Simpang Maut yang meragut nyawa Mohd Shahir
Posting saya pada September 2008 bertajuk Jalan Jalan Maut Di Jengka telah menjadi kenyataan.Peringatan saya tentang simpang kedua Jengka 16 yang merbahaya akhirnya meragut nyawa Mohd Shahir Mohd Nor 21 tahun dari Sg Tekam Utara seminggu lalu yang bekerja dengan Mat Sapak Tayar.

Saya yang berada dilokasi kejadian pada jam 9.00 malam sempat melihat Mohd Shahir menghembuskan nafasnya selepas motorsikal RXZnya merempuh sebuah kereta yang hendak membelok masuk ke Jengka 16.Ketika itu kedua dua kenderaan tersebut dari arah Bandar Pusat.

Allahyarham Shahir mengalami pendarahan dan kecederaan serius dibahagian kepala dan lehernya.Dalam keadaan tidak sedarkan diri,nafasnya turun naik ketika itu.Saya sempat menghubungi keluarganya melalui handphone Allahyarham yang saya ambil dari poket seluarnya dan memaklumkan kemalangan tersebut.Tetapi ketika itu beliau telahpun tidak bernyawa lagi.

Antara kedua dua motor yang merempuh dan kereta yang membelok tiada siapa yang boleh dipersalahkan kerana di tengah simpang tersebut sememangnya terdapat garis putus putus yang membolehkan kenderaan memotong.Keprihatinan pihak berkuasa saja lah yang di tunggu tunggu untuk memasang tanda amaran atau sebagainya.

Kepada keluarga Allahyarham bersabarlah dengan takdir Ilahi.

Lepas Matau ,Jengka 16!

Saya baru saja dihubungi seorang anak peneroka Jengka 16 yang memaklumkan beberapa buah kedai yang terletak di Simpang Jengka 16 telah diberi notis hari ini untuk dirobohkan sebulan dari sekarang.

Apa kerja YB baru ni?Isu Matau tak selesai ,kat Jengka 16 pulak!Saya akan dapatkan maklumat petang ini dari peniaga peniaga berkenaan.Abang Wan tak nak gi sekali ke?Bimbang kut orang Jengka 16 tersilap mana satu YB yang menang PRU lepas.Saya YB,Yang Berusaha!

Kerana 'Otak Duit' Cadangan Pembinaan Sekolah Di Tolak

Pagi tadi saya dibawa berjalan jalan oleh seorang sahabat saya di Jerantut ke sebuah rancangan Felda yang masih tebal 'aqidah' Umnonya di daerah ini.Saya ditunjukkan satu kawasan tanah terbiar seluas lebih kurang 14 ekar.

Tanah tersebut asalnya dicadangkan untuk dibangunkan sekolah menengah.Tetapi hari ini hanya tinggal semak samun dan bakal menjadi hutan belantara sedikit masa lagi.Menurut penduduk tempatan cadangan pembinaan sekolah menengah telah di tolak oleh pimpinan masyarakat setempat yang tentunyalah berkiblatkan Umno.

Alasannya cukup mudah.Rancangan Felda ini memiliki basnya sendiri.Kalau ada sekolah menengah,tak kan berjalan lah bas itu,kerana pelajar pelajar boleh datang sendiri ke sekolah.Maka tak masyuk ler .Biar ler sekolah jauh sikit,baru bas tu berfungsi,baru lah ade income nya!Logis!Logis!Boleh ler faraid sikit sorang hasilnya tiap tiap bulan.

Akhirnya pembinaan sekolah itu pun dipindah ke rancangan Felda lain yang lebih berminat.Begitu lah cara berpikir pemimpin Umno dari Felda sampai ler ke Parlimen.Sama saje,otak nye memikir duit.Macam ler ayam dengan padi,itik dengan air,Umno dengan.... duit ler.

Buku Nostalgia Syuhada Palestin Edisi Khas Akan Kembali


Berikutan isu Palestin yang kembali memuncak, ramai yang bertanya saya kenapa tak re-print buku Nostalgia Syuhada' Palestin. Sememangnya saya nak cetak semula buku itu. Tapi saya perlu refresh isu-isunya supaya bersesuaian dengan suasana terkini.Insya Allah dengan bantuan dan sokongan daripada sahabat-sahabat, doakan buku itu dapat diterbitkan semula dengan nafas baru.

Bagi yang belum mengenali buku berkenaan, Nostalgia Syuhada' Palestin merakamkan rentetan sejarah penuh tragis bumi Palestin. Merakamkan penderitaan umatnya sejak ratusan tahun. Paling memberi kesan kepada pembaca ialah kisah-kisah para pejuang yang sebahagian besarnya telah gugur syahid. Kisah lebih kurang 60 orang pejuang Palestin dimuatkan di dalam buku Nostalgia Syuhada' Palestin.

Walaupun saya adalah pengarangnya, tetapi setiap kali saya membaca kembali catatan perjuangan mereka, air mata saya akan menitis.
Sementara menunggu buku ini berada di pasaran ,saksikanlah kehebatan para mujahidin Palestin di http://www.palutube.com
Untuk tonton kehebatan mujahidah Palestin ,klik sini

Friday, January 23, 2009

Ceramah di Jengka

Ceramah Ustaz Muda (Urusetia Penerangan PAS Trengganu)
dan Ust Shahril Azman
23 Januari 09(Jumaat malam ini)
Di Markaz PAS Jengka 18

Ceramah Ustaz Nasharudin Mat Isa
Timbalan Presiden PAS/Pengarah Pilihanraya PAS PRK Kuala Trengganu
24 Januari 09(Sabtu-esok 9malam)
Markaz PAS MTD Jengka,Rantau Perintis Bandar Jengka

Ceramah Palestin
Profesor Dr Ridzuan Osman Jab Sejarah Universiti Malaya dan Wakil Hamas
26 Jan 2009(Isnin)
Selepas Maghrib
Masjid Jengka 18

Ceramah & Jamuan Kemenangan PRK K.Trengganu
Ustaz Azman Syafawi Abd Rani
(Naib Ketua Pemuda PAS Pusta/Ketua Pemuda PAS Trengganu)
28 Jan 09 Rabu 9.00 mlm
Markaz PAS Jengka 16

Thursday, January 15, 2009

Pengalaman Di belasah Polis Malaysia Kerana Lawan Israel

Walaupun akhirnya kerajaan Malaysia dilihat memainkan peranan utama dalam isu Palestin selepas Sidang Tergempar Parlimen di adakan namun seringkali apa yang di ucapkan pemimpin negara tidak selari dengan apa yang dilaksanakan.

Baru saja minggu lepas 21 orang ditahan polis kerana membantah kekejaman zionis ke atas warga Palestin,tiba tiba hari ini kerajaan yang bertangjawab ke atas polis polis itu berlagak sebagai hero rakyat Palestin.Apakah kerajaan BN masih punya agenda politik dalam lakonannya sebagai hero rakyat Palestin ini terutamanya disaat kempen pilihanraya kecil Kuala Trengganu sedang hangat berjalan.

Tindakan polis menahan 21 penunjuk perasaan ini bukanlah perkara asing di negara Malaysia ini,tambah tambahan lagi yang berhimpun itu penyokong parti pembangkang,cepat sahaja polis bertindak.Tetapi kalau kumpulan itu penyokong BN,walaupun berlaku aksi ganas,tak akan salah.Lihat sahaja aksi polis ketika penyokong PEWARIS mengejar wanita Cina yang mengutuk PEWARIS yang menyokong ISA.

Walaupun wanita itu di tempeleng dan hampir tersungkur,polis nya begitu baik hati dengan kumpulan penunjuk perasaan.Tiada berita besar pun di dada akhbar yang mengkritik kumpulan tersebut,tiada kenyataan pun dari Musa Hasan!

Kekasaran polis terhadap kumpulan anti zionis bukanlah benda baru.Tanggal 4 April 1997 ketika berlaku bantahan terhadap kedatangan pasukan kriket Israel ke negara ini,saya sendiri sudah rasai 'baik hatinya dan prihatinnya' polis Malaysia.

Selesai sahaja solat Jumaat di Masjid Ar Rahman Pantai Dalam sebelah pintu utama ke Universiti Malaya,ketika ribuan para jemaah melaungkan Takbir dan kutukan ke atas Israel laknatullah,pasukan FRU bertopi merah dengan penuh ketakburannya menembak meriam water cannon mengandungi asid yang memedihkan mata,menggatalkan dan memeritkan kulit di tambah lagi dengan tembakkan gas pemedih mata yang begitu menyiksakan.

Saya sendiri yang berada bersama ribuan umat Islam yang lain yang basah bermandikan asid dalam keadaan sesak nafas lari masuk ke Masjid Ar Rahman,tetapi polis Malaysia yang biadab tidak tahu menghormati rumah ibadah umat Islam terus melepaskan beberapa tembakan gas pemedih mata yang jatuh ke halaman masjid.

Mereka minta kita bersurai,tetapi mereka menembak orang yang sedang bersurai.Dari jam 3.00 petang kami di kepung di masjid tersebut hinggalah azan Isya',polis menceroboh masuk ke dalam masjid dengan berkasut yang di sarung plastik menangkap kami yang mahu mengerjakan solat Isya.Tiada seorang pun dibenarkan solat Isya ketika itu.250 orang diangkut ke balai polis .Malam itu kami diagih agihkan ke seluruh lokap polis di Kuala Lumpur termasuk,Pantai ,Briekfield,Sentol dan lain lain.

Ketika saya diheret FRU dari dalam masjid,beberapa orang FRU beragama Islam membelasah saya bagaikan lembu dengan cota di tangan mereka.Tengkok,paha dan belakang saya jadi sasaran mereka.Tetapi sesuatu yang memeranjatkan apabila seorang polis yang bukan Islam menegur tindakan polis polis melayu yang membelasah saya.

Antara yang ditahan bersama saya ketika itu ialah Hj Mahfuz Omar,Salehudin Ayub,Hanifa Maiden yang tak terlibat pun dalam demontrasi,Misbahul Munir,abang Jamal Unit Amal dan ramai lagi.

Dalam perbicaraan yang berlangsung hampir lima tahun,saya sendiri menjadi saksi pembela kepada Hj Mahfuz,Salahudin Ayub,Pak Amjal dan Cikgu Minghat.Pada tahun 2001 tiga dari mereka di sumbat ke penjara Kajang,Cikgu Minghat yang agak uzur telah membayar denda.Mereka dipenjara ,di denda di belasah bukan kerana apa apa jenayah yang mereka buat,tetapi hanya kerana melaungkan 'Jahanam Israel,jahanam Yahudi!".

Wednesday, January 14, 2009

SMS Dari Ezam

"Ya tentu.Semoga Allah beri kekuatan.Wassalam",demikianlah bunyinya pesanan ringkas dari Ezam Mohd Nor yang masuk ke handset saya jam 12.50 tengahari semalam sebagai menjawab soalan saya,"Salam.Tq,dgr crt anta masih hrpkan PAS utk hdpi munafik dlm PKR & DAP.Sape pulak hrpn anta utk lwn munafik dlm Umno? @ anta sndiri akn lwn munafik2 tu?..dr Tukul Besi.

Sebelumnya saya terbaca dua sms dari bekas Ketua AMK yang sekarang turut sama membantu Wan Farid di Kuala Trengganu yang dihantar kepada dua orang sahabat saya.

Salah seorangnya bertanya Ezam,"Betulke anta nak perang dengan PAS",Ezam terus membalas,"Tidak benar,malah PAS lah harapan ana untuk berhadapan dengan munafik di dalam PKR dan DAP".Itulah jawapan orang yang pernah menjadi teraju utama di dalam PKR suatu ketika dahulu.

Ezam adalah satu nama yang sudah tidak popular terutama selepas PRK Permatang Pauh yang menyaksikan BN gagal merampas kerusi yang mjenjadi milik PKR yang sebelum itu sememangnya milik Anwar Ibrahim.Tetapi kekalahan BN dikaitkan dengan kehadiran Ezam dengan kempennya memburukkan idola dan bintang pujaannya sejak berkurun lama yang menjadikan penyokong Umno sendiri meluat dengan gelagat Ezam yang cuba menjadi hero baru Umno padahal masih segar benar dalam ingatan mereka maki hamun kepada Umno itulah zikir si Ezam.

Penyertaan Ezam ke dalam Umno berkait rapat dengan krisis peribadinya dengan Anwar.maka tidak hairan kalau beliau bermati matian berkempen untuk gagalkan Anwar ke Parlimen pada PRK Permatang Pauh yang lalu.Tetapi apabila beliau turun berkempen membantu Wan Farid untuk menentang calun PAS,pastilah beliau melakukan silap besar.

Tetapi ada maklumat yang sampai kepada saya mengatakan beliau sedikit keberatan untuk membantu calun BN di PRK Kuala Trengganu,tetapi dek kerana dah jadi ahli Umno ditambah lagi Wan Farid itulah yang bertanggungjawab mengutip beliau kembali ke dalam Umno,maka atas dasar terhutang budi,terpaksa beliau turun ke Kuala Trengganu untuk membantu calun BN itu.

Bagaimanapun apabila saya menerima sms dari Ezam,"Ya sudah tentu" yang bermaksud ,beliaulah yang akan berdepan dengan munafik di dalam Umno ,maka berbagai andaian boleh dibuat orang.

Boleh lah diandaikan saudara Ezam ini jiwanya belum sebati lagi sebagai jiwa Umno.Jiwanya masih penuh kesangsian dengan langkah yang dipilihnya sendiri.Maka kempennya di Kuala Trengganu itu bukannya untuk menolong Wan farid tetapi untuk menolong dirinya sendiri agar dilihat sudah benar benar tulen sebagai ahli seumur hidup Umno supaya langkahnya lebih panjang ke hadapan.

Kalau Ezam itu sendiripun tak percaya sepenuh hati kepada Umno,maka kenapa pula orang Kuala Trenganu nak percaya dengan Umno dan cakap Ezam dalam kempen kempennya di sana.

Tetapi andai ditakdirkan keputusan PRK pada 17 Januari ini menyaksikan sekali lagi BN berkubur sebagaimana di Permatang Pauh,maka alamat pendeklah umur saudara Ezam Mohd Nor ini.Maka mungkin benarlah pengakuan nya "Ya sudah tentu" itu.

Bangkit Dari Keletihan

Dah dua minggu kita berada di tahun baru 2009.Saya belum lagi mengupdate blog Tukulbesi ini.Ramai pengunjung yang kehairanan kerana Tukulbesi mati mengejut,macam diserang strok!ataupun terkena Chikungunya!

Tukulbesi belum mati,cuma berehat seketika kerana keletihan,kebetulan awal tahun sibuk dengan urusan pelajar baru di kelas yang saya usahakan.Dalam masa yang sama juga balik dari Kemboja pertengahan Disember lalu terkena tempias 'Tsunami'.Gersang Gurl dalam Borak Corner bertanya,apa yang tsunaminya ustaz?Tak pe lah,yang tahu tu tahu lah,yang tak tahu tu tak lah penting sangat untuk tahu.

Apa pun dalam perjuangan ini baik dibidang mana,pentas politik,pendidikan,sukan ,penulisan, apa jua yang disebut perjuangan ,tak kan lepas lari dari melalui ujian Maha Pencipta.Ujian itu lah yang mematangkan perjuangan kita.Bila datang ujian Tuhan,kita bermuhasabah menginsafi perjalanan yang telah kita lalui kalau kalau ada yang tergelincir dari landasan,cepat cepat kita betulkan.Orang yang beriman akan terasa dirinya begitu kecil di sisi Allah baik dia seorang pemimpin besar mahupun berpangkat gurkha sahaja dalam perjuangan.

Tak semua yang kita rancang akan berjalan mengikut kemahuan kita. 'A' yang kita mahu,mungkin 'B' yang terjadi.Begitulah aturan Allah.Kita tentunya mahu mudah,mahu senang,mahu menang.Tapi tak mungkin Dia akan membiarkan kita mengikut apa saja yang kita mahu.Lantaran itu ujian yang didatangkan Allah adalah untuk mengajak kita kembali mengingatiNya.

Menulis tanpa upah dan penghargaan tentunya memenatkan.Tetapi di alam cyber hari ini,setiap penulis cukup puas apabila tulisannya dibaca orang,samada pembaca nak terima atau tidak,itu nombor dua.Kalau pembaca nak copy dan siarkan di ruang lain,ahlan wa sahlan,tapi jangan lupa catatkan sumber ambilannya.

Atas rasa cukup tak selesa bila ditanya orang ,apa jadi dengan Tukulbesi!Maka hari ini Tukulbesi bangkit dengan penuh keletihan untuk mengetuk keyboard komputer supaya semuanya tidak merasa hampa.Insya Allah tunggu sebentar.

Saturday, December 27, 2008

Pendedahan Kezaliman ISA Malam Ini

Jangan lupa malam ini ,ikuti pengakuan bekas tahanan ISA
Sabtu 27 Dis 08
Jam:9.00 malam
Di:Markaz PAS Jengka 17
Bersama:
YB Saari Sungip(Bekas Tahanan ISA)
Ust Shahril Azman Al Hafiz(Exco DPP Pahang)
Ust Fazli Ibrahim(Ketua Lujnah Pembelaan Islam DPP Pahang)
Kuliah Subuh & Tygn Slid
Ahad 28 Dis 08
Tangisan Di Bumi Palestin
bersama YB Saari Sunggip
di Masjid Lama,Bandar Jengka

Friday, December 26, 2008

Selamat Bersemadi,Che Awang.

Sekitar jam 12.30 malam tadi ,ketika berada di Pejabat PAS Kawasan Kuala Krau di Nadi Kota,AJK PAS kawasan yang hampir mengakhiri mesyuarat jawatankuasanya dikejutkan dengan panggilan telefon,"Che' Awang dah tiada".
Jusoh bin Abu Bakar namanya tiada siapa yang kenal kecuali yang benar benar rapat dengannya.Tetapi nama 'Che' Awang' dikenali dari kanak kanak PASTI,pelajar UiTM,pensyarah,ahli dan pimpinan PAS.

Che' Awang atau Jusoh ,54 tahun kembali ke rahmatullah malam tadi ,malam Jumaat dan telah selamat disemadikan pada jam 11 pagi tadi di Tanah Perkuburan Bandar Jengka setelah beberapa hari terlantar di rumahnya akibat serangan penyakit dipercayai Cikungunya.

Dalam suasana hidup serba sederhana sebagai pemandu van mengangkut pelajar,beliau telah menghabiskan sisa hidupnya menyumbang bakti untuk perjuangan Islam khususnya di Bandar Jengka.Tanpa jawatan penting di dalam PAS,Allahyarham Che Awang melakuklan tugas penting yang tak ramai orang sanggup lakukan.

Setiap kali jamuan raya,kenduri tahlil diadakan di Masjid Lama yang memerlukan tenaga penting di ceruk dapur ,bahagian penting yang tidak popular,tanpa upah tanpa pujian,Che Awang pastinya ada di situ.Dia akan bertarung dengan asap,dia sudah lali dengan panasnya bara api,dia akan berada seawal mungkin dan pulang seusai program,siap pinggan dibasuh,periuk di tiarap.

Sudah puluhan ribu rakyat Jengka yang makan nasi dan gulai dari air tangannya.Dari Kak Odah di Matau yang jadi mangsa banjir sampai lah Pak Hing di Jenderak ,semuanya dah rasa masakan Che Awang.Busu dan Lutfi dah hilang regunya di dapur Masjid Lama.

Ketika musim pilihanraya,Che Awang memikul buluh,memacak bendera bersama anak muda,menjaga poster dan sepanduk dari gangguan lawan.Dia jugalah yang mengusung tiang khemah,memasang,membuka ,melipat.Tak de siapa yang janjikan upah untuknya.Pada Che Awang,upah paling besar yang tidak ternilai harganya hanyalah ganjaran Allah di hari akhirat.

Hari ini khidmat Che Awang sudah berakhir.Dia sudah dijemput Khaliknya untuk pulang untuk menerima ganjaran amal baktinya.Dia tak ke dapur lagi,tak mengusung buluh lagi.

Selamat bersemadi Che Awang bersama dengan para pejuang yang mukhlis.Barangkali nama Che Awang tidak popular di dunia tetapi mudah mudahan namanya disebut sebut di kalangan makhluk di langit.

Ya Allah ampunilah segala dosa saudara kami ini,terimalah segala amal baktinya,masuk kan lah dia ke dalam syurga bersama-sama para anbiya,syuhada dan solehin.Kurniakanlah kesabaran kepada kaum keluarganya.Amin ya rabbal alamin.Al Fatihah

Hari Anugerah Kecemerlangan UPSR Wilayah Jengka-Satu Komentar Ikhlas

Usaha yang dilakukan pentadbiran Felda Wilayah Jengka meraikan 172 pelajar yang mendapat pencapaian cemerlang dalam UPSR di kawasan ini pada 23 Disember lalu satu tindakan wajar sebagai tanda penghargaan di atas kejayaan mereka.

Program yang diadakan di SMK Jengka 16 melibatkan 37 dari 38 buah sekolah di Wilayah Jengka turut dihadiri ibu bapa dan anak anak mereka yang berjaya dalam UPSR dengan mendapat 5A.

Di samping para pelajar yang berjaya menerima cenderahati tanda penghargaan,guru guru dari SK Jengka 16 yang terus mencipta rekod kejayaan cemerlangnya pada tahun ini turut dihargai walaupun hanya dengan sedikit tanda peringatan,namun ianya tetap bermakna.
Cenderahati yang diterima guru guru dari SK Jengka 16 pastinya atas inisiatif Pengurusan Felda di Jengka 16 sendiri.

Cuma terasa wujud sedikit kecacatan yang perlu diperbaiki apabila Guru Besar atau wakilnya dari sekolah sekolah lain dan Pejabat Pendidikan Daerah tidak dilibatkan sekali,seakan akan mereka sedikit dipinggirkan walaupun barangkali niatnya tidaklah begitu.Kemungkinan pihak penganjur terlepas pandang dalam hal ini.

Terdengar juga sungutan dari pihak sekolah, apabila undangan kepada ibu bapa dan pelajar tidak melalui pihak sekolah,sebaliknya terus kepada pelajar dan ibu bapa mereka.Hal ini perlu diperingatkan pada masa akan datang.

Pastinya suasana program Hari Anugerah Kecemerlangan UPSR itu lebih menyemarakkan dengan penyertaan mereka yang berkenaan.

Pada majlis tersebut juga SK Jengka 16 menerima sumbangan RM 1000 dari pihak Felda,lebih besar dari yang diterima pada tahun lepas.Berapa juga jumlahnya,pihak sekolah pasti akan tetap menghargainya.

Cuma selaku bekas pelajar dari sekolah yang telah mencipta namanya kebelakangan ini,saya mengulangi saranan yang pernah dicatat di blog ini,agar pihak Felda dapat menyalurkan satu peruntukan khas bagi menambahkan bahan bahan bacaan di perpustakaan sekolah yang agak uzur,sesuai dengan namanya Sekolah Perkasa Felda.

Kalau pada tahun lepas SK Jengka 10 telah menerima peruntukkan besar untuk pembinaan astaka sekolahnya yang barangkali mencecah 20-30 ribu,maka lebih layaklah SK Jengka 16 menerima habuan yang sama sesuai dengan kejayaan yang dicapainya.

Tuan Hj Shaari Din ,Pengurus Felda Wilayah Jengka yang berpendidikan tinggi pastinya begitu prihatin dan sangat bersetuju dengan cadangan ini.Kita akan sama sama tunggu tindakan lanjut beliau.

Apa pun terima kasih di atas keprihatinan penganjur menjayakan Hari anugerah tersebut khususnya buat Pengurus Felda Jengka 16,Encik Abdul Rahman yang pastinya banyak tenaga dan masa dihabiskan selaku tuan rumah program.

Kepada Cikgu Khatijah Tamby,tahniah di atas kenaikkan pangkat sebagai Guru Cemerlang,dan selamat datang kepada kepada Puan Ganiah ke SK J.16 selaku GPK(Ko Kurikulum)yang baru menggantikan Puan Khatijah Tamby.

Wednesday, December 24, 2008

Kelab Penyokong PAS Pahang Sokong Hudud

Pengerusi Kelab Penyokong PAS Kaum India Negeri Pahang,Balasubramaniam menyokong perlaksaan hudud di negara ini seperti yang disebut Naib Presiden PAS Dato Husam Musa di majlis debat bersama Naib Ketua Pemuda Umno,Kahiry jamludin baru baru ini.
Menurut Bala,hukuman hudud mampu mengurangkan kadar jenayah yang berlaku dalam negara ini .
tambahnya,orang takut pada pelaksanaan hudud ialah mereka yang melakukan kesalahan,mencuri berzina dan sebagainya.
"Kita tak buat salah kenapa nak takut!",ujar beliau.
Bala juga mersa hairan kerana ada kalangan pemimpin beragama Islam sendiri yang bimbang dengan perlaksanaan hukuman Hudud.
"Hudud adalah hukuman Islam, kenapa orang Islam sendiri tak percaya",soal beliau.
Akibat hudud tidak dilaksanakan ,menurut beliau terdapat ramai kalangan remaja Islam yang minum arak tanpa rasa takut.
"Saya pernah bertanya,seorang India yang menjual samsu di Jerantut,siapa yang beli samsu di kedainya?Peniaga itu jawab,orang melayu lah yang paling ramai membeli samsu",terang beliau kepada saya.
Katanya juga,kedai nombor ekor boleh bangkrap kalau orang melayu tidak membeli ekor.
Sementara itu Pesuruhjaya PAS,Dato Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya berkata,beliau hairan dengan sikap pemimpin negara yang seolah olah gembira dengan kegagalan kerajaan negeri di bawah PAS melaksanakan hukuman hudud.
Hukuman hudud bukan hukuman PAS,tetapi hukuman Allah yang wajib dilaksanakan pihak yang berkuasa.
Kerajaan negeri di bawah Umno juga wajib melaksanakan hudud,ujar beliau.

Wednesday, December 17, 2008

Kelakar Pemuda Umno Kuala Krau

Exco Biro Agama dan Dakwah Pemuda Umno Kuala Krau yang juga Ketua Pemuda Umno Bandar Jengka dilaporkan Sinar Harian semalam berkata,bahawa bironya sedang menyusun pelbagai rencana berbentuk keagamaan yang boleh menarik perhatian anak muda untuk bersama Pemuda Umno meneruskan agenda pemimpin terdahulu.

Saya yang masih pening pening lalat kerana banyak makan daging kat Kemboja bertambah pening dengan kenyataan pemuda Umno ini.Sesekali tu kelakar juga .Nampaknya pemuda Umno dah pandai guna agama untuk politik sedangkan dahulunya merekalah yang menuduh PAS memperalatkan agama.

Untuk hari ni dua soalan cepumas saya nak tanya:
1.Sejak bila pula Umno tahu politik tu tak boleh pisah dengan agama?
2.Pemuda Umno Kuala Krau nak pakai ayat Quran mana untuk jadi dalil supaya anak muda bersama Pemuda Umno?


Soalan dan ulasan lanjut,insyaAllah tunggu selepas ini.

IKLANEKA:Mantapkan kefahaman Islam anda dengan pengajian Intensif yang julung julung kali di kawasan Jengka.Untuk info lanjut klik sini sekarang

PAS Kemboja

Anak Kemboja yang ditemui di Pondok Ustaz Zainal Abidin Kampung Sum,Wilayah Kampot,Kemboja bergaya dengan t-shirt Cambodia Human Right Party dengan logo yang sama dengan PAS

Monday, December 15, 2008

Ali Rustam Bertaubat

Oleh kerana nak berkempen jawatan Timbalan Presiden Umno, Ali Rustam kenalah meronda ke seluruh Malaysia termasuk Kelantan. Maka larangan keatas pegawai dan kakitangan kerajaan Melaka untuk melawat Kelantan sejak tahun 2000 pun di tarik balik pada hari ini. Kalau tidak malulah dia kerana dia nak pergi berkempen ke Kelantan.

Tak adalah orang sebangang Ali Rustam ini yang melarang manusia melawat ke Kelantan kecualilah dia seorang dalam dunia ini. Alasan melarang orang ke Kelantan sengaja dibuat buat aja. Yang anehnya PM berkali-kali ke Kelantan samada Mahathir atau Pak Lah. Hanya Ali Rustam sahaja yang menganut fahaman primitif. Namun hari ini dia dah bertaubat dari kerja mengharamkan yang halal itu. Ha ha ha. Janganlah ada umat semacam ini lagi dalam dunia ini. Memalukan orang Melaka aja. Wooo.

Friday, December 12, 2008

IKLANEKA:Hidup Bersama Al Quran


Adakah anda seorang guru?Pelajar?Ibu bapa?
Miliki sekarang Quran Digital pelbagai fungsi.
Boleh membantu pelajar anda,anak anda dan pastinya diri anda sendiri.Hiduplah bersama Al Quran
Hubungi sekarang 0199855883
Complete Holy Qur'an Audio of 5 Recitors - *
Sudais- * Ali Al-Hudaifi- * Ghamidi- * Ayoub - * Mishary
- Qur'an Translation in 21 Languages

Albanian -Azerbaijani-Bosnian-Dutch-English-Finnish
-French-German-Indonesian-Italian-Latin-Malaysiann
-Persian-Polish-Purtuguese-Russian-Spanish-Swahili
-Translitration-Turkish-Urdu

- Recitation Album of 10 Famous Recitors (Last 20 surah)
- User Recitation Comparison with Qur'an Audio
-Tafserr Ibn-e-kather Complete (Arabic, English)
- Tafseer Al-Jalalain Complete (Arabic)
- Sahih Al-Bukhari Complete (Arabic, English)
- Sahih Muslim Complete (Arabic)
- Sunan Abu-Dawood Complete (Arabic)
- Sunan At-Tirmizi Complete (Arabic)
- Sunan An-Nasai Complete (Arabic)
- Sunan Ibn-e-Majah Complete (Arabic)
- Riaz-us-Saliheen (Arabic)
- Al-Ahadith Al-Qudsia (Arabic)
- Arbaeen Nawawia Complete (Arabic)
- Dua Khatam-el-Qur'an Audio
- Hisan-ul-Muslim Complete (Arabic, English)
- Names of Allah (Images & Audio)
- Ahkam Tajweed
- Adhan Collection of Famous Muazzen
- Prayer Time with Adhan Alarm
- Qibla Direction of World wide cities
- Voice Recorder
- Clock with alarm
- Hijrah and Gregorian Calender
Lagi info berkaitan klik sini
Lain lain iklaneka di sini
Untuk pertanyaan 0199855883

Thursday, December 11, 2008

Korban Perdana Pemuda Umno:Siapa yang Dikorbankan?

Dakapan terakhir menjelang ajal-KJ,mangsa korban perdana
Apa yang dilapah oleh calon Ketua Pemuda Umno ini?Lembu atau rakyat marahain?



Noh Gadut,bekas mufti paling kuat Umno tumpang sibuk bersama bekas Imam Masjid Negara yang terkenal dengan sepakan peti undi.

Sekali lagi pemuda Umno mengadakan Korban Perdana.Tahun lepas di Jengka,tahun ini di Felda Bukit Tiong,Sembrong,Johor.Khabarnya 200 ekor lembu tumbang.

Korban adalah satu ibadah bagi mereka yang mampu.Tahun lepas Felda menyumbangkan 100 ekor lebih lembu untuk dikorbankan hasil titik peluh peneroka.Ada cerita lembu lembu itu tidak berbayar untuk sekian lama.Ada tokey lembu yang merunggut,pihak broker pemuda Umno yang ditugas mencari lembu menawar harga begitu rendah .

Untuk seekor lembu mereka nak beli dengan harga 1500,tetapi tuntutannya mencecah RM 2500-3000 seekor.Berapa punya untung.

Jadi siapakah yang dikorbankan?Lembu atau tokey lembu?YB Wan Salman mungkin boleh jawab.
Iklaneka:Daftar segera sebagai peserta kursus Tasawwur Islam.Julung julung kalinya di Jengka.Info lanjut klik sini

Dua Persamaan ,Kemboja-Malaysia

Dalam perjalanan dari Kemport ke Kampung Sum van yang kami naiki ditahan polis.Driver kami di arah turun disoal siasat .Selesai disoal siasat beliau menyambung tugasnya sebagai pemandu kami.Masuk saja ke dalam van,beliau terus memaki polis berkenaan."Tak guna punya polis,nak minta rasuah tapi tanya macam macam",kata beliau.Kami bertanya"habis macamana?"Saya dah bagi beberapa dolar,selesai"jawabnya.
Terpikir saya ,macam kat Malaysia juga lah.Tak de lah apa peliknya kat sini,apa yang ada kat Malaysia,ada juga kat sini.Macam kisah kat airport hari tu juga lah.

Pagi tadi masa sarapan pagi di kedai seorang wanita Kemboja,tiba tiba Ustaz Fadli yang menemani saya terperanjat beruk apabila melihat seorang lelaki Kemboja yang keluar dari kedai dobi berhampiran tempat kami makan berpakaian pelik.Pakaian apa ya?Tengoklah gambar kat bawah ni.

Gurauan saya beberapa hari lepas betul rupanya.Dimana ada rasuah di situ ada....macamana Mamat ni boleh dapat baju logo dacing?

(Gambar dari blog Ust fadli)

Antara Pol Pot Kemboja dan Pol Pot Amerika

Di hadapan muzium mangsa perang Pol Pot
Tengkorak yag ditemui dari kubur kubur besar hasil pembunuhan tentera Pol Pot
Sebuah kubur yang memuatkan seratus mayat
Di samping tengkorak manusia
Wakil Yayasan Amal Malaysia(Pahang) Sham dan Ust aris di dalam Muzium Perang Gambar penyeksaan di zaman Pol Pot

Sekolah yang dijadikan penjara dan tempat penyeksaan rakyat Kemboja sebelum dibunuh


Hari ini kami sempat dibawa melewat dua buah muzium yang menjadi saksi kekejaman regim Pol Pot di Kemboja.Ribuan tengkorak manusia yang ditemui dikubur kubur besar dikumpulkan di sini.Rakyat Kemboja baik Muslim maupun Budha masih belum lupa kekejaman regim Khmer Rhouge itu.

Terdapat pelancong dari barat yang sama melawat muzium tersebut menangis kesedihan melihat tengkorak tengkorak manusia.Ya,pol Pot memang kejam,tetapi dia sudah tiada di dunia ini,tak perlu lagi ditangisi.Pol Pot tak kan mengganas lagi,dan yang mati tak kan bangkit kembali.

Tetapi ada Pol Pot yang masih hidup,dan ada nyawa yang perlu segera diselamatkan.Pol Pot yang masih hidup bernama Bush dan sekutu sekutunya.Pol Pot tidak mendapat sokongan dunia kecuali sekerat dua pemimpin.Tetapi Pol Pot Amerika yang masih hidup telah mendapat sokongan dunia,membunuh jutaan umat Islam di Iraq ,Afghanistan,Libya,Sudan,Somalia.

Pol Pot Amerika ini juga menjadi mastermind ke atas pembunuhan umat Islam di Palestin,Patani,Mindanao,Acheh dan pelusuk bumi umat Islam yang masih belum ditamatkan.Lantaran itu dunia tak perlu bazirkan air mata mengenang kekejaman Pol Pot di Kemboja,tetapi tangisilah sama kekejaman Bush serta sekutunya di bumi umat Islam yang masih belum dihentikan.

Tuesday, December 9, 2008

Lensa Kemboja

Rombongan Pondok An Nur,Surau Mustaqim dan KAFA Nadi Kota bersama masyarakat Islam Kemboja Anak anak Kemboja keriangan mendapat duit raya
Ustaz Aris Hazlan berlatarbelakang pondok pelajar Islam di Kampung Sum,Kamport yang serba dhaif

Semuanya ceria
Wakil Pusat Pendidikan Islam As Syafie sedang menyembelih korban

Rombongan dari Pondok An Nur bersama wakil dari Pusat Pendidikan Islam AsSyafie(KAFA Nadi Kota) serta wakil dari Surau Al Mustaqim Selayang telah menyempurnakan pentembelihan 37 ekor lembu korban hasil sumabangan peserta korban dari Malaysia di Wiloayah Kempot,Kemboja pada hari raya korban pertama dan kedua.

Kami juga turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak anak Kemboja,guru guru agama serta anak yatim.Disamping itu rombongan yang diketuai Ustaz Mokhtar Senik bersama Ustaz Aris hazlan turut menyumbang derma kepada beberapa buah sekolah agama di daerah ini.
Esok peserta kami akan di bawa melawat Muzium Perang untuk melihat lebih dekat kesan kekejama Pol Pot ke atas penduduk negara ini.Kami juga akan menziarahi Kampung Cham salah satu wilayah umat Islam di negeri ini.
Untuk liputan lanjut sila ke sini,sini dan sini
Turut sama dalam rombongan ini ialah wakil Yayasan Amal Malaysia (Pahang) sdr Sham dan Ust aris faizul

Saturday, December 6, 2008

Dari KL ke Phnom Penh

Jam di Phnom Penh pukul 10.10 malam.Di Jengka pukul 11.10 malam,berbeza sejam.Pukul 8.30 waktu Kemboja tadi kami selamat sampai ke negara yang terkenal dengan kekejaman Pol Pot.Ini adalah kunjungan saya yang ke dua ke negara yang ribuan rakyatnya pernah menjadi pelarian di Malaysia dan negara sekitarnya.

Penerbangan kami ke sini tergendala hampir tiga jam.Jadual berlepas sepatutnya pada jam 3 petang tetapi ditunda hingga jam 5.15.Bagaimanapun flight Air Asia yang kami naiki hanya berlepas jam 5.50 petang.

Suasana di Terminal LCC tak berbeza dengan tahun lepas.Sesak,berselerak dan kelam kabut.Ketika melalui pintu pemeriksaan pihak keselamatan,beg bimbit saya diselongkar beberapa kali pihak polis kerana dikatakan ada gunting.Puas saya dan pegawai bertugas mencari gunting dalam beg saya,tapi tak ketemui.
Gunting tak jumpa,tiba tiba bateri kamera jadi sasaran. Saya kebetulan membawa bateri kamera sebanyak lapan biji kerana persedian menghadapi kesukaran untuk mengecas bateri di Kemboja.Pegawai berkenaan mengambil bateri tersebut dan membenarkan hanya dua biji untuk saya bawa.Saya pun jadi bengong,peraturan mana pulak ni.Tahun lepas ,air mineral yang saya baru beli dirampas kerana tak di benar untuk bawa naik ke kapal terbang,tahun ni bateri pula.

Selepas selesai melalui pemeriksaan keselamatan itu,saya terus masuk ke dewan menunggu untuk perlepasan.Anihnya di kawasan tersebut terdapat kedai yang menjual bateri,air mineral dan sebagainya lagi.Kalau saya mahu saya boleh beli seberapa banyak bateri dan air mineral ,kerana selepas itu tidak ada lagi pemeriksaan,hanya menunggu pintu dewan dibuka untuk menaiki flight.Jadi apa praktikalnya peraturan yang hanya membenarkan dua biji bateri dibawa.Sudah tentu ianya jadi bahan jenaka sahaja.

Di Airport Phnom Penh tak macam tahun lepas pula.Tahun lepas kami boleh keluar dengan cepat. Tapi beberapa masalah berlaku tadi,beg saya dan rakan rakan lain diselongkar pihak kastam bertugas.Lebih menyedihkan sebanyak 40- naskah Quran yang kami bwa untuk disedekahkan kepada sekolah agama di sini,telah ditahan pihak berkuasa.
Menurut pemandu kami,pihak berkenaan mungkin nak sedikit suapan untuk tambah gaji mereka.Menurutnya juga polis polis Kemboja ni mempunyai hubungan dengan pengganas Khmer Rouge.Duit rasuah yang mereka dapat disalurkan untuk membantu Khmer Rhouge.

Bila ingat hal rasuah,teringat kat Umno.Kebetulan tadi kami sempat makan di Restoren Mariam yang diusahakan rakyat Malaysia,terpampang gambar Pak Lah kat dinding restorennya.

Ok malam ni kami tidur di sebuah hotel kat Phnom Penh ni,esok baru bertolak ke Kempung Cham,wilayah umat Islam yang akan kami sumbangkan lembu korban.Berenti dulu kat sini,ramai lagi blogger lain yang ikut sama nak update blog masing-masing.

Tukulbesi Akan Berlintas langsung Dari Kemboja

3 Ptg nanti saya akan bertolak ke Pnom Penh,Cambodia bersama rombongan Ustaz Mokhtar Senik dari Pondok An Nur,Ustaz Aris Hazlan dan sahabat sahabat lain untuk Misi Korban di negara yang pernah dizalimi oleh regim Pol Pot.Saya akan beraya di sana dan akan pulang InsyaAllah pada Khamis depan.

Seandainya sempat singgah di CC kat Kemboja,Tukulbesi akan berlintas langsung dari sana.
Di bawah ini gambar gambar kenangan pada tahun lepas ketika pertma kali ke Kemboja.

Ni bukan tentera Amerika di Iraq
Pemandangan biasa,rumah umat Islam Kemboja

Friday, December 5, 2008

Peluang Remaja/Belia Dalami Agama Di Jengka

Peluang terbaik untuk kalangan remaja/belia yang bukan dari aliran sekolah agama untuk mendalami pengetahuan Islam di sekitar Jengka.

Pusat Pendidikan Islam As Syafie yang mengendalikan Kelas KAFA dan Al Quran kaedah Qiraati serta Kuliah Kuliah Fardhu Ain untuk dewasa meneroka ruang baru bagi memberi peluang kepada para pelajar melengkapkan pengetahuan agama mereka sebelum melangkah ke menara gading ataupun terjun dalam kerjaya masing masing.

Selain menekankan kepada Asas Fardhu Ain,para pelajar akan menceduk khazanah ilmu dari kitab kitab karangan Ulama ternama.Antaranya Kitab Maza Ya' Ni(Apa Erti Saya Menganut Islam) oleh Ustaz Fathi Yakan tokoh gerakan Islam Lubnan,Fiqh Sirah oleh Dr Ramadhan al Buti,Hadis ArBain Imam Nawawi,Tafsir Al Quran oleh Ahmad Sonhadji,Manhaj Usrah oleh Ustaz Idris Hj Ahmad dan lain lain lagi.

Kelas selama tiga bulan akan bermula pada 5 Januari 2009 bertempat di Dewan KAFA Nadi Kota,Bandar Jengka.Kelas akan diadakan setiap Isnin hingga Khamis dari jam 8.30 hingga 12 tengahari.

Untuk pendaftaran dan pertanyaan sila hubungi 0199855883
Info lanjut klik sini
Lain lain iklan di sini

Jamuan Petugas dan Forum

Jamuan Petugas Ijtimak PAS K.Krau
Jam:12 Tengahari-1.15
11 Dis(Khamis)
Markaz Darul Hikmah Kerdau
Semua Anggota Unit Amal K.Krau Dijemput Hadir
9.00 mlm
Forum Perdana Korban
Dato Tuan Ibrahim Tuan Man
Ust Ghani Abd Rahman
Ust Kamal Shaari

Remaja Hilang


Suhaimi bin Abdul Wahab seorang remaja down sindrom telah keluar dari rumah keluarganya di Jerantut semenjak 20 November lalu,memakai kasut putih ,tidak pulang sehingga hari ini.Dikesan berada di sekitar Jengka dan pernah ditemui orang ramai di Perhentian Bas Bandar Jengka.Sesiapa yang berjumpa sila hubungi abangnya ,Bakri 0199081976 atau Sapura 0199851985 atau hantar ke alamat Kuarters MARA,Jln Pejabat Kerajaan (berhampiran Mahkmah)Jerantut,atau hubungi balai polis berdekatan.

Tuesday, December 2, 2008

Gambar Sekitar Malam Kebudayaan Rakyat Malaysia

Pertemuan dua tokoh agama,Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Penasihat Persatuan Hindu Sangam Siva Sri Ramachandran Siva Chariyar.

Tanda hormat,pemimpin kaum India menyarungkan selendang kepada Tuan Guru Pertunjukan rebana kaum India
Persembahan Tarian Singa oleh masyarakat Cina
Azhan Atan,Juara Akademik Nasyid turut memeriahkan suasana
(Terima kasih kepada Ustaz Fadhli Ibrahim yang menyumbangkan gambar gambar di atas)

Kisah Pemuda Cina di Melewar,Lelaki India di Temin

Sepuluh tahun lalu,apabila Dato Seri Anwar Ibrahim dihumbankan ke Sungai Buluh,telah muncul ramai tokoh yang bangkit memperjuangkan keadilan dengan penuh keberanian.Saban malam Markaz Tarbiyah PAS Taman Melewar menjadi pentas untuk tokoh tokoh yang baru muncul ini meluahkan perasaan dan kecaman mereka kepada regim Dr Mahathir ketika itu.

Saya ketika itu walaupun telah terlibat dengan pemuda di peringkat negeri,tetapi masih bergelar mahasiswa tidak lepaskan peluang untuk berada di baris hadapan sebagai pendengar setia pidato pidato lantang dari penceramah undangan yang akan mengumandangkan laungan takbir diselang seli dengan laungan'REE FOR MA SI!' .

Salah seorang pemidato yang baru muncul ketika itu ialah seorang anak muda berbangsa Cina yang hanya bertshirt tanpa kolar,menggalas beg di belakangnya,lagak seorang pelajar sekolah.Badannya tinggi lampai,tetapi cukup kurus.Dia adalah aktivis SUARAM.

Pemuda Cina ini akan mengejutkan lamunan penonton yang menunggu ucapan beliau dengan memulakan ceramahnya dengan 'assalamualaikum warahmatulla hi wabarakatuh'.Penonton yang menyedari ,biasanya ketawa kecil menjadikan ucapan salam lelaki kurus itu sebagai melucukan.
Anak muda Cina itu tak pedulikan ketawa penonton,baginya dia juga berhak mengucap salam kepada seluruh rakyat Malaysia.Ucapan salam itu rasanya ucapan paling sempurna dan lengkap untuk diucapkan sehinggalah bertahun tahun begitulah permulaan ucapannya.
Saya terfikir barangkali berkat mendampingi aktivis PAS dan umat Islam yang lain,maka amalan Islam itu menjadi sinonim dengan dirinya.Tidak terasa kekok.Alangkah beruntungnya kalau anak muda itu dapat mendalami Islam dengan lebih mendalam.
Selepas sepuluh tahun,anak muda itu kini bergelar Yang Berhormat.YB Tian Chua yang pernah duduk dihadapan water canon,disimpan di Kem Kemunting,kini berada di Parlimen,berdiri di hadapan pemimpin yang pernah memenjarakannya dahulu.Itulah pemuda Cina yang kurus yang sering menggamatkan Dewan Markaz Tarbiyyah PAS taman Melewar dengan ucapan salam diikuti dengan peluru pelurunya di hala tepat ke batang hidung Dr Mahathir ketika itu.

Kenangan di Taman Melewar sepuluh tahun dulu tiba tiba muncul kembali saat saya berada di saf hadapan sebagai petugas Unit Amal di Kompleks Imam Syafie(KIAS) Temin,Jerantut malam Ahad lalu.

Seorang lelaki India separuh abad yang duduk di atas pentas sempena Malam Kebudayaan Rakyat Malaysia dan Pelancaran Jom Sokong PAS Peringkat Pusat,telah berjaya memikat hati pendengar apabila memulakan ucapannya dengan Bismillahir rahmanir rahim,Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh,Alhamdulillahi rabbil alamin,wassolatu wassalamu ala asyrafil anbiyai wal mursalin.....sehinggalah amma ba'du.

Kali ini saya sedikitpun tidak ketawa,tetapi terpegun dengan kefasihan beliau membaca muqaddimah ucapannya itu dengan menyebut nama Allah,ucapan salam dan salawat ke atas junjungan Nabi Sallallahu alaihi wassalam.Alangkah indahnya bila bersahabat dengan ulama.
Ketika semua hadirin terpegun dengan muqaddimah ucapannya,lelaki India itu terus berceramah,"Islam yang diperjuangkan PAS adalah rahmatan lil alamin,masyarakat India adalah sebahagian daripada alam yang layak mendapat rahmat dengan Islam yang diperjuangkan PAS.Selama ini orang India tidak dibela oleh MIC".
Kami berharap PAS dapat membela kami,kalau Tok Guru tak boleh jaga kami,Tuhan Allah akan marah pada Tok Guru".
Tok Guru tersenyum.Semua orang tersenyum.Lelaki India beragama Hindu yang kuat pegangan agamanya itu lebih percaya kepada Tok Guru berbanding Samy Vellu untuk membela nasib mereka.
Itulah Balasubramanaiam,pemimpin Kelab Penyokong PAS kaum India di negeri ini.Belum lagi dia masuk usrah,tetapi sudah yakin dengan ulama'.Saya mendapat maklumat dari Dato Tuan,Bala seringkali bertanya beliau tentang ajaran Islam,bila beliau dapat sedikit ilmu mengenai Islam,Bala akan bagitau rakan rakannya yang lain.

Paling mengejutkan,untuk hari raya korban ni ,Bala dah bagi seekor kerbau untuk dikorbankan!!
Saya tak tau macamana nak tamatkan tulisan ini,cuma satu kesimpulan yang saya nampak,anggapan setengah pihak supaya kita tak bercakap tentang Islam dihadapan pengundi bukan Islam ternyata jauh tersasar.Apa yang jelas apabila mereka dapat memahami Islam yang kita perjuangkan,mereka sanggup untuk bersama dengan PAS ,dan kadangkalanya mereka lebih terkedepan daripada ahli PAS sendiri.

Monday, December 1, 2008

Sejarah Tercipta di Temin,Jerantut

Semalam Sabtu malam Ahad,ribuan rakyat Pahang berkumpul di Kompleks Imam Syafie(KIAS) ,satu satunya dewan besar milik PAS di Temin Jerantut dalam satu program besar yang mencipta sejarah bagi PAS Pahang khususnya.

Ketika sampai ke pusat pentadbiran PAS Jerantut itu ketika jam 8.30 malam,palunan kompang,persembahan tarian Singa dan pukulan gendang dan rebana kaum India di luar dewan menjadikan hati saya begitu teruja dengan suasana meriah yang jarang ditemui di program anjuran PAS.

Hadirin yang hadir malam tadi bukan lagi orang melayu beragama Islam,tetapi kaum Cina,masyarakat India yang semuanya kelihatan tidak merasa asing berada di majlis anjuran PAS yang dihadiri Mursyidul Am PAS.
Program terus berjalan dengan meriah dan penuh harmoni.Sepanjang perjalanan program saya tak henti henti menghantar sms kepada adik saya di Syria mengkhabarkan berita gembira dari tanahair tentang perkembangan terkini dari Temin ,Jerantut.

Tak sabar rasanya saya nak menulis di blog tukulbesi supaya seluruh dunia tahu,detik sejarah yang berlaku di KIAS,Temin itu adalah gambaran jelas bahawa masa hadapan PAS adalah begitu cerah sekali ditanahair ini.
Pulang ke rumah,jam menghampiri 1.00 pagi,saya terpaksa beristirehat.Pagi tadi terpaksa pula ke ladang ayah membantunya mengangkut buah sawit.Ibu saya yang sering membantunya di ladang terbaring keuzuran,menambah senarai panjang mangsa penyakit aneh ,Chikungungya..tak pasti betul ke tak ejaannya..tapi yang pasti bukan Altantuya.
Tengaharinya saya hadir dua kenduri kahwin ,peneroka dan pegawai Felda di Jengka 16.Baru saja nak pulang ke rumah untuk berehat dan menulis,tiba tiba dapat pula berita bapak sedara saya di Jengka 18 meninggal dunia,terpaksa bergegas ke sana dari jam 2.30 petang hingga lah jam 12 malam tadi baru sampai ke rumah.

Bila buka internet sebentar tadi,nampaknya kawan kawan yang ramai ambil gambar malam tadi semuanya simpan gambar dalam kamera.Tak siar pun kat blog,tak tulis pun cerita,kecuali Sidang Online saja yang siar ceritanya.
Oleh itu tuan tuan bacalah dulu Sidang Online kat sini sebelum tulisan selanjut dari saya.Ustaz Fadli ,Ustaz Fadzil,Ust Yus dan sape sape lagi yang ambil gambar semalam tolong email kat gen2jengka@yahoo.com untuk dikongsi bersama.Kamera saya dalam keuzuran.