Bernama melaporkan,Shahidan Kasim begitu marah sekali dengan dengan Dato Zaid Ibrahim lantaran ucapannya yang menyifatkan konsep ketuanan Melayu adalah satu kegagalan yang membawa keburukan kepada kaum itu malah konsep itu juga menyebabkan berlaku pembaziran sumber, tenaga dan masa yang penting dalam menangani isu sebenar negara.
Shahidan dipetik berkata,Zaid perlu bertaubat, jika tidak, Zaid perlu keluar dari rumpun bangsa Melayu.
Begitulah tegasnya dan sensitifnya Pengerusi Perhubungan Umno Perlis dalam membela melayu.Pada zahirnya pegangan melayunya cukup kuat sehinggakan Zaid yang menyentuh melayu itu dianggap melakukan dosa yang amat besar bagi Shahidan sehingga perlu bertaubat atau keluar saja daripada melayu.
Alangkah baiknya kalau ketegasan itu ada sewaktu Zaid menjadi Ketua Umno Bahagian Kota Bharu,Kelantan yang menjadi anak melayu pertama menyaman hukum hudud di atas muka bumi ini.
Tetapi dek kerana Zaid itu pemimpin Umno,shahidan pun pemimpin Umno,dan hudud itu PAS yang perkenalkan maka Shahidan sikit pun tak terasa dengan tindakan Zaid menyaman hukum hudud di negeri Serambi Mekah.Shahidan mungkin menganggap melawan hudud itu sama dengan melawan PAS,musuh Umno,musuh Shahidan dan Zaid.Shahidan pejam mata aje lah walaupun hukum hudud itu hukum Allah ,hukum Al Quran.
Ketika Zaid bersama teman teman peguamnya berusaha menubuhkan IFC yang cuba mencabar umat Islam dan membela orang orang murtad atas nama hak asasi,tak terdengar juga suara Shahidan marahkan Zaid.
Tapi tak de apa yang pelik bagi Umno.Orang Perlispun masih ingat ketika negeri itu di bawah Shahidan,Perlis Indera Kayangan itu pernah menjadi tuan rumah Persidangan Penganut Bahai ,kumpulan sesat cabang daripada Freemason yang diasaskan Yahudi di Iran.Perasminya ialah manusia yang hari ini suruh Zaid bertaubat atau keluar saja dari Melayu.
Begitulah Shahidan,tebal sungguh kemelayuannya.Bangsanya itu lebih hebat dari agamanya!
1 comment:
bukan dari golongan umat muhammad orang yang mengamalkan assabiyyah..
semangat kebangsaan terlalu melampau sehingga melebihi semangat cintakan islam..
salah satu faktor kejatuhan kerajaan turki uthmaniyyah..
bg ana sepatutnya shahidan kassim dan zaid bertaubat takut diaorgdah terkeluar dr islam..
Post a Comment