Tuesday, February 3, 2009

2 Ekor Beruk Jatuh Pokok Petai,Apa Cerite Yob Oi!

Panas!Panas!..Samad Said dah naik pentas PAS.ADUN BN Bota masuk PKR.Lagi panas ,kisah dua ekor beruk jatuh pokok petai!Seekor di Changkat Jering,seekor lagi di Behrang.
Dua EXCO Perak tak sempat lompat dah tersungkur.Speaker istihar kerusi kosong,SPR istihar tak payah pilihanraya,apa ni?

Pengumuman Pengerusi SPR tadi telah selamatkan air muka Najib.Kalau berlaku pilihanraya banyaklah pampers yang terpaksa dibekalkan untuk si Najib yang dah dua kali terkencing di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.Najib belum bangun dari sujud syukur sejak tengahari tadi!
Bagaimana pula dengan nasib si Jamal dan Othman?Walaupun SPR istihar mereka masih wakil rakyat yang sah,tapi pengundi dah tak percaya kepada kedua duanya.Alasan bodoh macam budak tadika yang mereka beri dalam kenyataan media menambah burukkan lagi tanggapan penyokong kepada mereka.
Teman teman di Perak dah mula bongkar perangai mereka yang banyak buat masalah di Perak sejak di awal pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat lagi.Dua orang ni pernah dipanggil Sultan kerana buat onar semasa nak bentuk kerajaan negeri Mac lalu.
Dari segi maruahnya mereka dah jelas tak de maruah.Jawatan Exco yang mereka pegang pastinya akan digugurkan.Mereka akan jadi dua ekor kera duku di DUN Perak,tak berparti dan tak berprinsip.Kalau mereka berdegil nak pertahankan jawatan wakil rakyat mereka,rakyat dan seluruh makhluk di langit dan bumi akan melaknat mereka.
Kita tunggu lah apa cerita sehari dua lagi.Pembaca yang nak kenal dua ekor beruk ni boleh baca tulisan Al Hussein di sini dan di sini

No comments: