Saturday, February 21, 2009

Saifudin Nasution Akui Tak Kenal Permit Ceramah Ketika Dalam Umno

Menjelang pertabalan suami Rosmah sebagai Perdana Menteri sebulan dua lagi,Najib yang dikaitkan dengan kes rompakan terbesar ke atas kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Perak dan dikaitkan dengan beberapa siri penculikan manusia di negara ini semakin mempamerkan taring dan belangnya bagi berhadapan dengan seteru politiknya.

Selepas berjaya merompak kerajaan pilihan rakyat di negeri Perak,sepertimana mentornya yang terdahulu,Najib kini menggunakan polis untuk menghadapi kebangkitan rakyat.Pasukan FRU yang mungkin lama berehat mulai sibuk kembali dengan tugas menghadapi penyokong Pakatan Rakyat di program program ceramah.

Sekatan ceramah telah mula dilaksanakan di Perak ,Pulau Pinang,Kedah.rampasan terhadap harakah dan Suara Keadilan juga berlaku di seluruh negara.Ada laporan yang mengatakan pihak polis melarang isu Perak disentuh dalam ceramah.Soal permit ceramah dah mula di mainkan kembali.

Ketika kes kes saman ke atas polis kerana salah guna kuasa menghalang ceramah belum lagi selesai di mahkamah,akan ada pula kes kes baru yang bakal muncul sehari dua ini.Apa yang anehnya dalam pengalaman pengalaman lalu,permit ceramah seolah olah hanya diwujudkan untuk parti pembangkang sahaja.

Saifudin Nasation yang pernah menjadi pemimpin utama pemuda Umno mengakui tak pernah kenal permit ceramah ketika berada dalam Umno,tetapi sesudah bersama pembangkang baru lah dia tahu adanya permit ceramah.

Kadangkala kita cuba untuk berbaik sangka dengan pihak polis dengan menjalinkan hubungan melalui pertemuan ,dailog dan lainnya.Tetapi setiap kali itu juga kita akan kecewa dengan sikap polis apabila mereka terang terangan tunduk kepada kehendak Umno bukan kehendak undang undang.

Setiap kali pertemuan baik secara rasmi atau tidak rasmi,mereka tetap mempertahankan profesionalisme polis,tetapi bila sampai peringkat pelaksanaannya,cukup mengecewakan.Apabila kita tak ambil permit,mereka halang dan janji akan benarkan ceramah jika ambil permit.Bila dah pergi ambil permit,mereka tak keluarpun permit tanpa apa apa alasan.

Tapi yang lucunya ,polis yang kata bertindak profesional,tidak berpihak,tetapi bila permit tak dikeluarkan boleh pulak mereka bagi alasan,"kalau kami keluar permit susah lah,kami di cap sebagai pembangkang pula".

No comments: