Monday, February 9, 2009

AlFatihah YB Roslan Kembali Kerahmatullah

Alfatihah untuk YB Roslan Shahrom yang kembali kerahmatullah pagi tadi kerana serangan jantung.Rakan saya Khalil dari Kota Tampan Perak memaklumkan beliau yang ketika itu sedang menunggang basikal terjatuh dari basikalnya akibat serangan jantung.

Allahyarham Roslan bekas Setiausaha Persatuan Ulama Malaysia cawangan Perak memenangi kerusi Bukit Gaantang mewakili PAS dengan majoriti 1566 undi pada PRU lalu.Parlimen Bukit Gantang mempunyai 63% pengundi melayu,27% Cina,9% India.

Kuasa Allah tiada siapa yang mampu menyanggah.Walaupun SPR dan Umno bersungguh benar tidak mahu mengadakan PRK Changkat Jering dan Behrang,hari ini mereka tak mampu nak mengelak lagi.

Dengan pecahan pengundi seperti yang disebutkan peluang untuk PAS mendapat kelebihan undi adalah lebih cerah.Pastinya Najib akan kecundang untuk kali ke tiga berturut turut.Demikianlah Maha Besarnya Allah merancang segalanya.

No comments: