Buka yang tertutup,cerahkan yang gelap,pamer yang tersembunyi,cungkil yang terbenam,hanya kerana Allah.
Thursday, May 29, 2008
PULANGNYA EZAM KE PANGKUAN UMNO:TAZKIRAH BUAT PEJUANG
Tuesday, May 6, 2008
BN:Beras Naik!
Wednesday, March 19, 2008
TAHNIAH PENEROKA KEMAHANG 3
KOTA BHARU 18 Mac - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Felda bagi menangguhkan pelaksanaan penghakiman mahkamah berkenaan yang mengarahkannya membayar ganti rugi RM7.8 juta kepada 354 peneroka Felda Kemahang 3, Tanah Merah kerana menipu urus niaga penjualan hasil kelapa sawit.
Hakim Datuk Mohd. Azman Husin membuat keputusan itu di kamar beliau hari ini.
Peguam Wan Rohimi Wan Daud yang mewakili peneroka terbabit sebagai plaintif ketika ditemui selepas prosiding itu di luar mahkamah memberitahu bahawa mahkamah menolak permohonan Felda itu tanpa sebarang kos.
“Ini bermakna Felda tetap kena bayar ganti rugi yang ditetapkan sebelum ini oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 13 Januari lalu sebanyak RM7.8 juta berserta faedah lapan peratus iaitu sebanyak RM1,711 sehari.
‘‘Ia bermula pada 24 September 2002 sehingga hari ini yang kesemuanya sudah berjumlah hampir RM12 juta,” katanya kepada pemberita di perkarangan mahkamah di sini.
Bagaimanapun, tambah Wan Rohimi, mahkamah telah menggunakan budi bicara dengan mengeluarkan perintah lanjutan kepada Felda untuk mendepositkan wang tersebut ke dalam akaun bersama antara pihak peguam peneroka dan peguam Felda.
Beliau berkata, bayaran ganti rugi bersama dengan faedah itu akan kekal dalam akaun bersama tersebut sehingga rayuan kes itu oleh Felda selesai di Mahkamah Rayuan, Putrajaya kelak.
Pada prosiding itu di kamar hakim, Felda yang dinamakan sebagai defendan dalam kes itu diwakili dua peguam, Teo Poh Oom dan Tengku Alina Alias.
Tuntutan saman itu difailkan oleh kesemua peneroka tersebut pada 22 September 2002 dengan menamakan Felda sebagai defendan pertama, Pengurus Rancangan Felda Kemahang 3, Tanah Merah, Ibrahim Ismail (defendan kedua) dan Felda Palm Industries Sdn. Bhd. (defendan ketiga).
Mereka antara lain mendakwa berlaku penipuan dalam urusan jual beli hasil atau buah sawit yang dijual oleh defendan kedua atau defendan pertama kepada defendan ketiga bagi pihak plaintif.
Keadaan itu disedari apabila seorang daripada plaintif telah menemui salinan asal 'Akuan Penerimaan BTS (berat timbang sawit) yang dikeluarkan oleh defendan ketiga yang mengandungi cop penjual mengakui hantaran mutu BTS di bawah KPG (Kadar Perahan Gred) 18 peratus.
Mengikut salinan asal surat akuan itu, 'penjualan BTS itu di atas dasar kehendak penjual dan penjual bersetuju KPG yang dibayar'.
Sunday, March 16, 2008
Pengurus FELDA Tidak Bertamadun
Friday, March 14, 2008
Generasi Ke2 Felda Jengka Tolak Wan Salman

Tuesday, January 22, 2008
Bertukar2 Pasangan:Ajaran Baru Islam Hadhari
Pemimpin Islam Hadhari terus memperkenalkan budaya songsang ditengah khalayak ramai,mungkin untuk dijadikan contoh teladan rakyat jelata bagi mewujudkan rasa setiakawan.Bertukar tukar isteri seolah-olah satu amalan yang baik untuk dpertontonkan kepada jutaan rakyat Malaysia yang mengikuti siaran Konsert Setiakawan MALINDO anjuran RTM sempena kunjungan Presiden Susilo Bambang ke negara ini 11 Januari lalu.
Tanpa rasa bersalah,isteri Imam Hadhari menemani Susilo,dan isteri Susilo pula berada di sebelah Pak Lah.
Cuti Thaipusam untuk Wilayah Persekutuan:Hadiah berharga untuk HINDRAF


Selepas beberapa minggu dipenjara,dibelasah oleh polis dalam tahanan,hari ini Suwandi dan Azman dibebaskan dengan ikat jamin RM 3000 setiap seorang.Sebelum ini 30 orang yang dikaitkan dengan keganasan dalam himpunan HINDRAF dibebaskan hanya dengan ikat jamin RM 500.Jelas tergambar sikap double standart pemimpin negara .
Walaupun menuduh HINDRAF sebagai terlibat dengan pengganas antarabangsa tetapi hakikatnya BN lebih berlembut dan menerima desakan –desakan dari HINDRAF. Pemimpin mereka yang kononnya di ISAkan tidak pula melalui soal siasat 60 hari di Bukit Aman yang penuh penyiksaan.
Sunday, January 20, 2008
Menjelang PRU 12:Mari Tengok janji Pak Lah.

Sepertimana biasa Barisan Nasional yang diterajui Umno akan mengorek segala khazanah negara untuk dijadikan umpan bagi memancing rakyat menjelang hari pembuangan undi.Rakyat yang cerdik hanya memakan umpan tanpa menelan mata kailnya.Namun jumlahnya tidak ramai.

Lantaran itu rakyat mesti dibekalkan maklumat yang lengkap untuk dijadikan kayu ukur terhadap kepimpinan yang ada.Tulisan ini menggariskan beberapa fakta penilaian terhadap kepimpinan PM Dolah dan BN untuk tatapan pembaca.
1.Janji PM Dolah-”Aku Tidak cari Wang Berjuta Untuk Hidup Kaya”.
PM Abdullah Badawi di awal-awal perlantikkan beliau sebagai Perdana Menteri menggantikan Tun Dr Mahathir telah mendeklamasikan rangkap puisi di atas sebagai tekad dan niatnya menjadi pemimpin bukan untuk mencari harta kekayaan@kemewahan tetapi untuk berbakti kepada rakyat.
Yang Dibuat:Seawal setahun menjadi PM,anak menantunya menjadi kaya raya.Kamaludin anak lelaki beliau mampu membeli 155 buah kapal dari Singapura dengan harga 500 juta Singapura.Menantunya Khairi yang masih hingusan dalam perniagaan menjadi jutawan segera dengan kemampuannya membeli 13 juta saham ECM Libra dengan harga RM 9juta.Abdullah juga kemudiannya mampu memiliki kediaman mewah di Australia dan sebahagian masanya dihabiskan untuk bercuti ke negara tersebut termasuk ketika rakyat Johor dilanda banjir.
2.Janji PM Dolah:Perangi rasuah hingga ke akar umbi.Dan akan turunkan kadar rasuah dari nombor 37 ke nombor 30 pada tahun 2008.Pengerusi PERWAJA,Eric Chia ,bekas menteri Kasitah Gadam didakwa rasuah dimahkamah sebelum pilihanraya.Rakyat tergoda dengan tindakan berani PM Dolah.
Yang dibuat:Rombakan kabinet selepas PRU 11,Menteri rasuah terus dikekalkan.Rapidah Aziz yang telah disiapkan kertas pendakwaan rasuah oleh Peguam Negara terus dikekalkan sebagai menteri berjawatan penting dalam kabinet Pak Lah.Indeks rasuah terus meningkat dari tempat ke 37(2003) naik ke tempat 44(2006).Eric Chia bebas dari tuduhan rasuah.18 kes rasuah berprofil tinggi yang diumumkan sebelumnya tidak didakwa hingga ke hari ini.
3.Janji PM Dolah:”Ku Cari Mana Dia Al Ghazali,mana Dia as Syafie”.
PM Abdullah mahu menjadikan ulama sebagai teman ikutan,mahu menjadi seperti seorang sufi.
Yang Dibuat:Tengku Adnan Tengku Mansor yang mempunyai syer judi di Bukit Tinggi diambil oleh Abdullah menjadi menteri.PM menjadikan Patrick Lim sahabat baik dengan mendapat berbagai projek pembangunan di dalam negara ini.
4. Janji PM Dolah:Saya sedia menerima teguran.Telinga saya besar!
Yang Dibuat:Dr Mahathir disamakan Pak Lah dengan iblis kerana mengkritik beliau.PAS dan lain-lain pihak yang memohon untuk mengadakan perbincangan dengan Abdullah tidak dilayan hingga ke hari ini.
5. Janji PM Dolah:Rukun Islam Hadhari:Melahirkan masyarakat bertaqwa
Yang Dibuat Inul Dangdut yang diharamkan ulama Indonesia membuat persembahan tarian goyang gerudi,dibenarkan oleh kerajaan Abdullah membuat persembahan di negara ini yang diistiharkan sebagai negara Islam.Golongan artis bebas membuat persembahan tetapi penceramah agama seperti Aqil Hay ditangkap polis selepas berceramah.Dr Harun Din dilarang menyampaikan ilmunya di Selangor. Siapa Bakal Menentang Dato Tuan Ibrahim di DUN Jengka.
Rakyat Pahang bayar RM 12 juta setahun untuk sewa meter air
Bagi permis kediaman caj RM 1.00 sebulan dikenakan,manakala bagi permis perniagaan caj sewa meter yang dikenakan ialah RM 5.00
Anggaran jumlah keseluruhan sewa meter yang dikutip sepanjang setahun mencecah RM 12 juta.
Jumlah tersebut ialah:
Sewa meter permis kediaman
RM 1.00 x 500,ooo rumah
Sewa meter permis perniagaan
RM 5.00 x 80,000 permis
=Hampir RM 1 juta sebulan
Jumlah setahun
RM 1 juta x 12 bulan=RM 12 juta setahun
Apa yang rakyat boleh dapat dengan RM 12 juta?
a.4000 pelajar dapat laptop percuma berharga RM 3000 seunit.
b.120 ribu pelajar dapat pakaian sekolah percuma(seluar,baju,beg-anggaran RM 100)
c.120 ribu pelajar dapat yuran khas dll percuma
d.48 Ribu pelajar dapat basikal percuma(nilai RM 250)
e.12 Ribu keluarga keluarga kyurang berkemampuan boleh dapat RM 1000 untuk perbelanjaan persekolahan anak.
Selebihnya ,pikirlah sendiri.Berapa banyak anda membayar pelbagai cukai dan berapa banyak wang rakyat dibazirkan oleh kerajaan dengan projek yang tidak memberi manafaat kepada rakyat.
Thursday, January 17, 2008
'Universiti Asmara' dedah gejala seks penuntut IPT
Masih ingat lagi insiden berasmara di tangga rumah pangsa? Di situlah kejadian ini berlaku. Malah, bukan kes itu saja, banyak lagi kes penuntut universiti berasmara di kawasan itu dilaporkan sebelum ini. Topik Universiti Asmara ini dibincangkan dalam Keluarga Di 9 (KD9) pada Rabu lalu bersama pengacara Benjy dan tetamu termasuk Pengetua Pusat Perlindungan Remaja, Kem Bina Insan (Kewaja), Yahaya Mohamed dan Ketua Biro Ikhtisas Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Dr Nur Izura Udzir. Turut menjadi tamu ialah pemimpin pelajar, Mohd Zaid Mohd Idrus dari Universiti Kebangsaan Malaysia UKM). “Tak dapat tinggal di kolej atau asrama, mereka memilih untuk tinggal di Universiti Asmara!,” kata Benjy.
Kisah Zara (bukan nama sebenar) menyedarkan banyak pihak mengenai kelonggaran akhlak remaja walaupun mempunyai pencapaian akademik membanggakan. Zara berasal dari negeri pantai timur dan mengikuti pengajian kejuruteraan, tetapi disebabkan cinta yang berkobar-kobar, sanggup menyerahkan maruah diri kepada lelaki yang dicintainya. “Cinta kami dihalang oleh ibu bapa saya kerana mahu saya menghabiskan pengajian dahulu walaupun ibu bapa lelaki itu bersetuju saya berkahwin dengannya,” kata Zara kepada wartawan KD9, Sharifah Nur Syed Ali yang menemuinya di Rumah Kewaja. Zara kini hamil lapan bulan hasil perhubungan intimnya dengan teman lelaki yang kini tidak dapat dihubungi lagi.
Zara berkata, mereka bebas bergaul kerana dia belajar di IPT yang jauh dari kampung halaman. Apabila ibu bapanya mengetahui nasib anak mereka, Zara dihantar ke Kewaja untuk melahirkan bayi yang kemudian akan diserahkan kepada keluarga angkat. Di Kewaja, rumah perlindungan yang dikendalikan Yahaya dan isterinya, Ruzitah Baharum, Zara dan remaja lain yang hamil daripada perhubungan luar nikah dilatih menguruskan diri dan menjalani sesi kaunseling bagi membantu mereka kembali ke jalan yang benar serta meneruskan kehidupan selepas melahirkan anak. Bagi Zara, pengajaran daripada episod pahit dalam hidupnya ini akan dijadikan pedoman pada masa depan.
Sementara itu, seorang lagi remaja senasib, Intan (bukan nama sebenar) hamil selepas sebulan berkenalan dengan seorang lelaki ketika dia menuntut di sebuah politeknik di utara tanah air. “Sejak awal berkenalan lagi, dia memang banyak kali mencuba untuk melakukan hubungan seksual, tetapi saya tidak benarkan. Bagaimanapun, pada satu malam, saya tidak sedar dia memasukkan pil khayal ke dalam makanan saya. “Dalam keadaan separuh sedar, saya mendapati dia membawa saya ke rumahnya dan apabila saya sedar keesokan harinya, semuanya sudah terlambat,” katanya ketika ditemui di Kewaja. Yahaya berkata, sejak beroperasi pada 2003, lebih 100 penuntut wanita IPT yang hamil luar nikah datang mendapatkan perlindungan di Kewaja. “Kemunculan remaja hamil luar nikah di rumah Kewaja boleh dikatakan ‘bermusim’.
Apabila ada perayaan, misalnya, tahun baru seperti baru-baru ini, beberapa bulan akan datang datanglah mereka ini,” katanya. Katanya, satu punca gejala ini ialah kejutan budaya penuntut yang datang dari luar bandar. Daripada persekitaran terkongkong, mereka yang mendapat kebebasan secara tiba-tiba apabila memasuki IPT dan tinggal beramai-ramai di rumah sewa, mudah dipengaruhi fenomena cinta kampus. Apabila terlanjur, ramai yang memilih jalan mudah dengan menggugurkan anak secara haram atau membuang bayi.
Selain mendedahkan gejala ini, KD9 mengupas isu kekosongan jiwa remaja yang tiada pengisian positif ketika mereka menuntut di IPT. Ini berbeza dengan era 80-an yang mana ramai anak muda dipacu oleh perjuangan dan ideologi menerusi pertubuhan seperti Abim dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS). Satu masa dulu, lagu perjuangan seperti ‘Anak Kecil Main Api’ membakar semangat anak muda termasuk pemimpin pelajar di IPT untuk berjuang demi bangsa dan agama.
“Anak muda kini seolah-olah tiada perjuangan, tiada haluan. Sebab itu ramai lebih suka merempit dan terbabit dengan gejala moral yang membimbangkan. Di manakah Abim dalam kemelut sosial ini?” kata Benjy ketika mengajukan soalan kepada Dr Nur Izura. Dr Nur Izura berkata, Abim masih giat menjalankan pelbagai program pembangunan ummah walaupun kian kurang mendapat pendedahan media. Katanya, jika diberi ruang yang lebih terutama di IPTA dan IPTS, Abim bersedia mengadakan kegiatan pengisian jiwa dan minda remaja. (Berita Harian 16 Jan 08)
Chua Soi Lek Jadi Penasihat Parti:MCA Contohi Umno

Presidennya, Datuk Seri Ong Ka Ting berkata, walaupun Soi Lek menimbulkan kontroversi berikutan pendedahan rakaman perlakuan seksnya, pelantikan tersebut dibuat atas ‘suara’ majoriti MCA negeri itu.
“Tidak ada salahnya (pelantikan Soi Lek).
“Ini semuanya telah diputuskan oleh MCA Johor,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri taklimat Pembangunan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) (Pindaan), Akta dan Peraturan 2007, di sini hari ini.
Hadir sama, Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Ng Seing Liong.
Ka Ting mengulas tindakan MCA Johor mengumumkan pelantikan bekas Pengerusi Badan Perhubungan MCA negeri tersebut sebagai penasihat.
Pemangku Pengerusi Badan Perhubungan MCA Johor, Tan Kok Hong berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Badan Perhubungan, Wanita dan Pemuda MCA negeri yang berlangsung secara tertutup di Kluang, petang kelmarin.
Pelantikan Soi Lek dibuat tidak sampai dua minggu selepas beliau meletakkan semua jawatan dalam Kabinet, parti dan Ahli Parlimen Labis.
Mengulas lanjut, Ka Ting yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, selain tidak menjejaskan parti, pemilihan Soi Lek merupakan amalan tradisi parti yang akan melantik pemimpin berpengalaman sebagai penasihat.
Wednesday, January 16, 2008
Jenayah di Malaysia:PM Dolah Ulang Skrip Sama
Saya hanya ingin berpesan dan menginggatkan Perdana Menteri Dolah Badawi,anda tidak perlu bersedih dan marah,kerana apa yang anda semai selama ini,itulah yang anda tuai.Apa yang hendak disedihkan,bukankah benih lalang yang anda semai selama ini,maka lalanglah yang tumbuh.
Kerajaan Dolah telah menyemai dan membaja benih artis,hiburan,keseronokan, budaya meminggirkan agama,maka itulah hasilnya yang sedang dituai.
Manusia yang bertuhankan nafsu lahir dari benih yang anda semai.Siapa yang membawa masuk Inul Dangdut,Maria Carrey dan lain-lain artis separuh bogel ke negara Islam Hadhari ini?Filem-filem bercium di kaca TV yang terus ditayangkan.Tidakkah semua ini lah yang merangsang hawa nafsu kebinatangan yang menatijahkan berlakunya peristiwa kejam ke atas adik Nurin dan lain-lain yang senasib dengannya.
Monday, January 14, 2008
Menang Saman RM 7.8 juta Ke Atas Felda,Awas Najib!
Setelah berpuluh tahun menjadi hamba di tanah sendiri,peneroka Felda Kemahang hari ini berjaya membuktikan mereka bukanlah rakyat yang boleh diperbodohkan selama-lamanya oleh Felda.Sementara itu pejuang generasi kedua Felda saudara Mazlan Aliman berkata kes tersebut bukan sahaja berlaku di Kemahang malah penipuan urus niaga penjualan hasil kelapa sawit turut terjadi hampir di seluruh negara.
"Kes ini merupakan satu peringatan kepada Felda dan Pengerusi Jawatankuasa Kabinet mengenai Felda Dato' Seri Najib Tun Razak supaya tidak terus menindas dan menipu golongan peneroka dan memerah keringat mereka tanpa membayar bayaran yang setimpal," katanya
"Kesimpulannya, penyelewengan Felda terlalu banyak dan kes ini kita boleh jadikan sandaran di masa akan datang supaya peneroka terus bangkit dan berani memperjuangkan nasib mereka yang ditindas.
Bertudung:Siapa Pendokong Siti?

“Saya tak suruh(bertudung) dan saya tak melarang,Saya lebih suka dia memakai selendang dari bertudung kerana memakai selindang lebih kelihatan manis.Dia pun masih muda,”,Berita Harian 14 Januari 2008.Inilah jawapan yang mengejutkan dan mengecewakan saya keluar dari mulut Dato K ketika mengulas perkembangan isterinya Dato Hajah Siti Nurhaliza yang sudah mula bertudung kepala di khalayak ramai setelah pulang dari mengerjakan haji.
Pencinta Islam pastinya menunggu-nunggu Siti menunaikan

janjinya untuk bertudung sejak sekian lama.Mulanya Siti berjanji akan bertudung selepas berkahwin,tetapi janjinya tidak terlaksana juga.Kemudian dia berjanji lagi,akan bertudung selepas mengerjakan haji.Akhirnya dia pun melaksanakan janjinya.Pelbagai reaksi peminat,ada yang menyokong,dan tak kurang juga yang kurang bersetuju.Apa pun tahniah kepada Siti,walaupun terlewat tetapi masih berkesempatan untuk melaksanakan janjinya.
Tetapi sedikit membimbangkan saya,apakah Siti akan terus bertahan dengan imej barunya.Bukan kerana tidak tahan kritikan peminat,tetapi siapakah yang akan mendokongnya.
Dalam sebuah negara yang memperkenalkan Islam Hadhari,soal aurat tidak penting,tidak ada satu ayatpun yang pernah diungkapkan oleh pemimpin serta pengasas Islam Hadhari yang mengajak rakyatnya menutup aurat.Pastinya pemimpin Islam Hadhari tidak berminat untuk mendokong perubahan yang dibuat oleh Siti.
Para penerbit lagu,penganjur konsert,stesyen TV,pemilik media,berapa keratlah sangat akan mendokong Siti.Kumpulan ini lebih suka mengheret artis yang dianggap sudah bertaubat untuk kembali ke zaman asalnya.Ogy Ahmad Daud tak mampu menghadapi asakan daripada kumpulan ini,dia juga sedang berpatah balik ke jalan lamanya.Azmil masih bertahan walaupun diasak kiri dan kanan.Begitu juga Ustaz Aqil,walaupun kembali bergelar artis,masih bertahan dengan hijrah dan islah yang berlaku pada dirinya.
Siti perlukan dokongan kuat dibelakangnya.Niatnya begitu lama menggambarkan dia tahu tentang tuntutan agama,tetapi kerana tiada dokongan disekelilingnya,niat yang baik itu hanya terlaksana setelah pulang dari mengerjakan ibadah haji.Pendokong utama beliau mestilah orang yang paling rapat dengan beliau dan orang itu tak lain ialah Dato K.
Tetapi mendengar ulasan Dato K kepada pihak media,jelas beliau tidak berhajat menjadi pendokong isterinya sendiri,bahkan beliaulah yang membimbangkan hati saya.Kenyataan yang jelas menggambarkan kejahilan ilmu agama.
Menutup aurat adalah kewajipan yang diperintah Allah ke atas hambanya yang beriman.Seorang suami pastinya bertanggungjawab di sisi Allah seandainya membiarkan isterinya mendedahkan aurat.Apatah lagi kalau dia tidak berminat melihat isterinya bertudung dengan alasan masih muda.Mungkin sedikit pedih dan kasar untuk Dato K,kalau saya katakan Siti cukup malang bersuamikan Dato K!Dan lebih malang juga Siti menjadi rakyat kepada Negara Islam Hadhari yang pemimpinnya tak pernah ambil peduli tentang soal aurat.
Kepada Dato Hajah Siti Nurhaliza ,teruskan bertudung,ikhlaskan amalan kerana Allah,dan jangan lupa bimbinglah suami yang masih kabur dengan perintah Allah.Seluruh peminat,dokonglah bersama hijrah yang dibuat oleh Siti.
Sunday, January 13, 2008
Azam Tahun Baru Hijrah

Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekkah ke Kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela Berkorban, harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan
Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tekadkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman...
Berapa Gaji Menteri?
Elaun Keraian RM10,500.00
Elaun Perumahan RM10,800.00 - (tetapi, kebanyakan mereka sudah ada rumah sendiri)
Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 -
Elaun parking RM 5,700.00
JUMLAH RM 55,650.00
Bercuti keluar negara – semuanya ditanggung kerajaan
Bil eletrik, telefon dan air percuma
Peruntukan perkakasan dapur/perhiasan rumah RM40,000.00
Sebuah Mercedes S320, di lengkapi driver & minyak percuma
Semua derma kpd badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.
Pengerusi syarikat/lembaga jabatan kerajaan
Pengerusi syarikat swasta yg dilantik
Pedapatan dari syarikat persendirian spt kontrak dll
Pendapatan dari kroni-kroni peribadi
Saham yang diberi khas oleh kerajaan sebanyak 300,000 unit setiap masa.
Tidak termasuk dari pendapatan luar negara
Lain-lain sumber (rasuah,salahguna kuasa dan macam-macam lagi)
PATUT LAA…ramai yang nak jadi menteri
Isue Maya Karin : Jawapan Kepada Ketua Puteri UMNO
Diposting oleh LIM CHUAN HING ABDULLAHSaya bukan lah minat sangat untuk menulis mengenai isue Maya Karin. Tetapi apa bila membaca kenyataan " bodoh " dari Ketua Puteri UMNO Malaysia Noraini Ahmad saya rasa terpanggil untuk menyatakan sesuatu yang saya rasa perlu diketahui umum.
Kedatangan Maya Karin cuma untuk menjadi ahli forum untuk mengupas persoalan profesion yang diceburinya. Kehadiran Maya Karin untuk menjadi panel forum berbeza dengan konsert yang dianjurkan oleh UMNO, jauh sekali menganggu waktu sembahyang rakyat Kelantan. Jadualnya pun tidak pada waktu sembahyang. Kehadiran lelaki dan perempuan diasingkan kerusinya. Malah lebih menarik Maya Karin bertudung dalam program tersebut.
Mungkin suatu perkara yang tidak mengejutkan rakyat kelantan kerana Maya Karin telah bergaya dalam Iklan Celcom dengan memakai tudung khusus untuk iklan Celcon di Kelantan sahaja . Jauh lebih baik dari tudung Ketua Puteri UMNO.
Maya Karin telah pun menyatakan kekesalannya apa bila kedatangannya di Kelantan telah dipolitikkan dan telah disiarkan dalam Utusan Malaysia. Kata Maya Karin sebagai dipetik dalam laporan tersebut : “Saya ke sana pun atas jemputan pihak kerajaan negeri bagi menjadi salah seorang panel bagi sesi dialog yang berjudul Sinema Majid Majidi: Moral dan Kemanusiaan bersama Hassan Abdul Muttalib, Mamat Khalid dan Dr. Hatta Azad Khan.
“Apabila mendapat peluang sebegini, saya merasakan ia adalah satu peluang untuk memperbaiki diri saya dalam membentangkan pendapat saya tentang dunia perfileman. Saya pernah menjadi panel sewaktu Festival Filem Malaysia Ke-20, Ogos lalu dan waktu itu, saya dapat melihat banyak kekurangan yang saya lakukan.“Jadi, apabila mendapat peluang untuk sesi dialog di Kelantan, baru-baru ini, saya mengambil peluang itu untuk memperbaiki segala kelemahan saya dan saya agak sedih apabila kunjungan saya ke sana telah dipolitikkan. Jangan salah ertikan kunjungan saya ke sana,” katanya dalam nada tegas.
Kelmarin akhbar yang sama menyiarkan kenyataan resmi dari Kerajaan Kelantan. dengan tajuk berita " Kelantan Kesal Kedatangan Maya Karin dipolitikkan".
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pendidikan, Sains dan Teknologi, Nik Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, kedatangan Maya Karin hanyalah untuk menjadi ahli panel forum bagi membicarakan filem karyawan Iran terkenal, Majid Majidi sempena MiniFest Kelantan 2007.“Kerajaan Kelantan menjemput aktres itu atas dasar program seni, tiada kaitan dengan politik dan tindakan pihak tertentu mensensasikan kedatangannya amat tidak wajar,” .
Ketua Puteri hendaklah faham kedatangan seorang artis untuk menganjurkan konsert atau membentangkan kertas kerja atau forum. Bagi kita siapapun boleh diundang untuk tujuan tersebut. Yang menjadi standard oleh UMNO dan BN dan yang kita bantah ialah penganjuran konsert yang merlampaui batas-batas keagamaan dan moral. Apalagi dengan tujuan untuk meramaikan majlis tertentu untuk menutup malu. Termasuk dalam kempen UMNO artis dijemput untuk meramaikan majlis.
Berbeza sekali kalau Kelantan mengundang artis untuk menyanyi, itupun kita ada cara tersendiri seperti dalam isue Mawi. Kita yakin Kelantan masih sama prinsip dan dasarnya dalam soal hiburan. Jangan cuba putar belit masaalah.
Perlu di ketahui oleh Ketua Puteri UMNO dan pengikutnya bahawa apa yang diperjuangkan oleh Kerajaan PAS di Kelantan adalah prinsip Islam. Apakah Puteri UMNO mula takut dengan bayang-bayang sendiri, dan yang jelas nampak terdesak adalah orang-orang yang lemahnya Imannya dan berjuang atas dasar kebendaan seperti kamu.
HINDRAF Di Manjakan,Pelajar Melayu Di Anak Tirikan
Timbalan Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat
MerangkapKetua Penerangan Pemuda PAS Pahang.
Kami dari Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) dengan ini ingin merujuk kepada keputusan mengejut Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail yang telah menarik balik pertuduhan terhadap 31 orang penyokong Hindu Rights Action Force (HINDRAF) yang sebelum ini didakwa di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 149 Kanun Keseksaan atas dakwaan cubaan membunuh seorang pegawai polis dalam satu kejadian di hadapan Kuil Sri Subramaniar, Batu Caves pada 25/11/2007 yang lalu.
Keputusan ini amatlah tidak dijangkakan, pada saat seluruh kekuatan media dan jentera perang saraf pemerintah begitu bersungguh-sungguh memberi gambaran negatif terhadap apa jua bentuk perhimpunan aman yang telah beberapa kali diadakan oleh pelbagai pihak sejak kebelakangan ini. Dengan gugurnya pertuduhan ini, yang dibuat oleh Peguam Negara atas permintaan Perdana Menteri (meskipun secara teknikalnya ia adalah kuasa mutlak Peguam Negara berdasarkan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan), telah memberi gambaran kepada rakyat terbanyak betapa kerajaan yang ada pada hari ini adalah sebuah kerajaan yang “bertimbangrasa dan berperikemanusiaan”.
Maka, atas sikap timbangrasa yang begitu terserlah atas pengguguran pertuduhan ke atas kumpulan HINDRAF 31 ini, maka DPP Pusat ingin menyeru kepada Peguam Negara selaku Pendakwaraya utama dalam negara ini supaya menggugurkan serta merta segala pertuduhan ke atas tujuh orang mahasiswa IPTA (lebih dikenali sebagai kumpulan ISA 7) yang telah didakwa di bawah Seksyen 27 Akta Polis kerana menyertai satu perhimpunan aman membantah penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di perkarangan Masjid Negara pada bulan Jun 2001.
Selepas mengharungi perbicaraan yang memakan masa hampir empat tahun, pada 22hb April 2005, ketujuh-tujuh mahasiswa terbabit iaitu Rafzan Ramli dan Helman Sanudin (UiTM), Nik Mohd Norhafizi dan Ahmad Kamal Abd. Hamid (UKM), Wan Sanusi Wan Mohd Nor dan Khairul Amar Mohamad (UM) dan Zulkifli Salleh (UTM) telah tidak dipanggil untuk membela diri dan dilepaskan serta dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. Namun, Peguam Negara selaku Pendakwaraya telah membuat rayuan di Mahkamah Tinggi terhadap keputusan Mahkamah Majistret tersebut hingga akhirnya Mahkamah Tinggi telah membenarkan rayuan tersebut dan ketujuh-tujuh mahasiswa terbabit telah diarahkan untuk membela diri diatas pertuduhan yang dikenakan.
Hingga ke hari ini, kes ini masih belum selesai. Bahkan sambungan perbicaraan bagi kes ini telah berjalan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 17hb dan 18hb Disember 2007 di mana kes ini telah ditangguhkan pula ke tarikh 26hb Januari 2008. Kami telah dimaklumkan oleh salah seorang mahasiswa terbabit bahawa perbicaraan telah ditangguhkan bagi membolehkan Peguambela kepada ketujuh-tujuh pelajar terbabit membuat representasi kepada Peguam Negara supaya pertuduhan ke atas kumpulan ISA 7 ini digugurkan sama seperti yang berlaku kepada kumpulan HINDRAF 31.
Selama tempoh lebih enam (6) tahun dari tempoh mereka mula didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada tahun 2001 hinggalah ke hari ini, ketujuh-tujuh mahasiswa tersebut telah digantung pengajian mereka berdasarkan kepada Seksyen 15D (1) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (‘AUKU’) yang memperuntukkan jika seorang pelajar universiti didakwa di mahkamah di atas sebarang kesalahan jenayah, maka pelajar terbabit hendaklah digantung dari menjadi seorang pelajar universiti sepanjang prosiding kes tersebut berjalan di mahkamah. Adalah jelas kesemua mahasiswa ini bukan sahaja menjadi mangsa kepada Seksyen 27 Akta Polis yang mencabul hak berhimpun secara aman yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan, malah mereka juga turut menjadi mangsa kepada peruntukan Seksyen 15D (1) AUKU 1971 yang telah ‘menghukum’ mereka lebih awal dengan penggantungan pengajian padahal mereka belum lagi didapati bersalah oleh mahkamah.
Walaupun nasib mereka telah berkali-kali disuarkan oleh pelbagai pihak termasuk parti-parti politik dan juga NGO-NGO sivil yang lain, namun pihak Peguam Negara tetap bernafsu untuk menyabitkan mereka. Padahal jika pun mereka didapati bersalah di bawah peruntukan Akta Polis, hukuman maksimum yang bakal dijatuhkan jauh lebih ringan jika hendak dibandingkan dengan kesusahan yang ditanggung oleh ketujuh-tujuh mahasiswa ini yang berterusan digantung pengajian sejak tahun 2001 lagi.
Maka, sekiranya Perdana Menteri dan Peguam Negara boleh menunjukkan sikap “bertimbangrasa dan berperikemanusiaan” terhadap kumpulan HINDRAF 31, maka apakah halangan hingga sikap yang sama tidak boleh dipamerkan pula terhadap kumpulan ISA 7? Bukankah mereka juga warganegara Malaysia yang sepatutnya dilayan sama di sisi undang-undang? Jika sekiranya kumpulan HINDRAF 31 yang dituduh cuba membunuh seorang pegawai polis boleh digugurkan pertuduhan ke atas mereka dengan begitu sahaja, maka apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan kumpulan ISA 7 yang hanya dituduh terlibat dengan satu perhimpunan haram dalam keadaan tiada siapa pun yang tercedera.
Justeru, DPP Pusat merayu kepada YAB Perdana Menteri amnya dan kepada Peguam Negara khasnya supaya menerima representasi yang bakal dibuat oleh ketujuh-tujuh mahasiswa terbabit supaya mereka dilepas dan dibebaskan dari sebarang pertuduhan di mahkamah. Jika sekiranya Perdana Menteri dan Peguam Negara tetap berpandangan bahawa tindakan kumpulan ISA 7 berhimpun pada tahun 2001 adalah salah di sisi undang-undang, maka terimalah hakikat bahawa kesemua telah pun dihukum sejak tahun 2001 lagi apabila mereka digantung pengajian sebegitu lama hinggalah ke hari ini.
Saturday, January 12, 2008
Banjir:Rugi 30 Ribu,Dapat Ganti RM 1100!
Oleh: NORLIZA ABD. RAHMAN
PUTRAJAYA 11 Jan. – Kerajaan hari ini mengumumkan peruntukan bantuan ihsan RM100 juta kepada hampir 39,000 keluarga yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda beberapa negeri baru-baru ini.
Bantuan ihsan bagi rumah rosak yang dinaiki air melepasi 1.5 meter adalah sebanyak RM1,100 manakala pemilik rumah yang dinaiki air di bawah paras itu akan menerima RM700.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Pusat (JPBBP) yang bermesyuarat petang ini menetapkan 38,837 keluarga layak menerima bantuan termasuk 17,386 keluarga yang tidak berpindah ke pusat pemindahan banjir.
Menurutnya, JPBBP turut menetapkan kaedah pembayaran bantuan ihsan kepada semua mangsa itu akan dibuat berdasarkan amalan pada tahun-tahun sebelum ini.
‘‘Bantuan ihsan RM100 juta akan diagih-agihkan secepat mungkin dan Majlis Keselamatan Negara akan melakukan tindakan selanjutnya,” kata Timbalan Perdana Menteri kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di sini.
Turut hadir Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Tegasnya: ‘‘Bukanlah menjadi dasar kita mengamalkan pembayaran ganti rugi... pemberian ini adalah bantuan ihsan.”
Najib menambah, bantuan RM3,000 akan diberi kepada 39 mangsa banjir yang dikenal pasti kehilangan tempat tinggal selepas rumah mereka musnah dalam bencana banjir itu.
‘‘Syarikat Perumahan Negara Berhad pula akan membina semula rumah mereka dan setiap penghuni dikehendaki membayar satu pertiga daripada kos pembinaan rumah tersebut,” ujarnya.
Menurut beliau, 33 keluarga mangsa banjir yang terkorban dalam bencana itu akan menerima bantuan ihsan RM5,000.
Dalam pada itu, Najib berkata, bantuan pertanian RM25.6 juta akan dibayar mengikut kadar kerosakan tanaman, ternakan dan akuakultur.
Jumlah tersebut, katanya, tidak termasuk kerugian peribadi mangsa banjir yang mungkin mencecah tiga hingga empat kali ganda.
Najib berkata, beliau sendiri dan Menteri-Menteri Besar akan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir itu.
Menurutnya, bagi mengelak berlaku penipuan, penerima bantuan ihsan perlu disahkan sebagai mangsa banjir oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta ketua kampung. Utusan
Friday, January 11, 2008
Yuran Sekolah:Dato Hishamudin Kenal ke Pacat?
Rosdi Pak We Jengka 15 yang mendaftarkan anaknya minggu lepas di SK Jengka 15 bertanya cikgu ,berapa jumlah yuran yang dihapuskan oleh kerajaan?
“RM 4.50 saja”,jawab cikgu.”Kalau banyak tu wak pe dok heboh satu Malaysia”,balas Rosdi geram.
Di SK Bandar Pusat,Lutfi kontraktor letrik yang mendaftar tiga orang anaknya bertanya soalan yang sama kepada cikgu anaknya. Bila dengar jawapan cikgu ‘RM 4.50’,spontan di sambut oleh Lutfi,”Umno ni memang kuat menipu’.Cikgu yang sibuk melayan ibu bapa untuk membayar yuran hanya tersenyum ,mungkin tanda setuju.
Begitu juga denga Keri Bomoh pemandu ambulan Hospital Jengka.Katanya pengumuman kerajaan tahun lalu hanya untuk kaburi mata rakyat untuk terus sokong kerajaan.
Saya yang hanya ada dua orang anak yang bersekolah kebangsaan (setakat ini)masih mengeluh hingga hari ini.Untuk membeli pakaian sekolah kedua anak saya,saya telah mengeluarkan RM 180.00 tidak termasuk sepasang baju melayu dan songkok untuk anak lelaki saya pakai pada setiap Jumaat ataupun ke kelas KAFA pada sebelah petang.Itupun hanya sepasang kasut seorang.Isteri saya terpaksa mengorbankan masa untuk membasuh kasut anak lelakinya setiap hari.maklumlah budak baru masuk masuk Darjah 1,manalah tau jaga kebersihan.
Untuk buku dan bayaran yuran pelbagai jumlah kesemuanya 173.00 .Untuk daftar ke Kelas KAFA,tak kurang RM 150 lagi saya perlukan.Jumlah keseluruhan campur baju melayu yang belum dibeli tak kurang RM 550.00 perlu dikeluarkan.Cuma saya bernasib baik sedikit kerana saya ada kelas KAFA persendirian,tak perlulah saya bayar lebih macam orang lain.
Bagaimana agaknya orang yang ada anak Sekolah Menengah,yang ada anak 3,4 orang bersekolah.RM 1000 pasti perlu dilaburkan untuk pendidikan anaknya.Mana lagi nak korek duit nak bayar pelbagai bil,air,api,telefon,nak beli barang keperluan yang makin naik harga,minyak masak yang ditukar dengan majerin.Pak-pak menteri tak nampak ke?
Ataupun kita pakai fatwa kontroversi Dr Mashitah beberapa tahun lalu yang mengharuskan melacur kerana dharurat,nak sekolahkan anak!
Dato Hishamudin kenapa nak melenting perlekehkan ibu bapa?Jangan persoal sumbangan kami.Kamu boleh pakai kereta harga RM 900 ribu,kamu tak nampak kesusahan kami.Kami buruh kasar,petani,peniaga kecil,pesawah ,RM 500 cukup besar bagi kami.Dato’ Hisham kenal ke lintah?Tahu ke beza yang mana lintah yang mana pacat?
Gambar:Anak saya Ahmad Nasrullah Darjah 1 dan kakaknya Nurus Syuhada Darjah 3
Lagi Gambar-gambar bantuan banjir di Jengka
Sdr Khairudin AJK Unit Amal sedang menyumbangkan beras kepada mangsa banjir
Wak Jahrun,menadah tangan berdoa tanda rasa syukur dengan sumbangan yang di terima dari Pesuruhjaya PAS Dato Tuan Ibrahim Tuan Man.
Mak Yan Kecewa YB tak Bagi Bantuan
"Dengar cerita yang hantar makanan tengahari pada kami di Matau ni orang PAS"cerita Mak Yan ,penduduk awal Matau yang merupakan penyokong tegar Umno.
Ketika mengunjungi mangsa-mangsa banjir di Matau,kami cuba bertanya Mak Yan kalau-kalau beliau banyak menerima bantuan dari wakil rakyat BN Jengka,apa jawapan beliau?
'Tak da bantuan apa pun yang kami terima dari Wakil Rakyat,dulu kita yang pilih dia.patutnya tengahari PAS bagi makanan,ptg dia(YB Umno) pula bagi,ni dak!Tunggulah pilihanraya nanti". Itulah jawapan dari seorang mangsa banjir yang dulunya begitu yakin dengan Umno.
Mak Yan bukan calang-calang kuatnya Umno,menantunya pernah menjadi Setiausaha Umno Kelantan.Gambar:Dato Tuan Ibrahim sedang bertanya khabar kepada Mak Yan ketika bersama Unit Amal menyampaikan bantuan kepada semua mangsa banjir Matau.
Salam Takziah
Merupakan seorang yang gigih dalam perjuangan.Ketika mengikuti pengajian sebagai Tenaga Mahir jabatan Pilihanraya PAS Pahang,beliau berjaya menjadi pelajar cemerlang.Bertanggungjawab memainkan peranan membangunkan Markaz PAS Pahang di atas sebahagian tanahnya yang telah diwakafkan di Kerdau.AlFatihah.
Unit Amal N9 Sumbang Tenaga Di Jengka,Chenor
Saturday, January 5, 2008
AlFatihah Buat Hj Lah,Ustazah Yassirah,Pak Shuib
Sambut Tahun Baru Dengan Maksiat,Ubah Pemimpin Dahulu

Seperti sambutan tahun baru sebelum ini,begitulah juga pada malam 1 Januari yang lalu,ribuan rakyat khususnya para remaja berkumpul di ibu kota dan merata tempat menunggu detik 12 malam untuk mereka berhibur tanpa sempadan dengan pasangan -pasangan mereka.
Tiada bezanya sebelum lahirnya Islam Hadhari dengan zaman wujudnya Islam Hadhari.Negara turut dikejutkan dengan kemunculan DVD lucah Menteri Kesihatan,Chua SoiLek di ambang sambutan tahun baru.
Alhamdulillah saya dan beberapa rakan diberi kekuatan untuk melaksanakan amar maarof nahi mungkar pada malam tersebut,tidak lain atas rasa kesedaran tidak sanggup melihat para remaja kita terus rosak .Tapi apa yang menghairankan sepanjang menjalankan operasi sukarela bersama rakan rakan dari Unit Amal,tidak pernah sekali pun kami terserempak dengan kelibat para penguatkuasa yang dibayar gaji untuk mencegah kemungkaran.Apa nak jadi.
Tapi apa nak pelek berada dalam negara yang pemimpinnya sendiri tidak menunjukkan sikap dan akhlak yang baik.Mereka hanya berpura-pura di depan rakyat jelata,tetapi kekadang sifat sebenar mereka tak mampu di sorok.Maka muncullah DVD Chua,kes Al Tantuya,Dato Nan dengan aksi lucah dalam satu pilihanrya kecil beberapa tahun,kes MP dari Ampang dan Ahli Parlimen Gombak dengan skandal isteri orang dan macam-macam lagi.Untuk membetulkan rakyat,pemimpin perlu dibetulkan terlebih dahulu.
Monday, December 24, 2007
Himpunan BERSIH di Jengka 16
Himpunan BERSIH 10 November tidak berakhir di hadapan Istana Negara,tetapi gelombang kuning terus merebak di mana-mana.Rakyat seolah-olah menjadikan t-shirt kuning sebagai satu jenama baru untuk ditonjolkan di mana-mana.
Di kenduri perkahwinan sdr Nasaie Ismail di Jengka 16,beberapa orang hadirin kelihatan mengenakan pakaian tshirt BERSIH termasuk tetamu undangan Sdr Saari Sungip,bekas tahanan ISA.


