Tuesday, October 21, 2008

Idola Kecil:Rancangan Realiti Terbaru Bakal Tambah Masalah Sosial

TV 9 yang menjadi popular dengan langkah awalnya memperkenalkan rancangan realiti TV Akademik Al Quran yang mendapat sokongan pencinta Islam kini beralih arah seperti stesyen TV swasta yang lain yang lebih mengutamakan keuntungan perniagaannya.

Baru saja selesai Akademik Nasyid yang melahirkan Azhar Atan dan lainnya yang diharap mampu melahirkan remaja Islam berakhlak dan bertaqwa,tiba tiba stesyen TV tersebut memperkenalkan pula rancangan realiti terbaru Idola Kecil yang akan bermula Sabtu ini.

Seperti yang didedahkan di MHI TV3 pagi tadi,rancangan tersebut akan mengetengahkan bakat terpendam anak anak kecil bawah 12 tahun dalam mempersiapkan mereka menjadi personaliti terkenal selepas ini.

Kesempatan melihat sedutan persembahan Shada dan Didi yang masih dibangku sekolah rendah menambahkan keyakinan gagalnya konsep Islam hadhari yang mahu melahirkan masyarakat bertaqwa.

Anak anak kecil yang dipakaikan dan dihiaskan diri mereka lagak seorang artis dengan make up,pakaian seksi,lenggang lenggoknya,stail rambutnya,lagunya yang tidak layak bagi seorang anak kecil pastinya hanya akan menambahkan lagi masalah sosial dikalangan remaja.

Tidak cukup dengan pelbagai kes yang dipaparkan media,terbaru pelajar perempuan membelasah guru mereka,stesyen TV yang mendedahkan cerita sebegitu tidak pula mengambil pengajaran untuk membantu mengurangkan masalah sosial di kalangan remaja khususnya.

Menonton rancangan Pidato Kanak Kanak(Pildachil) satu rancangan realiti TV di Indonesia mampu membasahkan kelopak mata mengikuti pidato kanak kanak seawal usia tujuh tahun yang mengingatkan penonton dengan azab Allah diselang seli dengan sedikit humor yang menyegarkan.

Berbeza sekali dengan rancangan TV di Malaysia yang hanya untuk bergelak ketawa,berhibur tanpa sempadan.Aksi tidak senonoh menjadi kebanggaan.Lihat saja Tom Tom Bak yang dikendalikan Aznil,Akademik Fantasia,Lu Pikirlah Sendiri Nabil,Jangan Tidur Lagi,Senario dan apa lagi ya..tak mampu saya nak senaraikan.
Kepada pemilik pemilik stesyen Tv yang beragama Islam,fikir fikirkanlah apakah natijah dari setiap program yang anda perkenalkan.Apa untungnya Islam dengan rancangan yang perkenalkan.Di saat seorang ibu atau ayah dalam keadaan nazak,apa kah graduat Idola Kecil,Tom Tom Bak dan lain lainnya dapat menyumbang sesuatu yang cukup berharga buat bekalan ayahbondanya mengadap Ilahi.Renungkanlah!

Sekitar Jamuan raya PAS Kuala Krau

Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Kuala Krau di Rantau Perintis,Bandar Jengka Ahad lalu seperti biasa menarik kehadiran lebih tiga ribu pengunjung.

Pada program yang bermula jam 2.00 petang itu PAS Kawasan turut meraikan anak anak yatim dari Darul Hijrah Paya Pasir.

Antara tetamu yang diundang dan turut memberi ucapan pada majlis tersebut selain Dato Tuan Ibrahim Tuan Man ialah Pengerusi PKR Pahang saudara Zakaria Hamid,Presiden Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan(ANAK) saudara Mazlan Aliman,YB Chong ADUN DAP kawasan Teras dan Ustaz Kamal Shaari bekas calon PAS Parlimen Kuala Krau.

Hadir sama di majlis tersebut,Ketua Muslimat Negeri Ustazah Azizah Khatib Mat,Bendahari PAS Negeri saudara Musannif Abd Rahman,YDP Pas Bera Ustaz Sulaiman,Pengerusi PKR Bera Cikgu Abbas Awang.

di majlis tersebut Dato Tuan Ibrahim dan isteri Datin Norain Hashim telah menyampaikan sumabangan duit raya kepada lebih 200 orang kanak kanak yang hadir bersama ibu bapa mereka.

Semua tetamu disajikan dengan juadah lemang,nasi impit,mee goreng dan ayam goreng.



FELDA...Dulu Tolong,Sekarang Along!

FELDA...DULU TOLONG, SEKARANG ALONG adalah sebuah karya terbaru hasil kajian selama 15 tahun oleh saudara Mazlan Aliman.Penkisahan semula Felda,perjalanannya serta kegelincirannya daripada landasan awal yang digagaskan oleh Almarhum Tun Razak amat wajar diselami semua warga Felda baik peneroka,generasi keduanya dan amat penting juga untuk direnung oleh seluruh pentadbir Felda di semua peringkat.

Pastinya buku terbaru ini dianggap ancaman kepada pentadbiran Felda dengan pendedahan pendedahan yang dibuat,namun perlu diingat penulis adalah salah seorang dari rakyat Malaysia yang hidupnya secara langsung lumat di dalam kehidupan warga Felda yang pastinya apa yang dicatat bukanlah omongan kosong.

Penghasilan buku ini adalah untuk menyelamatkan Felda dan warganya bukan untuk memusnahkan Felda.Tentunya ruang yang ada ini tidak cukup untuk saya mengulas panjang berkaitan isi kandungan buku ini.Bagi warga Felda di Pahang segera miliki buku ini dari wakil Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan(ANAK) hanya dengan RM 10.00.Hubungi 0199855883 sekarang.



Monday, October 20, 2008

Bakal PM Baru Malaysia Terlibat Dengan Freemason

Penemuan menggemparkan,bakal Perdana Menteri baru kerajaan Malaysia adalah orang penting Freemason sebuah pertubuhan diasaskan Yahudi yang berhasrat untuk merampas bumi Palestin.

Selanjutnya di http://pahangdaily.blogspot.com/2008/10/eksklusif-manifesto-najib-razak-bakal.html

Bekas Pengetua SMKJP Kini Pemimpin PKR

Ketika jamuan raya PAS Kuala Krau di Rantau Perintis semalam,saudara Zakaria Abd Hamid Pengerusi PKR Pahang dalam ucapannya turut mengalu alukan kehadiran bekas Pengetua SMK JP(Jengka Pusat) yang kini menjawat jawatan Pengerusi PKR Bahagian Bera.

Saya sedikit terkejut,rupa rupanya lelaki berbaju kuning bersongkok yang duduk bersebelahan Mazlan Aliman itu ialah Pengetua SMKJP ketika saya Tingkatan Satu 1983.Tetapi ketika Zakaria menyebut namanya,lelaki berbaju kuning itu sudah meninggalkan majlis.

Cikgu Abbas Awang dulunya aktivis ABIM di kawasan ini bersama Pak Syeikh Nazri,Hj Maarof dan lain lain pada tahun 80 an.Kerana mempertahankan peraturan memakai tudung bagi pelajar perempuan di SMKJP,beliau telah ditukarkan ke sekolah cina di Mentakab,kalau tak salah ingatan saya.

Selepas pencen sebelum pilihanraya lalu,Cikgu Abbas memilih PKR untuk meneruskan perjuangannya.Selaku anak murid saya ucapkan syabas kepada beliau dan selamat berjuang.

Sunday, October 19, 2008

Umno Parti Pembuli

Berita Hairan 19 Okt 08

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam menegaskan Umno tidak pernah membuli parti komponen Barisan Nasional (BN), sebaliknya dakwaan itu dilakukan pembangkang untuk membentuk persepsi negatif di kalangan ahli dan rakyat terhadap pemimpin BN serta kerajaan.

Mungkin betul,Umno tak buli sesama komponen BN,tetapi Umno adalah pembuli parti parti pembangkang.

Lihat saja kesusahan yang terpaksa ditanggung kerajaan Kelantan dengan sekatan geran tahunan dan peruntukkan yang sepatutnya diterima semua kerajaan negeri.Begitu juga ketika PAS memerintah Trengganu,royalti minyak yang puluhan diterima negeri itu ditarik balik dan ditukar dengan wang ehsan.Peruntukkan yang sepatutnya diterima oleh ahli ahli Parlimen dan ADUN tidak diberi kepada wakil wakil pe,mbangkang yang menang.

Rakyat jelata turut menjadi mangsa buli Umno dengan perobohan rumah setinggan,masjid surau,sekolah agama.Umno juga sesuka hati menggunakan ISA untuk menangkap rakyat yang menentang mereka walaupun tidak dipersetujui oleh parti komponen BN yang lainnya.

Apa yang nyata Umno tetap pembuli!

Watak Utama VCD Lucah Kini Timbalan Presiden MCA

Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek sekali lagi membuat kejutan apabila beliau yang terpaksa melepaskan jawatan dalam parti dan kerajaan ekoran skandal video seks berjaya menewaskan tiga calon lain untuk memenangi jawatan Timbalan Presiden MCA.


Bekas Naib Presiden MCA itu memperoleh 1,115 undi untuk mengatasi Datuk Seri Ong Ka Chuan (1,001 undi), Datuk Donald Lim Siang Chai (209) dan Lee Hack Teik (10 undi)

Kemenangan Chua Soi Lek melengkapkan anggapan bahawa parti parti komponen BN adalah tempat yang layak bagi pemimpin pemimpin yang tidak bermoral sama seperti Umno yang hari ini mencalonkan Najib Tun Razak sebagai Presiden Umno walupun Najib sedang menghadapi berbagai tuduhan yang mencalar imejnya sebagai pemimpin.

Pak Lah Lancar Perang Terbuka

Perang terbuka ke atas Muhyiddin Yassin oleh bakal Mantan Perdana Menteri sudah bermula apabila Pak Lah secara terang terangan membidas calon Timbalan Presiden Umno,Muhyidin Yassin yang disifatkan sebagai gelojoh dan tidak sabar untuk menjadi Timbalan Presiden parti.

Pak Lah dengan wajah dan suara yang membayangkan kesedihan dan kekesalannya mendakwa Naib Presiden Umno itu sebagai orang yang bertanggungjawab mempersoalkan pelan peralihan kuasa yang sepatutnya berlaku pada Jun 2010.

Muhyidin juga dianggap tidak menghormati keputusan terbaru yang menetapkan pelan peralihan kuasa akan berlaku pada Mac 2009.

"Sebenarnya dialah (Muhyiddin) yang menimbulkan isu mempercepatkan peralihan kuasa dilakukan dengan membuat kenyataan-kenyataan di luar, di Singapura.

"Semua orang dah bersetuju. Mereka sendiri tak kata tak bersetuju. Datuk Seri Mohd Najib dengan saya dah ada persetujuan yang direstui dan dipersetujui oleh ahli-ahli Majlis Tertinggi Umno," katanya.

Kenyataan terbaru Pak Lah ini membayangkan beliau semakin tersisih dari kepimpinan Umno,manakala pelan peralihan kuasa yang dipercepatkan tidak mampu lagi menyelamatkan Umno dari perpecahan.

Saturday, October 18, 2008

Hj Man Hilang RM 1000 Atas Penimbang Getah

"Hilang dekat seribu hari ini",luah Hj Man Abbas jiran saya yang menjual 365 kg skrap pagi tadi dengan harga RM1.90 se kilogram.Bayangkan getah sebanyak itu dengan harga sebelum raya ialah RM 4.20 sekilogram.Duitnya hilang bukan sape sape curi,tapi hilang atas penimbang getah kerana harga jatuh menjunam!Esok lusa berapa pulak ye?Pemimpin sibuk dengan rumah terbuka,penoreh getah nak buka apa?

Ketua Pemuda Umno:Mukhriz Terus Di hadapan

Mukhriz anak bekas Perdana Menteri Tun Mahathir terus mendapat pencalonan dari bahagian-bahagian yang bermesyuarat hari ini.Manakala kedudukan Khairy tidak banyak berubah.Berita TV 9 sebentar tadi memaparkan kedudukan terkini.

Mukhriz 55 pencalonan
Khairy 26 pencalonan
Khir Toyo 22 pencalonan
Zahidi 1 pencalonan

Friday, October 17, 2008

YB Umno Sungai Manik Tak Faham Bahasa Malaysia

Kenyataan akhbar Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Perak,
Ustaz Misbahul Munir Bin Masduki
16HB OKT 2008

Dukacita saya melihat dakwaan atau tuduhan yang sengaja dibuat-buat dan dilemparkan oleh UMNO iaitu oleh YB terhadap saya pada hari ini dengan melaporkan pada Badan Pencegah Rasuah kononnya saya telah menyalahgunakan kuasa. Lihat sini

Sayugia diingatkan bahawa tindakan itu hanya sekadar satu gimik politik murahan Umno, khususnya untuk mencari apa jua kesilapan (jika ada) dilakukan Pakatan Rakyat hatta sebesar zarah sekalipun, jika boleh dimanipulasikan untuk kepentingan diri.

Ia dibuat sekadar untuk menunjukkan beliau tidak berdiam diri (tetapi bekerja) dan sebagai manipulasi untuk menonjolkan diri semasa persidangan pemilihan Umno yang sedang berlaku sekarang.Sesungguhnya dalam kes surat saya kepada Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri, saya sesekali tidak pernah mengarahkan diserahkan kerja-kerja selenggaraan parit kepada JKKK yang baru.

Dukacita saya dapati YB begitu lemah penguasaan dan pemahaman Bahasa Malaysianya sehingga tiidak dapat membedakan antara perkataan ‘arah’ dan ‘dipohon’. Secara lateralnya, jika ‘arah’ berert ia mesti diikuti, manakala dipohon bermakna merayu jika tidak menjadi halangan. Jadi ia terpulang kepada kebijaksanaan dan budi bicara Pengarah berkenaan untuk membuat keputusan.

Jika didapati ia salah dan bertentangan dengan etika, maka ia tidak harus dilaksanakan oleh pengarah berkenaan.Saya juga hairan mengapakah ahli JKKK lama masih ingin mempertahankan kedudukan dan harta atau perkakasan atau tugasan yang bukan menjadi milik mereka tetapi milik kerajaan negeri.

Yang terbukti salahguna kuasa ialah Umno, dengan menggunakan kedudukan sebagai Exco meminta JPN negeri menukarkan 4 orang guru keluar daripada Daerah Perak Tengah hanya kerana mereka dianggap menentang kuat parti Umno.
Selanjutnya di blog Ustaz Misbah http://misabah.blogspot.com/

Wednesday, October 15, 2008

Jamuan Raya PAS Kuala Krau

Ybhg Ustaz Dato Tuan Ibrahim TuanMan
(YDP PAS Kuala Krau)
serta
Seluruh AJK PAS K.Krau
Mempersilakan Saudara/i Semua
Ke Majlis
Jamuan Aidilfitri
PAS Kawasan Kuala Krau
di
Markaz PAS MTD Jengka,Rantau Perintis,
Bandar Jengka
pada
19 Okt hari Ahad
Jam 2.00 Petang-5.00 Petang

Dinsman,Aktivis Reformasi Terima Anugerah Kehormat Dari UUM.

Penyajak Reformasi yang terkenal dengan sajaknya "Macam Orang Gila' yang dituju khas kepada Dr Mahathir di atas berbagai kezaliman yang dilakukan di zamannya bakal menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Persuratan Dan Sarjana Persuratan dari Universiti Utara Malaysia di atas sumbangannya sebagai penggiat teater.

Dinsman atau nama penuhnya Syamsudin Othman yang juga abang kepada Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutpi Othman bakal menerima anugerah tersebut pada Konvokesyen ke 21 UUM pada 18 Oktober ini yang akan disampaikan oleh Baginda Sulatan Kedah Tuanku Abdul Halim Muazzam Shah selaku Cancelor UUM.

Pada era Reformasi 1998 ,Dinsman muncul sebagai penyajak terlantang mengkritik Dr Mahathir atas tindakan zalimnya memecat DS Anwar Ibrahim.Beliau sering diundang membacakan sajaknya di Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar.

Terbaru sajak terkenal beliau 'Macam Orang Gila'di bacakan kembali pada Himpunan PROTES di Stadium Kelana Jaya beberapa bulan lepas.

Berita lanjut di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1015&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_05.htm

Minyak Turun 15 Sen,Harga Barang Tak Turun Juga

Media-media propaganda BN tentu tak lepaskan peluang buat duit dengan berita gempar dan sensasi hari ini ,minyak turun lagi!

Tak sampai tiga bulan harga petrol turun tiga kali.Inilah buktinya kerajaan prihatin!Jaga kebajikan rakyat,sentiasa utamakan rakyat.

Itulah yang ada dalam benak kepala pemimpin Umno di cawangan-cawangan.Pembangkang ni memang tak pernah bersyukur!Bagi free pun depa tak puas hati jugak.

Tapi sabar dulu.Petrol tiga kali turun baru kurang 40 sen,beras turun berapa RM?Beras nak makan tiap hari.Tak turun turunpun.


Harga barang keperluan kata Ustaz Idris Ahmad macam umur manusia,bila dah bertambah tak akan berkurang dah.Kalau dah meningkat umur 50,walaupun belagak macam orang muda ,rambut belah tengah,tetap jugak 50 umurnya.Begitulah beras,tepong,gula ,kopi,minyak kelapa dan lainnya.


Sebab tu jangan dok rasa syok tak ketahuan dengan turun 15 sen harga petrol.Tiga bulan turun 40 sen,getah naik ke turun?Seminggu lepas raya getah dah turun seringgit!

Harga getah seperti yang dipaparkan pada Web RISDA pada 24 September RM 4.20 ,30 Sept RM 3.97, 3 Okt RM 3.91,10 Okt RM 2.91.Hari ni tinggal berapa ringgit?Datang pulak musim hujan.


Kepada penoreh getah,simpanlah dulu getah tuan tuan dalam batang getah ye!Tapi orang kelapa sawit tak boleh nak simpan,buat sawit tak kait pun dia keluar juga!Harga tinggal RM 330 setan yang sebelum pilihanraya mencecah RM 700 lebih.

Tolak upah loding,lori dll tinggallah RM 250.Dulu 4 tan boleh dapat dekat RM3000,sekarang tinggal RM 1000,hilang RM 2000 .Tak kan turun 15 sen hangpa jadi tak ketahuan,nak pangkah BN lagi!

Tuesday, October 14, 2008

Al Fatihah,Ibu Alias Meninggal Dunia

Al Fatihah
Ibu kepada saudara Alias Mohd Nasir Pengurus AlLias Agensi, meninggal dunia jam 3.30 tadi di hospital Temerloh.

Allahyarhamah Maliah dimasukkan ke hospital pada 3 Syawal yang lalu akibat tekanan darah rendah.Bagaimanapun beberapa hari lalu selepas kesihatannya bertambah baik,beliau kembali diserang penyakit dan koma sehingga hari ini.

Saudara Alias yang mengubungi Tukulbesi sebentar tadi memaklumkan jenazah ibunya akan dibawa pulang ke rumahnya di Block C Jengka 16 dan dijangka akan dikebumikan pada hari besok.

Allahyarhamah yang telah uzur sejak beberapa tahun lalu masih sempat memberi undi kepada calon PAs pada pilihanraya yang lalu.Beliau ialah isteri kepada bekas bendahari PAS Cawangan Allahyarham Hj Mohd Nasir Abdullah yang telah meninggal dunia selepas PAS menang di DUN Jengka pada PRU 1999.

Semua rakan rakan dipersila untuk menziarahi jenazah Allahyarhamah di Block C Jengka 16.

Jamuan Raya PAS Jengka 16

Jamuan Raya PAS Jengka 16 yang diadakan hari Ahad lalu diharap mampu meningkatkan hubungan dengan segenap lapisan masyarakat di cawangan ini.

Dengan kehadiran penyokong-penyokong Umno dan anak anak muda yang selama ini tidak memperdulikan soal politik,PAS kini tidak lagi dilihat asing dengan masyarakat.

Jamuan raya yang dihadiri oleh lebih 500 penduduk setempat itu telah diadakan di perkarangan Balai Islam(Marakaz Baru) Jengka 16 yang masih dalam pembinaan.

PAS Cawangan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang hadir dan menyumbangkan derma untuk program tersebut.

Sementara itu kerja kerja menyiapkan markaz baru yang mengandungi dewan utama seluas 30 kaki x 70 kaki telah disambung semula mulai semalam secara bergotong royong.

Sumbangan derma dan tenaga adalah dialu-alukan.










































































Monday, October 13, 2008

Parlimen Hari Ini:Dakwaan Anwar Sokong ISA,Batu Pahat Sasau!

Ahli Parlimen Batu Pahat disifatkan sasau apabila menuduh Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim pernah mempertahankan ISA dan menganggap akta itu baik dan patut dilaksanakan sewaktu beliau dalam kerajaan.

Fuad Zarkashi yang mendakwa Anwar dalam satu forum di Arizona bersama Ustaz Abdul Hadi ketika beliau menjadi Menteri Pendidikan mempertahankan ISA telah disanggah oleh Anwar di Parlimen sebentar tadi.

Anwar yang berucap panjang membahaskan belanjawan menegaskan beliau tidak pernah sama sekali mempeertahankan akta tersebut sebaliknya hanya pernah meminta akta tersebut diperbaiki.

Beliau turut menyindir Fuad yang dahulunya penyokong PAS tetapi beralih arah kepada Umno kerana kebendaan.

"Dulu daripada jauh lagi dia nak cium tangan Ustaz Hadi,sekarang kerana harta dan pangkat Ustaz Hadipun tah kemana',ujar Anwar disambut sorokan dari penyokong Pakatan Rakyat.

Anwar yang masuk kembali ke Par;limen selepas sepuluh tahun dinafikan,akan menyambung perbahasannya jam 10 pagi esok.

Tabung Azan UMNO Cheras,Cara Mudah Nak Buat Duit

Ketua Umno Bahagian Cheras yang melancarkan Tabung Azan semalam untuk disumbang kepada Utusan Melayu yang menghadapi saman fitnah oleh Teresa Kok menyifatkan tindakan Teresa menyaman akhbar tersebut sama dengan menyaman agama Islam.

Akhbar yang buat cerita bohong dan fitnah itu dibela oleh pemimpin Umno tersebut dengan membangkitkan sentimen agama .Begitulah cara mudah untuk buat duit dan cepat popular di musim musim pemilihan ini.

Membela pemfitnah dan bohong dirasakan sama dengan membela Islam,begitu jauh sekali tersasul Senator Syed Ali AlHabsyie dalam mengenali siapakah yang patut dibela.Tabung Azan yang diwujudkan itu 'kununnya' nak bantu Utusan dan juga untuk disumbang kepada masjid dan surau.Tetapi ,Umno dengan duit bak padi dengan ayam,mana boleh dok dekat.Berapa persen duit tu akan dapat kat masjid dan surau,berapa persen yang masuk poket pemimpin?

Apa pun janganlah melalut.Masa Ketua Umno Kota Bharu saman hudud di Kelantan,tak da seorang pun Umno yang tubuh Tabung Hudud,tapi bila Teresa saman Utusan yang fitnah dia,tiba tiba muncul Tabung Azan.Cepat betul ambil kesempatan!

Penternak babi kat Bukit Pelanduk Negeri Sembilan tentu masih ingat apa jadi dengan tabung tabung yang diwujudkan oleh MCA dan peruntukkan yang disediakan kerajaan Umno N9 zaman Mat Isa jadi MB dulu.Duit yang dikumpul ratus ribu untuk bantu ;penternak babi yang kerugian akibat babi babi mereka dimusnahkan kerana bawak virus JE,tak sampai pun duit tu ke tangan mereka,bocor di tengah jalan!

Lebih memeranjatkan,dalam senarai nama penternak babi yang patut terima duit pampasan,tiba tiba ada berpuluh nama orang melayu yang nak sebut kalimah 'babi' pun berasa loya.Datang dari mana nama-nama ni?Sape pulak yang tolong ambilkan pampasan untuk si Melayu ni?

Lelong! Lelong! Sekerap Hanya RM 2.30 1kg


Selepas seminggu berlalu,harga getah terus turun mendadak hari ini dari RM 3.65 Isnin lalu kepada RM 2.30 hari ini.

Menurut Roslan Mohamad seorang pembeli getah di sini,harga getah pada hari ini ada yang telah turun hingga RM 2.20

Menurutnya juga semalam disebabkan hari minggu , pembeli getah yang bimbang dengan penurunan harga getah hanya berani membeli dengan harga RM 1.80 sekilogram.

Bilakah suasana sebegini akan berakhir?Apakah penoreh getah perlu berehat dahulu dan menyimpan getahnya di dalam batang getah sehinggalah harga kembali pulih seperti biasa!

Jalan Sempit:Peneroka Hilang Sebelah Tangan

Masih baru lagi blog Tukul Besi mengingatkan tentang keadaan jalan yang sempit di kawasan Jengka.Pagi tadi seorang peneroka Felda Jengka 23 hilang sebelah tangannya apabila van yang dipandunya berselisih dengan sebuah traller.

Encik Jamil yang dipercayai dalam perjalanan pulang dari Pasar Borong Bandar Jengka telah berselisih dengan traller panjang berhampiran Jengka 17 yang menyebabkan sebelah kanan badan vannya musnah bersama dengan tangan kanannya.
Tangan kanan beliau yang putus hampir ke paras bahu tercampak di atas jalan dan beliau terperangkap di dalam kenderaannya sehingga pihak bomba datang sekitar jam 8.15 pagi tadi.Beliau sekarang telah dibawa ke hospital Kuantan.





Saturday, October 11, 2008

Terkini dari Acheh

Masjid Baiturrahman,di sinilah sedang berkumpul ratusan ribu umat Islam Acheh(Gambar ketika 1 Syawal)

Ratusan ribu rakyat Acheh telah mula berkumpul di perkarangan Masjid Raya Baitur Rahman sejak semalam lagi.Mereka membawa bendera Partai Acheh untuk menyambut kepulangan pemimpin mereka yang berpisah semenjak 30 tahun lalu.

Sekarang ini(Jam 12.30 waktu di Acheh)Hasan Tiro yang baru tiba di Indonesia setelah beberapa hari berada di Malaysia dalam perjalanan pulang dari tempat pelariannya di Sweden,sedang berda di Pejabat Gabenor Acheh,Irwandi Yusuf.Beliau akan memberi ucapannya selepas solat Zohor sebentar lagi.

Berbeza dengan Malaysia,tidak terdapat sekatan jalanraya oleh pihak polis,hanya yang ada sejumlah polis yang mengawal lalu lintas.Tugas tugas keselamatan yang lainnya diambil sepenuhnya oleh pihak penganjur dengan sukarelawan yang sedia berkhidmat menjaga ketenteraman sepanjang himpunan berlangsung.

Sehingga setakat ini jumlah rakyat Acheh yang sednag berda di perkarangan Masjid baitur Rahman dianggarkan 5 kali ganda Himpunan BERSIH di Kuala Lumpur.

Laporan terus dari Arruhuljadid,Banda Acheh

Episod Terbaru Islam Hadhari:Pelajar Islam Iringi Perarakan Berhala Budha

Kat Malaysia macam-macam ada,lebih kurang Astro jugak.ikuti berita selanjutnya harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=017295&Itemid=102

Himpunan 100 Ribu di Acheh Sebentar Lagi

Saya baru saja menghubungi wakil Tukul Besi di Banda Acheh yang sedang membuat liputan langsung himpunan 100 ribu umat Islam Acheh menyambut kepulangan Hasan Tiro pemimpin Gerakan Acheh Merdeka yang hidup dalam buangan selama lebih 30 tahun.

Untuk berita terkini dari Acheh sila ke link http://arruhuljadid86.blogspot.com/ Laporan terkini berkaitan himpunan dijangka akan di update selewat lewatnya Maghrib nanti.

Friday, October 10, 2008

Jamuan raya PAS Jengka 16.

PAS Jengka 16 akan mengadakan Jamuan Raya dan Rumah Terbuka Aidilfitri pada 12 Okt hari Ahad ini bermula jam 11.30 pagi hingga 2 petang.

Majlis akan diadakan di Perkarangan Markaz Barunya,Simpang Ke2 Jengka 16.Semua ahli dan penduduk Jengka 16 di jemput hadir.Ahli-ahli dari cawangan berhampiran juga dijemput ke majlis tersebut.

Pada majlis tersebut PAS Cawangan akan melancarkan gerakerja fasa kedua pembinaan markaz.Orang ramai yang berminat untuk menyumbang derma kewangan atau lain lain peralatan sangat dialu alukan.

Program korban sempena Hari Raya Aidil Adha juga akan dilancarkan di majlis tersebut.

Replika Anwar:Jangan Jadi Bapak Kambing Suruh Anak Mandi!


Dato Zahid Hamidi ketika mengulas isu replika Anwar yang didirikan penyokongnya di Batu Caves mendakwa ianya bercanggah dengan Islam.

Ustaz Nasarudin Tantawi telah mengulas panjang hukum Islam berkaitan dengan replika tersebut.Hakikatnya ia bukanlah berbentuk patung yang mempunyai tiga dimensi.Untuk perbahasan lanjut sila ke http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/
Tetapi yang nyata dua lagi gambar dalam blog ini sah ada lah sebuah patung.Satu nya patung Tunku di jalan Bukit Bintang.Patung Tunku juga boleh dilihat di hadapan bangunan Parlimen.Satu lagi ialah Tugu Negara.

Apa yang menghairankan ,Dato Zahid Hamidi tak nampak ke patung patung ini.Tak salah pulak dari segi syarak.Yang salah kalau tugu atau patung tu gambar pemimpin pembangkang.

Setiap kali sambutan Hari Pahlawan,pemimpin negara akan datang meletakkan kalungan bunga ditugu dan bertafakur,walaupun ianya difatwakan haram oleh Majlis Fatwa.

Lebih lawak lagi bila ada pemimpin BN yang menegur pembinaan replika itu dengan menganggap ianya satu pembaziran.Walaupun saya sendiri kurang setuju dengan pembinaan replika tersebut,tetapi bila BN bercakap soal pembaziran,tentulah saya tergelak besar.

Mana ada istilah 'MEMBAZIR' dalam kamus Umno /BN.Janganlah jadi kambing yang suruh anaknya mandi!Yang dia sendiri tak pernah kenal air sejak dari lahir ke bumi!

Wednesday, October 8, 2008

Detik Mendebar,Pak Lah Nak Jadi Sape!

Jam 3.30 ptg,detik mendebarkan seluruh rakyat Malaysia.Pak Lah mula meeting bersama pemimpin-pemimpin Barisan Nasional.

Pak Lah akan umumkan samada beliau akan terus pertahan jawatan Presiden atau berundur.Semuanya tertunggu-tunggu,siapa yang akan menyembelih siapa,siapa yang terkorban,siapa yang mengorbankan.

Kalau Pak Lah undur,bagaimana nasib menantu di Tingkat 4?Kalau Pak Lah lawan,bagaimana dengan Altantuya?Sorry,bagaimana dengan suami Rosmah?

Semua sedang menunggu penuh debaran.Kalaulah Pak Lah betul betul berundur,tak cerdik ke dia?Najib ganti Pak Lah,Ku Li lawan Najib,atau Pak Lah nak serah negara pada Anwar!

Sape pun ganti Pak Lah ,Umno tak ke mana jugak,rakyat macam biasa.Najib jadi PM,Pengerusi JKKK Jengka 14 tak kan jadi Pengurus Felda.Pokok getah tak akan keluar petrol.Getah sekerap tak kan jadi wangi.

Cuma satu saja yang paling pasti.Kalau Najib jadi PM,Pak Lah jadi Mahathir! Masa Pak Lah naik jadi PM dulu Mahathir jadi Tunku!Tunku pula jadi sape?Tunku jadi Dato Onn.Semuanya lawan Umno lepas tak jadi presiden.

Umno hanya dilihat betul ketika mereka jadi Tok Penghulunya.Bila dah jadi rakyat biasa,ahli bawahan, tak de seorang pun bekas Presiden Umno yang mengatakan Umno itu betul.

Peliknya bila Pengerusi JKKK yang tamat Darjah Tiga dan Tok Imam tua yang boleh tidurkan makmum masa khutbah Jumaat,berdengung sekali Umnonya walaupun baru sekali dibawa melawat free ke Masjid Putrajaya!Berdengung Umnonya lebih hebat daripada arwah Tun Ghafar Baba.

Kita tunggu kejap lagi,betul tak Pak Lah akan jadi Mahathir!

Monday, October 6, 2008

Penoreh Getah Mengeluh:Dapat 'Sekupang' Duit Raya,Ambil Balik Lima Kupang!

Hari ni penoreh-penoreh getah yang dapat duit raya 'sekupang' dari Pak Lah dengan penurunan harga petrol sebelum raya lalu mengeluh panjang.

"Dah lah dapat sekupang(sepuluh sen)duit raya,lepas tu mereka ambil balik lima kupang(lima puluh sen)",kata Mat Piah yang subuh subuh buta dah mengadap batang getah.

Setelah berehat beberapa hari kerana menyambut Syawal,hari ini penoreh-penoreh getah yang menjual getah sekerap terkejut besar apabila harganya menjunam turun sebanyak lima puluh sen.

Harga getah di Jengka 16 turun dari RM4.15 sebelum Aidilfitri kepada RM 3.65 hari ini.Bagi mereka yang menoreh getah dan tidak sempat menjual sebelum raya,hari ini baru mereka dapat menjualnya dengan harga yang jauh berbeza.

Roslan Mohamamad atau lebih dikenali dengan Lan Gunung seorang pembeli getah di kawasan ini mendakwa kejatuhan harga getah hari ini adalah rekod terburuk yang pernah dialaminya sepanjang hampir dua puluh tahun mencari rezeki dengan membeli getah.

Beliau yang membeli getah dari peneroka-peneroka di Jengka 16 dan sekitarnya mengakui mengalami kerugian besar hari ini.

"Hari ini tak de sape pembeli getah yang untung,getah yang kami jual ke kilang hari ini,kami beli hari Jumaat lalu dengan harga empat ringgit lebih,tapi hari ni harga dah merudum ",ujar beliau.

Manurut Roslan juga,pihak kilang sendiri menasihatkan pembeli getah agar memberhentikan sementara pembelian getah kerana di bimbangi akan mengalami kerugian besar.

"Masalahnya kalau kami tak beli,penoreh getah nak jual ke mana?",soal beliau.

Untuk tempoh beberapa hari ini,harga getah dijangka akan terus turun dan memberi impak besar kepada penoreh getah di negara ini.

Pahang Daily Bongkar Misteri Di Sebalik Kejadian Anggota Polis Mengamuk

Akhbar internet Pahangdaily hari ini membongkar misteri di sebalik kejadian seorang polis yang melepaskan 58 das tembakan rambang pada pada 1 Syawal lepas. Kisah anggota polis berusia 22 tahun dari Balai Polis Simpang Durian,Jelebu yang kemudiannya dikaitkan dengan masalah mental dan ajaran sesat seperti yang disiarkan oleh media utama di negara ini jauh berbeza dengan maklumat yang dibongkar oleh Pahangdaily.

Dalam posting terakhir blog ini (tukulbesi.blogspot.com) kami telah mendedahkan sedikit maklumat berkaitan kejadian .

Untuk info lanjut sila ke http://www.pahangdaily.blogspot.com/

Friday, October 3, 2008

Polis Mengamuk:Pimpinan Pemuda PAS Lipis Terselamat

Hasbullah Ludin pimpinan Pemuda PAS Lipis yang juga abang kepada Mutacohiri Ludin Exco Pemuda PAS Pahang terselamat walaupun cermin keretanya depan dan belakang pecah di tembak seorang polis yang mengamuk di Lipis semalam.

Sebaik menonton Buletin Utama TV 3 malam tadi yang menyiarkan kejadian tersebut,saya terus menelefon saudara Basirun Wartawan Harakah Pahang yang beraya di Lipis untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian.

Menurut Basirun,Hasbullah terselamat walaupun peluru dari pistol polis tersebut menembusi cermin belakang dan terus ke cermin depan.Beliau dipercayai sempat menundukkan kepalanya ketika tembakan di lepaskan.

Berita di Utusan Malaysia hari ini:
Anggota polis lepaskan 58 das tembakan

KUANTAN 2 Okt. - Gara-gara melepaskan 58 das tembakan ke udara akibat tekanan perasaan, polis hari ini menahan seorang anggota polis berusia 22 tahun bagi membolehkan dia dirujuk ke Jabatan Psikiatri Hospital Lipis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Asisten Komisioner T. Narenasegaran berkata, anggota polis dipercayai berasal dari Kelantan itu kini ditahan di bawah Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960 kerana melepaskan tembakan di kawasan yang tidak sah.

Katanya, anggota polis terbabit turut dirujuk ke Hospital Lipis bagi melakukan pemeriksaan psikologi untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian yang amat jarang berlaku di kalangan pegawai dan anggota polis di negara ini.

"Punca kejadian belum dikenal pasti dan polis masih menunggu laporan pemeriksaan hospital selain akan melakukan soal siasat ke atas anggota polis berkenaan terlebih dahulu.

''Polis tidak menolak kemungkinan lelaki berkenaan yang melepaskan berpuluh-puluh das tembakan secara rambang termasuk ke keretanya sendiri menghadapi tekanan sehingga sanggup bertindak demikian," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, tembakan tersebut turut terkena beberapa kenderaan lain yang berada di kawasan berhampiran tetapi tidak ada kecederaan dilaporkan.

Bagaimanapun katanya, setakat ini pihak polis juga belum menerima laporan mengenai kenderaan yang terkena tembakan tersebut.

Semalam Bernama melaporkan, seorang anggota polis melepaskan 58 das tembakan ke udara dipercayai akibat mengalami tekanan dalam satu kejadian di Kampung Selendang, Padang Tengku, Kuala Lipis.

Ketua Polis Daerah Lipis, Deputi Supritendan Abdul Razak Hassan dipetik sebagai berkata, anggota polis itu bertindak demikian pada pukul 6.30 pagi di kawasan berhampiran satu tanah perkuburan Islam.

Menurut beliau, anggota polis itu yang baru berkhidmat selama tiga tahun, turut melepaskan tiga das tembakan ke arah keretanya sendiri.

Abdul Razak berkata, anggota polis itu membawa pulang pistol yang sepatutnya ditinggalkan di tempatnya bertugas di Balai Polis Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan.

Sementara itu, menjawab satu soalan, Narenasegaran berkata, beliau tidak pasti bagaimana anggota polis yang bertugas di Balai Polis Simpang Durian itu boleh berada Kuala Lipis.

Namun, beliau tidak menolak kemungkinan lelaki terbabit singgah di situ ketika dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Kelantan.

Tambahnya, anggota polis berkenaan kini berada dalam keadaan stabil dan sedang melalui pemeriksaan hospital.

"Kejadian ini juga mungkin berkait dengan masalah peribadi anggota polis itu sendiri.
"Bagaimanapun kita bersyukur kerana tiada siapa yang cedera dalam kejadian itu," katanya.

Wednesday, October 1, 2008

1 Syawal di Jengka 16

Ahli jemaah sedang mengikuti khutbah raya yang disampaikan oleh Imam Hj Ahmad Sulaiman.
Ustaz Hj Harun Ahmad Imam 1 Masjid Jengka 16 yang mengimamkan solat Aidilfitri dipeluk oleh ahli jemaah sebaik selesai khutbah.Di belakangnya bilal Hj Syamsudin Anjam yang mencetuskan kontroversi apabila dilantik sebagai Imam 3 baru-baru ini.Semuanya dah selesai.
Khatib,Ustaz Ahmad Sulaiman bersalaman dengan ahli jemaah.
Ketua PAS Cawangan berjubah putih bersama peneroka block C2 di rumah terbuka Hj Suhaimi Abd Rahman,mertua kepada Abd Rahman Basri,AJK Umno Bahagian Kuala Krau.Sebelum Ramadhan lalu di perkarangan rumah ini,DS Khir Toyo menyampaikan ceramah politiknya.

Rombongan ahli kariah Block C2,anak menantu dan cucu bergambar kenangan di rumah Ketua PAS Cawangan Jengka 16. Generasi pewaris seangkatan,Cikgu Ayob berjubah putih kini Guru Besar di Ipoh,Ust Aris m,mengusahakan Kelas KAFA di Nadi Kota,Kahsim mendukung anak bertugas di KLIA,sdr Rosli@Jeman,Karim ,bertugas di Poliklinik Jengka,Ustaz Hj Hazlan Guru JQaf di Bentong juga pengendali Umrah dan Ziarah.Selain Ustaz Hazlan,semuanya seangkatan satu kelas Darjah 6 Hijau SK Jengka 16 1982, 26 tahun lalu.

Apa ceritanya?
Bila timbul isu bantahan ke atas Imam 3 sebulan yang lalu,pihak-pihak yang hendak mempertahankan Imam tersebut menuding jari menuduh pihak pihak tertentu yang memprotes adalah kerana sentimen politik kepartian.

Gambar-gambar di atas sekadar menambah bukti bahawa isu seumpama itu tidak pernah timbul di Jengka 16.Walaupun Ustaz Ahmad Sulaiman adalah pemimpin dan penceramah Umno yang tentunya turut bertanggungjawab memenangkan calun BN dan mengalahkan Dato Tuan Ibrahaim ,Ulama tersohor di daerah ini,tetapi belum terlihat kelibat ahli jemaah yang 90 persentnya dalah pendokong PAS untuk memboikiot beliau dari menjadi imam di masjid Jengka 16.

Begitu juga di pagi Syawal lalu,kalau atas nama politik sudah tentu Ketua PAS tak beraya di rumah mertua Abd Rahman Basri AJK Umno Bahagian yang membawa masuk Khir Toyo ke Jengka 16.

Semuanya tidak berlaku kerana ahli PAS cukup matang,suasana harmoni ini perlu dihormati bersama.