Buka yang tertutup,cerahkan yang gelap,pamer yang tersembunyi,cungkil yang terbenam,hanya kerana Allah.
Saturday, February 21, 2009
Ceramah Umum
Perhatian Untuk Penjual Akhbar Harakah dan Suara Keadilan
Saudara Abdullah Karim seorang peguam pemuda PAS yang juga Ketua Penerangan DPP Negeri Pahang mengingatkan semua pengedar akhbar tersebut segera melaporkan kepada pihak pimpinan parti bagi tindakan lanjut.
Katanya parti telah memutuskan untuk mengambil tindakan undang undang kepada KDN yang cuba menyekat pengedaran kedua dua akhbar tersebut kepada orang ramai.
Saifudin Nasution Akui Tak Kenal Permit Ceramah Ketika Dalam Umno
Selepas berjaya merompak kerajaan pilihan rakyat di negeri Perak,sepertimana mentornya yang terdahulu,Najib kini menggunakan polis untuk menghadapi kebangkitan rakyat.Pasukan FRU yang mungkin lama berehat mulai sibuk kembali dengan tugas menghadapi penyokong Pakatan Rakyat di program program ceramah.
Sekatan ceramah telah mula dilaksanakan di Perak ,Pulau Pinang,Kedah.rampasan terhadap harakah dan Suara Keadilan juga berlaku di seluruh negara.Ada laporan yang mengatakan pihak polis melarang isu Perak disentuh dalam ceramah.Soal permit ceramah dah mula di mainkan kembali.
Ketika kes kes saman ke atas polis kerana salah guna kuasa menghalang ceramah belum lagi selesai di mahkamah,akan ada pula kes kes baru yang bakal muncul sehari dua ini.Apa yang anehnya dalam pengalaman pengalaman lalu,permit ceramah seolah olah hanya diwujudkan untuk parti pembangkang sahaja.
Saifudin Nasation yang pernah menjadi pemimpin utama pemuda Umno mengakui tak pernah kenal permit ceramah ketika berada dalam Umno,tetapi sesudah bersama pembangkang baru lah dia tahu adanya permit ceramah.
Kadangkala kita cuba untuk berbaik sangka dengan pihak polis dengan menjalinkan hubungan melalui pertemuan ,dailog dan lainnya.Tetapi setiap kali itu juga kita akan kecewa dengan sikap polis apabila mereka terang terangan tunduk kepada kehendak Umno bukan kehendak undang undang.
Setiap kali pertemuan baik secara rasmi atau tidak rasmi,mereka tetap mempertahankan profesionalisme polis,tetapi bila sampai peringkat pelaksanaannya,cukup mengecewakan.Apabila kita tak ambil permit,mereka halang dan janji akan benarkan ceramah jika ambil permit.Bila dah pergi ambil permit,mereka tak keluarpun permit tanpa apa apa alasan.
Tapi yang lucunya ,polis yang kata bertindak profesional,tidak berpihak,tetapi bila permit tak dikeluarkan boleh pulak mereka bagi alasan,"kalau kami keluar permit susah lah,kami di cap sebagai pembangkang pula".
Tuesday, February 10, 2009
MB Umno Lebih Awal Sanggah Sultan Perak
Monday, February 9, 2009
Gempar:Bukit Gantang Tak De Pilihanraya Kecil !!

Perancangan Allah benar benar mencabar Najib di Perak.SPR tak dapat lagi meneruskan tali hayat Najib.Baru saja malam tadi anak anak muda di Perak melepaskan amarah kepada lelaki botak dari Pekan ini yang menunjukkan samseng dan kurang hajarnya di negeri Maharaja Lela dan Dato Sagor.
Lalu berlaku lah adegan petang Jumaat di Masjid Ubudiyah yang menajisi institusi payung rakyat itu.Semuanya gara gara lelaki botak yang dikaitkan dengan wanita Monggolia.Belum sampai sepuluh jam dari maki hamun,sumpah seranah anak anak keturunan Dato Sagor dan Maharaja Lela itu,akhirnya si Najib benar benar dimakan sumpah orang Perak.
AlFatihah YB Roslan Kembali Kerahmatullah
Alfatihah untuk YB Roslan Shahrom yang kembali kerahmatullah pagi tadi kerana serangan jantung.Rakan saya Khalil dari Kota Tampan Perak memaklumkan beliau yang ketika itu sedang menunggang basikal terjatuh dari basikalnya akibat serangan jantung.Allahyarham Roslan bekas Setiausaha Persatuan Ulama Malaysia cawangan Perak memenangi kerusi Bukit Gaantang mewakili PAS dengan majoriti 1566 undi pada PRU lalu.Parlimen Bukit Gantang mempunyai 63% pengundi melayu,27% Cina,9% India.
Kuasa Allah tiada siapa yang mampu menyanggah.Walaupun SPR dan Umno bersungguh benar tidak mahu mengadakan PRK Changkat Jering dan Behrang,hari ini mereka tak mampu nak mengelak lagi.
Dengan pecahan pengundi seperti yang disebutkan peluang untuk PAS mendapat kelebihan undi adalah lebih cerah.Pastinya Najib akan kecundang untuk kali ke tiga berturut turut.Demikianlah Maha Besarnya Allah merancang segalanya.
Friday, February 6, 2009
MB Haram Sedang Di tabalkan
Di masjid Ubudiyah Bukit Chandan yang terletak berdekatan istana,ribuan rakyat bertempur dengan polis yang melepaskan gas pemedih mata ke arah mereka.
Sementara itu dalam bicara di Astro Awani sebentar tadi,Dr Abu Hassan Hasbullah dari Universiti Malaya terus mengecam hebat situasi yang sedang berlaku di Perak dengan menyifatkan sebagai 'politik belukaraya' bagai enau yang melepaskan pucuk masing masing tanpa pedulikan tumbuhan lain.
"Budaya singgular iaitu hanya individu tertentu menjadi penentu nasib rakyat sedang berlaku".
Kurang Hajar!
Kejadian ini berlaku ketika Dato' Seri MB dan EXCO-EXCO Pakatan Rakyat berada di pejabat Menteri Besar. Ketika itu MB sedang dikerumuni oleh para wartawan yang begitu ramai untuk membuat liputan. Pihak polis turut digunakan oleh Dato' SS setelah pihak keselamatan pejabat SUK tidak sampai hati berbuat demikian.
Kedatangan MB dan EXCO disambut dengan mesra oleh pegawai-pegawai keselamatan pejabat SUK, begitu juga pegawai-pegawai kerajaan dan staf-staf pejabat turut menyambut dan ada yang mengiringi MB ke pejabat.Beliau sempat melawat beberapa pejabat EXCO yang lain.
Sebahagian pejabat telah dikunci dan tidak dibenarkan masuk, antara pejabat EXCO yang dilawati oleh MB ialah Pejabat Dato' Ngeh Kho Kham, menurut Ngeh, banyak fail-fail di rak fail telah tiada, hanya fail dan dokumen peribadi Ngeh sahaja yang ditinggalkan atas meja.Seketika sebelum meninggalkan bangunan SUK, pegawai-pegawai kerajaan dan staf-staf pejabat mengerumuni dan bersalaman dengan MB.
Riak muka yang ditunjukkan semuanya menampakkan sayu dan sedih, ada juga yang menitis air mata. Mereka bersedih kerana pemimpin yang disayangi, mudah didampingi, mesra dan suaranya yang sentiasa memberi nasihat selepas Solat Zohor tidak akan didengari lagi.Ramai juga yang bersalaman dengan saya dan berpeluk-pelukan. Saya sempat berbisik dengan beberapa orang yang bersalaman dengan saya, "Insyallah, kalau ada kejutan nanti, kami akan kembali semula ke sini".
Thursday, February 5, 2009
Munajat Rakyat Jengka
Tokoh Akademik Dakwa Perak Kembali Primitif
Katanya ,langkah terbaik mengahadapi situasi sekarang ialah menyerahkan kembali kepada rakyat untuk memberi mandat kepada parti mana yang mahu mereka pilih untuk mentadbir negeri ini.
Nizar Terus Pertahankan Kerajaan Pilihan Rakyat
Pertama : Melalui pembubaran DUN, MB Perak menasihati Paduka Seri Sultan Perak supaya membubarkan DUN bagi membolehkan pilihanraya peringkat negeri diadakan dan memberi mandat rakyat memilih kerajaan yang baru.
Kedua : MB Perak dan semua EXCO meletakan jawatan dan menyerahkan jawatan kepada parti yang mendapat kerusi majoriti memerintah Perak.
Ketiga: Melalui usul undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri. Sekirnya pilihan pertama dan kedua tidak berlaku, rakyat kena menunggu sidang Dewan Undangan Negeri dipanggil bagi membolehkan Usul Undi tidak percaya dibentangkan. Justeru itu, selagi Sidang DUN belum bersidang dan Usul Undi tidak dibentangkan dan mendapat undi majoriti, selagi itulah Kerajaan Pakatan Rakyat kekal memerintah.
Wednesday, February 4, 2009
Isu Lompat:Hikmah Tersembunyi
Pada saya , sebelum kita melihat atau bertemu segala hikmah yang lain , ia adalah jawapan yang sangat praktikal bahawa perjuangan perlu bertunjangkan Aqidah . Tanpa Aqidah perjuangan , ianya serapuh biskut marie .
Harap sahabat - sahabat seperjuangan dapat bersabar atas apa yang berlaku . Segala episode malang ini berpunca dari sebuah pengkhianatan . Khianat terhadap amanah perjuangan . Khianat terhadap amanah rakyat . Khianat kepada diri sendiri sehingga hilang dan luruh segala harga diri semahal daging lembu korban .
Justeru , berkali telah ku katakan .... bahawa intima' atau penglibatan kita dengan perjuangan ini mestilah berasaskan Aqidah . Tanpa aqidah , inilah jadinya .
Apa pun , semua pihak wajar kembali kepada Allah swt , berdoa dan bermunajat agar Allah swt menunjuk jalan bagaimana mahu menyelamatkan kerajaan ini . Semoga Restu Allah swt kepada kita .
Terkini:Tuanku Tangguh Perkenan Bubar DUN Perak
YAB MB Perak memaklumkan Tuanku Sultan Perak meminta menangguhkan dulu perkenan bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak. Tuanku tidak pula memaklumkan bila Baginda ingin memaklumkan perkenan tertsebut kepada YAB MB.
Beliau menyatakan dalam satu mesyuarat tergempar bersama seluruh Ahli Jawatankuasa Perhubungan Negeri Perak di pejabat PAS Perak. Beliau telah menghadap Tuanku jam 5.00 petang tadi dan sudah berada di Istana Kinta sejak jam 3.45 petang. Beliau memohon menghadap Tuanku sejak malam tadi tetapi tidak dapat maklum balas oleh pihak Istana. Sehinggalah pukul 11.00 pagi , pejabat Menteri Besar dimaklumkan oleh Istana yang Tuanku menerima menghadap jam 5.oo petang.
Berbagai usaha dilakukan bagi membolehkan dipercepatkan menghadap tetapi gagal.Sepanjang hari di pejabat Menteri Besar, orang ramai serta para wartawan sentiasa berkunjungan. Dalam masa yang sama, MB Perak telah memanggil semua ADUN Pakatan Rakyat menandatangani persetujuan permohonan MB memohon perkenan Tuanku bagi membubarkan DUN Perak.
Kesemua ADUN Pakatan Rakyat hadir kecuali ADUN Bota dan ADUN Jelapang yang saya difahamkan mereka dicolek oleh agen-agen BN. Telahan kami tepat apabila mereka turut muncul bersama semua ADUN BN termasuk ADUN Behrang dan Changkat Jering di Putrajaya dalam sidang akhbar Timbalan Perdana Menteri yang mengumumkan kemasukan mereka dalam BN.
Kini selain berdoa dan solat hajat, harapan kita supaya Tuanku memperkenankan pembubaran DUN Perak dan memberi mandat kepada rakyat memilih semula kerajaan negeri Perak.Malam esok (malam Jumaat) seluruh rakyat Perak akan berkumpul di Arena Square, Kuala Kangsar untuk bermunajat dan solat hajat memohon petunjuk dan pertolongan Allah swt agar Kerajaan Pakatan Rakyat dapat diselamatkan.
Malam ini, suasana di Pejabat Perhubungan sentiasa dikunjungi orang ramai., begitu jua di Kediaman Menteri Besar, orang ramai termasuk para wartawan juga berkumpul. Mereka ingin tahu perkembangan seterusnya dari masa ke semasa. Pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Perak pula sedang bermesyuarat di Kediaman MB bagi mengambil tindakan seterusnya.
Info Terkini Dari Perak
Sila layari blog berikut untuk info dari Perak.
http://idhamlim.blogspot.com/
http://misabah.blogspot.com/
http://alhusseyn51.blogspot.com/
Jamal & Osman Boleh Terus Main Aci Nyorok
Mereka juga dinasihatkan supaya meneruskan bermain aci nyorok, permainan budak-budak kampung yang jadi kegemaran mereka''Mesyuarat exco kerajaan negeri akan datang mereka tidak perlu datang.
Malah sidang DUN juga mereka tidak perlu hadir sebab mereka sudah letak jawatan," kata MB Nizar sewaktu sidang media malam tadi dikediamannya.Nizar memberitahu , kerajaan negeri tetap berpegang dengan pendirian bahawa Jamaluddin dan Mohd. Osman sudah meletak jawatan.
AlHusseyn : Woit! Seronoklah deme berdua tu…cuti memanjang dapat pulak main aci nyorok! Kome teruslah menyorok, tapi 10 Februari ni jangan lupa tunjuk muka di mahkamah.Ramai orang nak meludah kome berdua tu!
Tuesday, February 3, 2009
2 Ekor Beruk Jatuh Pokok Petai,Apa Cerite Yob Oi!
Pengumuman Pengerusi SPR tadi telah selamatkan air muka Najib.Kalau berlaku pilihanraya banyaklah pampers yang terpaksa dibekalkan untuk si Najib yang dah dua kali terkencing di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.Najib belum bangun dari sujud syukur sejak tengahari tadi!
Sunday, February 1, 2009
Pejuang Bahasa Ke Pentas Politik,Bakal Gegar Negara
Baru semalam 500 pencinta bahasa ibunda dengan berani berkumpul di Sogo di pimpin bekas Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Dato Hasan Ahmad melancarkan Kempen Himpunan 100 Ribu Rakyat membantah pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.Programyang di hadiri berbagai tokoh yang tidak pernah muncul di jalanraya sebelum ini pastinya mencipta satu sejarah baru menjelang berundurnya PM Abdullah.
Satu kebangkitan rakyat yang hampir lengkap meliputi dari pak tani dan buruh kasar hinggalah kepada profesor profesor sedang menunggu saat untuk membuat satu kejutan sedahsyat letuipan atom Hiroshima dan Nagasaki.Untuk tempoh terdekat ini pastinya letupan itu sangat bermakna bagi DUN Changkat Jering dan Behrang yang akan mengahadapi Pilihanraya Kecil dalam tempoh 60 hari dari sekarang.
Notis Roboh Kedai:Kontraktor Umno Jadi Piyon Pejabat Tanah
Kedai kedai yang ada di simpang Jengka 16 itu telah dibina sebahagiannya sejak tahun 80 an lagi,waktu saya di Tingkatan Satu lagi.Kesemuanya terletak di atas rezab jalan raya.
Notis yang dihantar bertarikh 6 January 2009,tetapi sampai ke tangan peniaga pada 30 January 2009,lewat 24 hari.Tarikh akhir untuk berpindah ialah 30 hari dari tarikh notis iaitu pada 5 Febuary 2009.Ertinya peniaga hanya ada 6 hari.Sungguh ke nak suruh pindah atau sebenarnya nak ugut?
Alasan yang diberi ialah kerana meneroka tanah kerajaan tanpa kebenaran dan boleh di kompaun tidak melebihi 10 Ribu Ringgit atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua duanya.Tetapi notis berkenaan hanya meminta dirobohkan sendiri bangunan kedai berkenaan ataupun tindakan merobohkan akan dilakukan oleh Pejabat Tanah seandainya tiada tindakan diambil oleh tuan punya kedai sehingga tarikh akhir yang diberikan.
Anehnya Pejabat Tanah Maran tidak mahu mengenakan kompaun sebaliknya memilih untuk bertindak merobohkan kedai tersebut.Ertinya dua dua pihak tidak ada untung.Yang pastinya Pejabat Tanah akan menjadi sasaran kecaman orang ramai yang selama ini kedai kedai berkenaan telah banyak membantu mereka.
Friday, January 30, 2009
Dato Tuan Berjaya Sampaikan Sumbangan Warga Jengka Kepada Pemimpin HAMAS
Demikian laporan terkini yang saya terima dari Setiausaha Sulit beliau yang baru pulang ke Malaysia sebentar tadi.Info lanjut akan menyusul Insya Allah.
Pemuda Maut di 'Jalan Maut'
Saya yang berada dilokasi kejadian pada jam 9.00 malam sempat melihat Mohd Shahir menghembuskan nafasnya selepas motorsikal RXZnya merempuh sebuah kereta yang hendak membelok masuk ke Jengka 16.Ketika itu kedua dua kenderaan tersebut dari arah Bandar Pusat.
Allahyarham Shahir mengalami pendarahan dan kecederaan serius dibahagian kepala dan lehernya.Dalam keadaan tidak sedarkan diri,nafasnya turun naik ketika itu.Saya sempat menghubungi keluarganya melalui handphone Allahyarham yang saya ambil dari poket seluarnya dan memaklumkan kemalangan tersebut.Tetapi ketika itu beliau telahpun tidak bernyawa lagi.
Antara kedua dua motor yang merempuh dan kereta yang membelok tiada siapa yang boleh dipersalahkan kerana di tengah simpang tersebut sememangnya terdapat garis putus putus yang membolehkan kenderaan memotong.Keprihatinan pihak berkuasa saja lah yang di tunggu tunggu untuk memasang tanda amaran atau sebagainya.
Kepada keluarga Allahyarham bersabarlah dengan takdir Ilahi.
Lepas Matau ,Jengka 16!
Apa kerja YB baru ni?Isu Matau tak selesai ,kat Jengka 16 pulak!Saya akan dapatkan maklumat petang ini dari peniaga peniaga berkenaan.Abang Wan tak nak gi sekali ke?Bimbang kut orang Jengka 16 tersilap mana satu YB yang menang PRU lepas.Saya YB,Yang Berusaha!
Kerana 'Otak Duit' Cadangan Pembinaan Sekolah Di Tolak
Tanah tersebut asalnya dicadangkan untuk dibangunkan sekolah menengah.Tetapi hari ini hanya tinggal semak samun dan bakal menjadi hutan belantara sedikit masa lagi.Menurut penduduk tempatan cadangan pembinaan sekolah menengah telah di tolak oleh pimpinan masyarakat setempat yang tentunyalah berkiblatkan Umno.
Alasannya cukup mudah.Rancangan Felda ini memiliki basnya sendiri.Kalau ada sekolah menengah,tak kan berjalan lah bas itu,kerana pelajar pelajar boleh datang sendiri ke sekolah.Maka tak masyuk ler .Biar ler sekolah jauh sikit,baru bas tu berfungsi,baru lah ade income nya!Logis!Logis!Boleh ler faraid sikit sorang hasilnya tiap tiap bulan.
Akhirnya pembinaan sekolah itu pun dipindah ke rancangan Felda lain yang lebih berminat.Begitu lah cara berpikir pemimpin Umno dari Felda sampai ler ke Parlimen.Sama saje,otak nye memikir duit.Macam ler ayam dengan padi,itik dengan air,Umno dengan.... duit ler.
Buku Nostalgia Syuhada Palestin Edisi Khas Akan Kembali

Bagi yang belum mengenali buku berkenaan, Nostalgia Syuhada' Palestin merakamkan rentetan sejarah penuh tragis bumi Palestin. Merakamkan penderitaan umatnya sejak ratusan tahun. Paling memberi kesan kepada pembaca ialah kisah-kisah para pejuang yang sebahagian besarnya telah gugur syahid. Kisah lebih kurang 60 orang pejuang Palestin dimuatkan di dalam buku Nostalgia Syuhada' Palestin.
Walaupun saya adalah pengarangnya, tetapi setiap kali saya membaca kembali catatan perjuangan mereka, air mata saya akan menitis.
Friday, January 23, 2009
Ceramah di Jengka
dan Ust Shahril Azman
23 Januari 09(Jumaat malam ini)
Di Markaz PAS Jengka 18
Ceramah Ustaz Nasharudin Mat Isa
Timbalan Presiden PAS/Pengarah Pilihanraya PAS PRK Kuala Trengganu
24 Januari 09(Sabtu-esok 9malam)
Markaz PAS MTD Jengka,Rantau Perintis Bandar Jengka
Ceramah Palestin
Selepas Maghrib
Masjid Jengka 18
Ceramah & Jamuan Kemenangan PRK K.Trengganu
Ustaz Azman Syafawi Abd Rani
(Naib Ketua Pemuda PAS Pusta/Ketua Pemuda PAS Trengganu)
28 Jan 09 Rabu 9.00 mlm
Markaz PAS Jengka 16
Thursday, January 15, 2009
Pengalaman Di belasah Polis Malaysia Kerana Lawan Israel
Baru saja minggu lepas 21 orang ditahan polis kerana membantah kekejaman zionis ke atas warga Palestin,tiba tiba hari ini kerajaan yang bertangjawab ke atas polis polis itu berlagak sebagai hero rakyat Palestin.Apakah kerajaan BN masih punya agenda politik dalam lakonannya sebagai hero rakyat Palestin ini terutamanya disaat kempen pilihanraya kecil Kuala Trengganu sedang hangat berjalan.
Tindakan polis menahan 21 penunjuk perasaan ini bukanlah perkara asing di negara Malaysia ini,tambah tambahan lagi yang berhimpun itu penyokong parti pembangkang,cepat sahaja polis bertindak.Tetapi kalau kumpulan itu penyokong BN,walaupun berlaku aksi ganas,tak akan salah.Lihat sahaja aksi polis ketika penyokong PEWARIS mengejar wanita Cina yang mengutuk PEWARIS yang menyokong ISA.
Walaupun wanita itu di tempeleng dan hampir tersungkur,polis nya begitu baik hati dengan kumpulan penunjuk perasaan.Tiada berita besar pun di dada akhbar yang mengkritik kumpulan tersebut,tiada kenyataan pun dari Musa Hasan!
Kekasaran polis terhadap kumpulan anti zionis bukanlah benda baru.Tanggal 4 April 1997 ketika berlaku bantahan terhadap kedatangan pasukan kriket Israel ke negara ini,saya sendiri sudah rasai 'baik hatinya dan prihatinnya' polis Malaysia.
Selesai sahaja solat Jumaat di Masjid Ar Rahman Pantai Dalam sebelah pintu utama ke Universiti Malaya,ketika ribuan para jemaah melaungkan Takbir dan kutukan ke atas Israel laknatullah,pasukan FRU bertopi merah dengan penuh ketakburannya menembak meriam water cannon mengandungi asid yang memedihkan mata,menggatalkan dan memeritkan kulit di tambah lagi dengan tembakkan gas pemedih mata yang begitu menyiksakan.
Saya sendiri yang berada bersama ribuan umat Islam yang lain yang basah bermandikan asid dalam keadaan sesak nafas lari masuk ke Masjid Ar Rahman,tetapi polis Malaysia yang biadab tidak tahu menghormati rumah ibadah umat Islam terus melepaskan beberapa tembakan gas pemedih mata yang jatuh ke halaman masjid.
Mereka minta kita bersurai,tetapi mereka menembak orang yang sedang bersurai.Dari jam 3.00 petang kami di kepung di masjid tersebut hinggalah azan Isya',polis menceroboh masuk ke dalam masjid dengan berkasut yang di sarung plastik menangkap kami yang mahu mengerjakan solat Isya.Tiada seorang pun dibenarkan solat Isya ketika itu.250 orang diangkut ke balai polis .Malam itu kami diagih agihkan ke seluruh lokap polis di Kuala Lumpur termasuk,Pantai ,Briekfield,Sentol dan lain lain.
Ketika saya diheret FRU dari dalam masjid,beberapa orang FRU beragama Islam membelasah saya bagaikan lembu dengan cota di tangan mereka.Tengkok,paha dan belakang saya jadi sasaran mereka.Tetapi sesuatu yang memeranjatkan apabila seorang polis yang bukan Islam menegur tindakan polis polis melayu yang membelasah saya.
Antara yang ditahan bersama saya ketika itu ialah Hj Mahfuz Omar,Salehudin Ayub,Hanifa Maiden yang tak terlibat pun dalam demontrasi,Misbahul Munir,abang Jamal Unit Amal dan ramai lagi.
Dalam perbicaraan yang berlangsung hampir lima tahun,saya sendiri menjadi saksi pembela kepada Hj Mahfuz,Salahudin Ayub,Pak Amjal dan Cikgu Minghat.Pada tahun 2001 tiga dari mereka di sumbat ke penjara Kajang,Cikgu Minghat yang agak uzur telah membayar denda.Mereka dipenjara ,di denda di belasah bukan kerana apa apa jenayah yang mereka buat,tetapi hanya kerana melaungkan 'Jahanam Israel,jahanam Yahudi!".
Wednesday, January 14, 2009
SMS Dari Ezam
Sebelumnya saya terbaca dua sms dari bekas Ketua AMK yang sekarang turut sama membantu Wan Farid di Kuala Trengganu yang dihantar kepada dua orang sahabat saya.
Ezam adalah satu nama yang sudah tidak popular terutama selepas PRK Permatang Pauh yang menyaksikan BN gagal merampas kerusi yang mjenjadi milik PKR yang sebelum itu sememangnya milik Anwar Ibrahim.Tetapi kekalahan BN dikaitkan dengan kehadiran Ezam dengan kempennya memburukkan idola dan bintang pujaannya sejak berkurun lama yang menjadikan penyokong Umno sendiri meluat dengan gelagat Ezam yang cuba menjadi hero baru Umno padahal masih segar benar dalam ingatan mereka maki hamun kepada Umno itulah zikir si Ezam.
Penyertaan Ezam ke dalam Umno berkait rapat dengan krisis peribadinya dengan Anwar.maka tidak hairan kalau beliau bermati matian berkempen untuk gagalkan Anwar ke Parlimen pada PRK Permatang Pauh yang lalu.Tetapi apabila beliau turun berkempen membantu Wan Farid untuk menentang calun PAS,pastilah beliau melakukan silap besar.
Tetapi ada maklumat yang sampai kepada saya mengatakan beliau sedikit keberatan untuk membantu calun BN di PRK Kuala Trengganu,tetapi dek kerana dah jadi ahli Umno ditambah lagi Wan Farid itulah yang bertanggungjawab mengutip beliau kembali ke dalam Umno,maka atas dasar terhutang budi,terpaksa beliau turun ke Kuala Trengganu untuk membantu calun BN itu.
Bagaimanapun apabila saya menerima sms dari Ezam,"Ya sudah tentu" yang bermaksud ,beliaulah yang akan berdepan dengan munafik di dalam Umno ,maka berbagai andaian boleh dibuat orang.
Boleh lah diandaikan saudara Ezam ini jiwanya belum sebati lagi sebagai jiwa Umno.Jiwanya masih penuh kesangsian dengan langkah yang dipilihnya sendiri.Maka kempennya di Kuala Trengganu itu bukannya untuk menolong Wan farid tetapi untuk menolong dirinya sendiri agar dilihat sudah benar benar tulen sebagai ahli seumur hidup Umno supaya langkahnya lebih panjang ke hadapan.
Kalau Ezam itu sendiripun tak percaya sepenuh hati kepada Umno,maka kenapa pula orang Kuala Trenganu nak percaya dengan Umno dan cakap Ezam dalam kempen kempennya di sana.
Tetapi andai ditakdirkan keputusan PRK pada 17 Januari ini menyaksikan sekali lagi BN berkubur sebagaimana di Permatang Pauh,maka alamat pendeklah umur saudara Ezam Mohd Nor ini.Maka mungkin benarlah pengakuan nya "Ya sudah tentu" itu.
Bangkit Dari Keletihan
Apa pun dalam perjuangan ini baik dibidang mana,pentas politik,pendidikan,sukan ,penulisan, apa jua yang disebut perjuangan ,tak kan lepas lari dari melalui ujian Maha Pencipta.Ujian itu lah yang mematangkan perjuangan kita.Bila datang ujian Tuhan,kita bermuhasabah menginsafi perjalanan yang telah kita lalui kalau kalau ada yang tergelincir dari landasan,cepat cepat kita betulkan.Orang yang beriman akan terasa dirinya begitu kecil di sisi Allah baik dia seorang pemimpin besar mahupun berpangkat gurkha sahaja dalam perjuangan.
Tak semua yang kita rancang akan berjalan mengikut kemahuan kita. 'A' yang kita mahu,mungkin 'B' yang terjadi.Begitulah aturan Allah.Kita tentunya mahu mudah,mahu senang,mahu menang.Tapi tak mungkin Dia akan membiarkan kita mengikut apa saja yang kita mahu.Lantaran itu ujian yang didatangkan Allah adalah untuk mengajak kita kembali mengingatiNya.
Menulis tanpa upah dan penghargaan tentunya memenatkan.Tetapi di alam cyber hari ini,setiap penulis cukup puas apabila tulisannya dibaca orang,samada pembaca nak terima atau tidak,itu nombor dua.Kalau pembaca nak copy dan siarkan di ruang lain,ahlan wa sahlan,tapi jangan lupa catatkan sumber ambilannya.
Atas rasa cukup tak selesa bila ditanya orang ,apa jadi dengan Tukulbesi!Maka hari ini Tukulbesi bangkit dengan penuh keletihan untuk mengetuk keyboard komputer supaya semuanya tidak merasa hampa.Insya Allah tunggu sebentar.
Saturday, December 27, 2008
Pendedahan Kezaliman ISA Malam Ini
Friday, December 26, 2008
Selamat Bersemadi,Che Awang.
Che' Awang atau Jusoh ,54 tahun kembali ke rahmatullah malam tadi ,malam Jumaat dan telah selamat disemadikan pada jam 11 pagi tadi di Tanah Perkuburan Bandar Jengka setelah beberapa hari terlantar di rumahnya akibat serangan penyakit dipercayai Cikungunya.
Dalam suasana hidup serba sederhana sebagai pemandu van mengangkut pelajar,beliau telah menghabiskan sisa hidupnya menyumbang bakti untuk perjuangan Islam khususnya di Bandar Jengka.Tanpa jawatan penting di dalam PAS,Allahyarham Che Awang melakuklan tugas penting yang tak ramai orang sanggup lakukan.
Setiap kali jamuan raya,kenduri tahlil diadakan di Masjid Lama yang memerlukan tenaga penting di ceruk dapur ,bahagian penting yang tidak popular,tanpa upah tanpa pujian,Che Awang pastinya ada di situ.Dia akan bertarung dengan asap,dia sudah lali dengan panasnya bara api,dia akan berada seawal mungkin dan pulang seusai program,siap pinggan dibasuh,periuk di tiarap.
Sudah puluhan ribu rakyat Jengka yang makan nasi dan gulai dari air tangannya.Dari Kak Odah di Matau yang jadi mangsa banjir sampai lah Pak Hing di Jenderak ,semuanya dah rasa masakan Che Awang.Busu dan Lutfi dah hilang regunya di dapur Masjid Lama.
Ketika musim pilihanraya,Che Awang memikul buluh,memacak bendera bersama anak muda,menjaga poster dan sepanduk dari gangguan lawan.Dia jugalah yang mengusung tiang khemah,memasang,membuka ,melipat.Tak de siapa yang janjikan upah untuknya.Pada Che Awang,upah paling besar yang tidak ternilai harganya hanyalah ganjaran Allah di hari akhirat.
Hari ini khidmat Che Awang sudah berakhir.Dia sudah dijemput Khaliknya untuk pulang untuk menerima ganjaran amal baktinya.Dia tak ke dapur lagi,tak mengusung buluh lagi.
Selamat bersemadi Che Awang bersama dengan para pejuang yang mukhlis.Barangkali nama Che Awang tidak popular di dunia tetapi mudah mudahan namanya disebut sebut di kalangan makhluk di langit.
Ya Allah ampunilah segala dosa saudara kami ini,terimalah segala amal baktinya,masuk kan lah dia ke dalam syurga bersama-sama para anbiya,syuhada dan solehin.Kurniakanlah kesabaran kepada kaum keluarganya.Amin ya rabbal alamin.Al Fatihah
Hari Anugerah Kecemerlangan UPSR Wilayah Jengka-Satu Komentar Ikhlas
Program yang diadakan di SMK Jengka 16 melibatkan 37 dari 38 buah sekolah di Wilayah Jengka turut dihadiri ibu bapa dan anak anak mereka yang berjaya dalam UPSR dengan mendapat 5A.
Di samping para pelajar yang berjaya menerima cenderahati tanda penghargaan,guru guru dari SK Jengka 16 yang terus mencipta rekod kejayaan cemerlangnya pada tahun ini turut dihargai walaupun hanya dengan sedikit tanda peringatan,namun ianya tetap bermakna.
Cenderahati yang diterima guru guru dari SK Jengka 16 pastinya atas inisiatif Pengurusan Felda di Jengka 16 sendiri.
Cuma terasa wujud sedikit kecacatan yang perlu diperbaiki apabila Guru Besar atau wakilnya dari sekolah sekolah lain dan Pejabat Pendidikan Daerah tidak dilibatkan sekali,seakan akan mereka sedikit dipinggirkan walaupun barangkali niatnya tidaklah begitu.Kemungkinan pihak penganjur terlepas pandang dalam hal ini.
Terdengar juga sungutan dari pihak sekolah, apabila undangan kepada ibu bapa dan pelajar tidak melalui pihak sekolah,sebaliknya terus kepada pelajar dan ibu bapa mereka.Hal ini perlu diperingatkan pada masa akan datang.
Pastinya suasana program Hari Anugerah Kecemerlangan UPSR itu lebih menyemarakkan dengan penyertaan mereka yang berkenaan.
Pada majlis tersebut juga SK Jengka 16 menerima sumbangan RM 1000 dari pihak Felda,lebih besar dari yang diterima pada tahun lepas.Berapa juga jumlahnya,pihak sekolah pasti akan tetap menghargainya.
Cuma selaku bekas pelajar dari sekolah yang telah mencipta namanya kebelakangan ini,saya mengulangi saranan yang pernah dicatat di blog ini,agar pihak Felda dapat menyalurkan satu peruntukan khas bagi menambahkan bahan bahan bacaan di perpustakaan sekolah yang agak uzur,sesuai dengan namanya Sekolah Perkasa Felda.
Kalau pada tahun lepas SK Jengka 10 telah menerima peruntukkan besar untuk pembinaan astaka sekolahnya yang barangkali mencecah 20-30 ribu,maka lebih layaklah SK Jengka 16 menerima habuan yang sama sesuai dengan kejayaan yang dicapainya.
Tuan Hj Shaari Din ,Pengurus Felda Wilayah Jengka yang berpendidikan tinggi pastinya begitu prihatin dan sangat bersetuju dengan cadangan ini.Kita akan sama sama tunggu tindakan lanjut beliau.
Apa pun terima kasih di atas keprihatinan penganjur menjayakan Hari anugerah tersebut khususnya buat Pengurus Felda Jengka 16,Encik Abdul Rahman yang pastinya banyak tenaga dan masa dihabiskan selaku tuan rumah program.
Kepada Cikgu Khatijah Tamby,tahniah di atas kenaikkan pangkat sebagai Guru Cemerlang,dan selamat datang kepada kepada Puan Ganiah ke SK J.16 selaku GPK(Ko Kurikulum)yang baru menggantikan Puan Khatijah Tamby.