Friday, October 31, 2008

Isu Matau:Penduduk Terus Dapat Perhatian Dato Tuan Ibrahim

Berita yang baru kami terima ,Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang Dato Tuan Ibrahim Tuan Man bersama wakil penduduk akan mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Majlis Daerah Maran dalam waktu terdekat bagi mencari satu penyelesaian yang terbaik dalam isu Matau.

Walaupun tewas dalam Pilihanraya Umum ke 11 dan 12 yang lalu,bekas ADUN Jengka itu akan terus memberi perhatian sewajarnya kepada masalah yang menimpa penduduk Matau yang diarahkan berpindah sebelum April ini.

Sepanjang berkhidmat sebagai ADUN mewakili PAS dari 1999 hingga 2004,isu Matau yang berlarutan sejak sekian lama terus menjadi satu agenda terpenting dalam perjuangan beliau.

Sementara itu Ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Krau Ustaz Shahril Azman Al hafiz dalam satu kenyataannya petang tadi mendesak pihak berkuasa yang mengarahkan penduduk penduk itu berpindah supaya dapat mempastikan kebajikan mereka terus terjamin.

"Janganlah kerana hendak membangunkan kawasan perniagaan baru di Matau sehingga menginaya peneroka awal yang berjasa membangunkan Bandar Jengka yang kini dikenali ke merata pelusuk",ujar beliau.

Tambah beliau lagi,tempat perpindahan baru yang pernah di janjikan Timbalan Menteri Besar untuk penduduk Matau mestilah diserah segera kepada penduduk yang belum memiliki rumah.

Di samping itu katanya,mata pencarian mereka yang bakal terjejas kerana tidak disediakan kawasan perniagaan baru untuk mereka terus berniaga mestilah diambil perhatian serius oleh pihak berkuasa.

No comments: